Kandungan Kursus
Bahagian 1: Pengenalan dan Gambaran Keseluruhan
Kami akan perkenalkan teknik menulis e-mel yang ringkas dan padat, tetapi tetap berkesan. Anda akan belajar bagaimana menyusun e-mel dengan baik, menulis baris subjek yang menarik, dan memastikan mesej utama anda sampai dengan jelas kepada penerima.
0/3
Bahagian 2: E-mel yang Pendek adalah E-mel yang Lebih Baik
Dalam bahagian ini, anda akan pelajari kepentingan menulis e-mel yang ringkas, padat, dan fokus pada mesej utama. E-mel yang berkesan tidak perlu panjang, tetapi harus mengandungi maklumat yang tepat, dengan tatabahasa dan bahasa yang profesional.
0/4
Bahagian 3: Baris Subjek & Baris Pertama E-mel
Baris subjek dan baris pertama e-mel adalah elemen penting dalam memastikan e-mel anda dibaca dan difahami dengan baik. Baris subjek yang jelas dan baris pertama yang menarik perhatian mampu membuat penerima memberi perhatian yang lebih kepada mesej anda.
0/5
Bahagian 4: Balasan vs E-mel Pertama
E-mel pertama dan e-mel balasan memerlukan pendekatan yang berbeza untuk memastikan mesej yang jelas dan berkesan.
0/5
Bahagian 5: Tip Tambahan untuk Menulis Soalan dalam E-mel
Menulis soalan dalam e-mel dengan cara yang jelas dan teratur dapat meningkatkan peluang untuk mendapatkan jawapan yang cepat dan tepat.
0/1
Bahagian 7: Sertakan Call to Action (CTA) yang Jelas
Call to Action (CTA) yang jelas adalah elemen penting dalam setiap e-mel yang efektif. Ia memastikan penerima tahu dengan tepat apa yang perlu dilakukan, bila ia perlu dilakukan, dan bagaimana untuk melakukannya.
0/5
Bahagian 8: Sertakan Maklumat Kontak yang Jelas
Menyertakan maklumat kontak yang jelas di penghujung e-mel anda membantu penerima menghubungi anda dengan mudah jika diperlukan.
0/5
Bahagian 9: Jaga Privasi, Keselamatan, dan Etika dalam Komunikasi E-mel
Menjaga privasi, keselamatan, dan etika dalam komunikasi e-mel adalah tanggungjawab penting setiap individu.
0/5
Rangkuman Keseluruhan Modul
Modul "Komunikasi Efektif Melalui E-mel" ini telah membawa anda melalui pelbagai aspek penting dalam menulis dan menguruskan komunikasi e-mel secara profesional dan berkesan.
0/1
Komunikasi Efektif melalui E-mel
About Lesson

Formal vs Tidak Formal

Contoh Formal:

Subject: Permohonan Maklum Balas Laporan Projek

 

Salam sejahtera [Nama],

 

Saya harap anda berada dalam keadaan baik. Saya menulis e-mel ini untuk mendapatkan maklum balas anda tentang laporan projek yang telah dihantar pada minggu lepas. Mohon maklumkan sebarang ulasan atau perubahan yang diperlukan sebelum 18 Oktober.

 

Terima kasih atas perhatian anda.

 

Yang benar,

[Nama Anda]

 

Penjelasan:

  • Baris subjek jelas dan memberi gambaran tepat tentang kandungan e-mel.
  • Baris pertama e-mel sopan dan menyatakan tujuan e-mel dengan terus.
  • Nada formal dan profesional.

Contoh Tidak Formal:

Subject: Feedback untuk Laporan Projek

 

Hi [Nama],

 

Harap semua okay! Saya nak tanya pasal laporan projek yang saya hantar minggu lepas. Ada feedback tak? Kalau ada apa-apa perubahan, boleh bagitahu saya sebelum 18 Oktober ya.

 

Terima kasih!

 

[Nama Anda]

 

Penjelasan:

  • Baris subjek masih jelas tetapi nada lebih santai.
  • Baris pertama dimulakan dengan gaya yang lebih kasual, menggunakan perkataan seperti “Hi” dan “Harap semua okay!”.
  • Walaupun masih jelas, nada e-mel ini kurang formal dan sesuai digunakan dalam konteks yang lebih santai atau mesra, seperti kepada rakan sekerja yang rapat.