Pencurian Identiti
Penerangan:
Pencurian identiti berlaku apabila penjenayah siber mencuri maklumat peribadi seseorang dan menggunakannya untuk tujuan penipuan. Mereka mungkin menyamar sebagai mangsa untuk membuat pinjaman, membeli barang, atau membuka akaun atas nama mangsa. Pencurian identiti adalah ancaman serius kerana ia boleh menyebabkan kerugian kewangan dan reputasi mangsa terjejas.
Contoh dan Langkah Pencegahan:
Encik Azman mendapat kejutan apabila menerima bil kad kredit atas nama beliau untuk pembelian yang tidak pernah dilakukannya. Selepas siasatan, beliau mendapati bahawa maklumat identiti beliau telah dicuri melalui laman web beli-belah dalam talian yang tidak selamat. Penjenayah siber telah menggunakan identiti Encik Azman untuk membeli barang secara atas talian.
Kesan kepada Mangsa:
- Mangsa mungkin perlu berdepan masalah undang-undang atau tuntutan hutang yang tidak dilakukan oleh mereka.
- Kewangan dan skor kredit mangsa mungkin terjejas.
- Mangsa mungkin perlu menghabiskan masa dan kos untuk memulihkan identiti mereka, contohnya dengan membatalkan kad kredit atau menukar nombor akaun.
Langkah-Langkah Pencegahan untuk Mengelakkan Pencurian Identiti:
- Elakkan berkongsi maklumat peribadi secara terbuka atau dengan pihak yang tidak dipercayai.
- Gunakan kata laluan yang kuat dan unik untuk akaun-akaun dalam talian.
- Sentiasa semak penyata bank atau kad kredit untuk mengenal pasti sebarang aktiviti yang mencurigakan.
- Gunakan ciri pengesahan dua faktor (2FA) untuk menambah lapisan keselamatan pada akaun.