Kandungan Kursus
Bahagian 1: Pengenalan dan Gambaran Keseluruhan
Kami akan perkenalkan teknik menulis e-mel yang ringkas dan padat, tetapi tetap berkesan. Anda akan belajar bagaimana menyusun e-mel dengan baik, menulis baris subjek yang menarik, dan memastikan mesej utama anda sampai dengan jelas kepada penerima.
0/3
Bahagian 2: E-mel yang Pendek adalah E-mel yang Lebih Baik
Dalam bahagian ini, anda akan pelajari kepentingan menulis e-mel yang ringkas, padat, dan fokus pada mesej utama. E-mel yang berkesan tidak perlu panjang, tetapi harus mengandungi maklumat yang tepat, dengan tatabahasa dan bahasa yang profesional.
0/4
Bahagian 3: Baris Subjek & Baris Pertama E-mel
Baris subjek dan baris pertama e-mel adalah elemen penting dalam memastikan e-mel anda dibaca dan difahami dengan baik. Baris subjek yang jelas dan baris pertama yang menarik perhatian mampu membuat penerima memberi perhatian yang lebih kepada mesej anda.
0/5
Bahagian 4: Balasan vs E-mel Pertama
E-mel pertama dan e-mel balasan memerlukan pendekatan yang berbeza untuk memastikan mesej yang jelas dan berkesan.
0/5
Bahagian 5: Tip Tambahan untuk Menulis Soalan dalam E-mel
Menulis soalan dalam e-mel dengan cara yang jelas dan teratur dapat meningkatkan peluang untuk mendapatkan jawapan yang cepat dan tepat.
0/1
Bahagian 7: Sertakan Call to Action (CTA) yang Jelas
Call to Action (CTA) yang jelas adalah elemen penting dalam setiap e-mel yang efektif. Ia memastikan penerima tahu dengan tepat apa yang perlu dilakukan, bila ia perlu dilakukan, dan bagaimana untuk melakukannya.
0/5
Bahagian 8: Sertakan Maklumat Kontak yang Jelas
Menyertakan maklumat kontak yang jelas di penghujung e-mel anda membantu penerima menghubungi anda dengan mudah jika diperlukan.
0/5
Bahagian 9: Jaga Privasi, Keselamatan, dan Etika dalam Komunikasi E-mel
Menjaga privasi, keselamatan, dan etika dalam komunikasi e-mel adalah tanggungjawab penting setiap individu.
0/5
Rangkuman Keseluruhan Modul
Modul "Komunikasi Efektif Melalui E-mel" ini telah membawa anda melalui pelbagai aspek penting dalam menulis dan menguruskan komunikasi e-mel secara profesional dan berkesan.
0/1
Komunikasi Efektif melalui E-mel
About Lesson

E-mel Pertama

E-mel pertama adalah e-mel yang anda kirim untuk memulakan perbualan atau menyampaikan maklumat baru kepada penerima. Oleh kerana ini adalah kali pertama anda menghantar e-mel berkaitan perkara tersebut, pastikan ia jelas dan mengandungi semua maklumat yang diperlukan oleh penerima.

Ciri-ciri e-mel pertama yang baik:

  • Mengandungi pengenalan ringkas mengenai tujuan e-mel.
  • Memberikan maklumat atau arahan yang jelas.
  • Mempunyai subjek yang tepat dan padat.
  • Tidak terlalu panjang, tetapi cukup untuk menyampaikan konteks.

Contoh E-mel Pertama (Formal):

Subject: Permohonan Maklum Balas untuk Laporan Tahunan

 

Salam sejahtera Encik Ahmad,

 

Saya berharap Encik Ahmad berada dalam keadaan baik. Saya ingin meminta maklum balas Encik Ahmad mengenai Laporan Tahunan Syarikat yang telah saya lampirkan bersama e-mel ini. Mohon semak laporan tersebut dan berikan sebarang komen atau cadangan penambahbaikan sebelum 25 Oktober.

 

Terima kasih atas masa dan perhatian Encik Ahmad.

 

Yang benar,

Nora Rahman

 

Contoh E-mel Pertama (Tidak Formal):

Subject: Mohon Maklum Balas Laporan Tahunan

 

Hi Ahmad,

 

Harap semua okay! Saya nak minta tolong semak Laporan Tahunan Syarikat yang saya dah lampirkan. Kalau ada apa-apa komen, boleh bagitahu saya sebelum 25 Oktober ya.

 

Terima kasih banyak!

 

Nora

 

Penjelasan:

  • Dalam e-mel formal, bahasa yang lebih profesional dan tersusun digunakan, sesuai untuk urusan rasmi atau berkomunikasi dengan pihak atasan.
  • Dalam e-mel tidak formal, nada lebih santai digunakan, sesuai untuk berkomunikasi dengan rakan sekerja atau kenalan rapat.