Kandungan Kursus
Bahagian 1: Pengenalan dan Gambaran Keseluruhan
Kami akan perkenalkan teknik menulis e-mel yang ringkas dan padat, tetapi tetap berkesan. Anda akan belajar bagaimana menyusun e-mel dengan baik, menulis baris subjek yang menarik, dan memastikan mesej utama anda sampai dengan jelas kepada penerima.
0/3
Bahagian 2: E-mel yang Pendek adalah E-mel yang Lebih Baik
Dalam bahagian ini, anda akan pelajari kepentingan menulis e-mel yang ringkas, padat, dan fokus pada mesej utama. E-mel yang berkesan tidak perlu panjang, tetapi harus mengandungi maklumat yang tepat, dengan tatabahasa dan bahasa yang profesional.
0/4
Bahagian 3: Baris Subjek & Baris Pertama E-mel
Baris subjek dan baris pertama e-mel adalah elemen penting dalam memastikan e-mel anda dibaca dan difahami dengan baik. Baris subjek yang jelas dan baris pertama yang menarik perhatian mampu membuat penerima memberi perhatian yang lebih kepada mesej anda.
0/5
Bahagian 4: Balasan vs E-mel Pertama
E-mel pertama dan e-mel balasan memerlukan pendekatan yang berbeza untuk memastikan mesej yang jelas dan berkesan.
0/5
Bahagian 5: Tip Tambahan untuk Menulis Soalan dalam E-mel
Menulis soalan dalam e-mel dengan cara yang jelas dan teratur dapat meningkatkan peluang untuk mendapatkan jawapan yang cepat dan tepat.
0/1
Bahagian 7: Sertakan Call to Action (CTA) yang Jelas
Call to Action (CTA) yang jelas adalah elemen penting dalam setiap e-mel yang efektif. Ia memastikan penerima tahu dengan tepat apa yang perlu dilakukan, bila ia perlu dilakukan, dan bagaimana untuk melakukannya.
0/5
Bahagian 8: Sertakan Maklumat Kontak yang Jelas
Menyertakan maklumat kontak yang jelas di penghujung e-mel anda membantu penerima menghubungi anda dengan mudah jika diperlukan.
0/5
Bahagian 9: Jaga Privasi, Keselamatan, dan Etika dalam Komunikasi E-mel
Menjaga privasi, keselamatan, dan etika dalam komunikasi e-mel adalah tanggungjawab penting setiap individu.
0/5
Rangkuman Keseluruhan Modul
Modul "Komunikasi Efektif Melalui E-mel" ini telah membawa anda melalui pelbagai aspek penting dalam menulis dan menguruskan komunikasi e-mel secara profesional dan berkesan.
0/1
Komunikasi Efektif melalui E-mel
About Lesson

Contoh E-mel dengan Maklumat Kontak yang Jelas

Contoh 1: E-mel Formal kepada Klien

Subject: Pengesahan Laporan Kewangan Suku Ketiga

 

Salam sejahtera Encik Ahmad,

 

Saya ingin memaklumkan bahawa laporan kewangan untuk suku ketiga telah disediakan dan dilampirkan bersama e-mel ini. Mohon semak laporan tersebut dan berikan maklum balas selewat-lewatnya pada 25 Oktober 2024.

 

Sekiranya Encik Ahmad memerlukan penjelasan lanjut, jangan teragak-agak untuk menghubungi saya melalui maklumat kontak di bawah.

 

Terima kasih.

 

Yang benar,

Nora Rahman

Pengurus Kewangan

Syarikat ABC Sdn Bhd

Tel: 012-3456789

E-mel: nora.rahman@syarikatabc.com

 

Penjelasan:

  • Maklumat kontak yang jelas disertakan di penghujung e-mel, memudahkan klien untuk menghubungi Nora sekiranya terdapat sebarang isu dengan laporan yang dihantar.

 

Contoh 2: E-mel Tidak Formal kepada Rakan Sekerja

Subject: Permohonan Laporan Kemajuan Projek

 

Hi Ali,

 

Harap semua okay! Boleh tolong hantar laporan kemajuan projek terkini sebelum hari Jumaat ini? Kita nak masukkan dalam pembentangan mesyuarat bulan depan.

 

Kalau ada sebarang soalan, jangan segan-segan untuk hubungi saya ya.

 

Thanks!

 

Nora Rahman

Pengurus Kewangan

Tel: 012-3456789

 

Penjelasan:

  • Walaupun e-mel ini lebih santai dan ditujukan kepada rakan sekerja, maklumat kontak masih disertakan untuk memudahkan komunikasi.