Mengenai Kursus
Kita hidup dalam zaman digital di mana komunikasi melalui e-mel menjadi cara utama untuk menyampaikan maklumat, berinteraksi dengan rakan sekerja, dan menyelesaikan urusan profesional. Namun, menulis e-mel yang berkesan bukan sekadar menghantar maklumat — ia melibatkan penyusunan mesej yang mudah di fahami, pendekatan yang sopan, dan tindakan yang jelas. Melalui kursus ini, anda akan mempelajari cara menulis e-mel yang lebih baik, untuk memastikan maklumat yang disampaikan diterima dan difahami dengan tepat oleh penerima.
Sebagai contoh, pernahkah anda menerima e-mel yang terlalu panjang dan sukar difahami? Atau, mungkin pernah menghantar e-mel tetapi tidak mendapat maklum balas yang cepat? Masalah-masalah ini sering terjadi kerana kekurangan kemahiran dalam menulis e-mel yang efektif. Ruang literasi ini akan membantu anda mengelakkan masalah seperti itu.
Kandungan Kursus
Bahagian 1: Pengenalan dan Gambaran Keseluruhan
-
Pengenalan Kursus
00:53 -
Objektif Kursus
-
Mengapa Kemahiran Menulis E-mel yang Efektif Penting?