Kandungan Kursus
Bahagian 1: Pengenalan dan Gambaran Keseluruhan
Pada akhir bahagian ini, peserta diharapkan memahami bahawa keselamatan dalam talian adalah tanggungjawab semua pengguna internet. Dengan mengetahui risiko yang ada dan mengambil langkah berjaga-jaga, kita dapat melindungi diri kita, keluarga, dan juga organisasi daripada ancaman siber.
0/2
Bahagian 2: Apa Risiko-risiko Mengakses Internet?
Memahami risiko utama yang timbul ketika mengakses internet dan menyedari betapa pentingnya langkah-langkah pencegahan bagi melindungi maklumat peribadi dan keselamatan mereka dalam talian.
0/4
Bahagian 3: Contoh Dunia Nyata Ancaman Siber
Memahami realiti ancaman dalam talian dengan melihat contoh serangan siber sebenar yang pernah berlaku dan kesannya kepada mangsa. Ini dapat meningkatkan kesedaran peserta tentang bahaya siber dan menggalakkan mereka mengambil langkah perlindungan.
0/4
Bahagian 4: Model Keselamatan Internet yang Mudah untuk Semua Pengguna
Mengenalkan dan menjelaskan model keselamatan asas yang boleh diamalkan oleh semua pengguna internet bagi melindungi diri dan maklumat peribadi mereka daripada ancaman siber. Setiap langkah keselamatan ini mudah diikuti dan sangat berkesan untuk memperkukuhkan keselamatan dalam talian.
0/4
Bahagian 5 : Menjaga Keselamatan Gajet dan Rangkaian Anda
Menyediakan petua dan langkah-langkah keselamatan asas yang boleh diambil oleh pengguna untuk melindungi gajet peribadi mereka serta rangkaian yang digunakan. Ini termasuk kaedah melindungi rangkaian Wi-Fi, peranti elektronik, aplikasi, data penting, serta faktor kesilapan manusia yang sering kali menjadi penyebab kebocoran keselamatan.
0/5
Rangkuman Keseluruhan Modul
Melalui modul ini, peserta mempelajari langkah-langkah asas dan amalan keselamatan yang penting untuk meminimakan risiko siber dalam dunia digital yang semakin berkembang pesat.
0/1
Keselamatan Internet dan Cara Kekal Selamat Di Alam Maya
About Lesson

Pengesahan Dua Faktor (2FA)

Pengesahan dua faktor (2FA) adalah lapisan keselamatan tambahan yang memerlukan pengguna memasukkan dua jenis pengesahan sebelum dapat mengakses akaun. Ini memastikan bahawa walaupun seseorang mengetahui kata laluan anda, mereka tetap tidak boleh mengakses akaun tersebut tanpa kod pengesahan tambahan.

Apa Itu 2FA dan Mengapa Ia Penting?

  • Definisi 2FA: Pengesahan dua faktor adalah mekanisme di mana pengguna perlu melalui dua langkah untuk mengakses akaun; biasanya kata laluan dan kod unik yang dihantar ke peranti peribadi pengguna.
  • Kepentingan: 2FA menambah lapisan keselamatan tambahan, terutamanya untuk akaun yang mengandungi maklumat sensitif. Ini kerana seseorang perlu mempunyai akses kepada peranti peribadi pengguna (contohnya, telefon bimbit) selain daripada kata laluan untuk mengakses akaun.

Panduan Mengaktifkan 2FA untuk Akaun Penting:

  • Langkah 1: Log masuk ke akaun yang anda ingin lindungi (contohnya, akaun e-mel atau media sosial).
  • Langkah 2: Pergi ke tetapan keselamatan akaun dan cari pilihan untuk mengaktifkan 2FA.
  • Langkah 3: Pilih kaedah 2FA, contohnya, melalui aplikasi pengesahan (seperti Google Authenticator) atau kod SMS.
  • Langkah 4: Ikuti arahan untuk mengaktifkan 2FA dan simpan kod pemulihan yang diberikan, sekiranya anda tidak boleh mengakses 2FA.

Contoh:
Encik Amir telah mengaktifkan 2FA untuk akaun perbankan dalam taliannya. Setiap kali beliau log masuk, selain daripada memasukkan kata laluan, Encik Amir juga perlu memasukkan kod yang dihantar ke telefon bimbitnya. Ini memastikan bahawa walaupun kata laluan beliau bocor, orang lain tidak boleh mengakses akaun perbankan tersebut tanpa kod tambahan tersebut.

Tips:

  • Aktifkan 2FA di Akaun Utama: Pastikan 2FA diaktifkan untuk akaun utama seperti e-mel, perbankan dalam talian, dan media sosial.
  • Gunakan Aplikasi Authenticator: Aplikasi seperti Google Authenticator atau Microsoft Authenticator lebih selamat daripada kod SMS kerana ia tidak terdedah kepada risiko seperti serangan sim swap (pertukaran sim).