Kandungan Kursus
Bahagian 1: Pengenalan dan Gambaran Keseluruhan
Peserta diperkenalkan kepada konsep asas social engineering, termasuk teknik manipulasi psikologi yang digunakan untuk memperdaya individu dan organisasi. Kepentingan memahami ancaman ini serta kesedaran tentang risiko yang dibawa turut diberi penekanan.
0/4
Bahagian 2: Jenis-Jenis Serangan Social Engineering
Pelbagai jenis serangan social engineering seperti phishing, spear phishing, baiting, pretexting, dan scareware dibincangkan secara mendalam. Contoh-contoh situasi semasa dan langkah pencegahan turut dikongsikan bagi membantu peserta mengenal pasti dan mengelak serangan ini.
0/3
Bahagian 3: Scam dan Love Scam: Membongkar Rahsia di Sebalik Penipuan Emosi
Penipuan berasaskan emosi seperti love scam dijelaskan, termasuk teknik yang digunakan untuk memperdaya mangsa. Tanda-tanda amaran dan langkah-langkah praktikal untuk mengelak daripada menjadi mangsa turut diketengahkan.
0/6
Bahagian 4: Kebocoran Data Peribadi dan Kesannya
Risiko kebocoran data peribadi, punca utama kebocoran, dan kesannya seperti kehilangan kewangan, kecurian identiti, dan ancaman keselamatan diri dihuraikan. Peserta turut dipandu mengenai langkah terbaik untuk melindungi maklumat peribadi.
0/5
Bahagian 5: Penipuan Identiti dan Cara Menghindarinya
Penipuan identiti yang melibatkan penyalahgunaan maklumat peribadi dibincangkan, termasuk bagaimana ia berlaku dan impaknya terhadap individu. Strategi perlindungan seperti penggunaan kata laluan yang kuat dan pemantauan aktiviti dalam talian dikongsikan.
0/5
Bahagian 6: Strategi Keselamatan Digital: Melindungi Diri Anda dalam Talian
Panduan lengkap untuk meningkatkan keselamatan digital merangkumi penggunaan kata laluan kukuh, pengesahan dua faktor (2FA), penyulitan data, dan perisian antivirus. Langkah-langkah ini membantu peserta memastikan privasi dan keselamatan dalam talian lebih terjamin.
0/3
Social Engineering di Era Digital: Taktik, Risiko dan Solusi
About Lesson

Pengenalan kepada Jenis-Jenis Serangan Social Engineering

Serangan social engineering boleh hadir dalam pelbagai bentuk, setiap satunya disesuaikan untuk mengeksploitasi kepercayaan, emosi, atau keinginan mangsa. Di kalangan rakyat Malaysia, terdapat beberapa jenis serangan yang biasa dilaporkan dalam berita dan media sosial, seperti phishing, spear phishing, baiting, pretexting, dan scareware. Di bawah ini adalah penerangan ringkas setiap jenis serangan beserta contoh-contoh isu semasa.