“Eh langsir ni tertutup sendiri, lampu pun terbukak ini, eh sudah aircond la pulak. Ada hantu ke rumah niii?”
“Hantu apa siang-siang ini Dol?? Aku pakai app la bukak semua ini. Sekarang kan zaman IoT ”.
Perubahan teknologi yang semakin pesat kini membuka ruang kepada pelbagai kategori peranti pintar untuk digunakan secara optimum, malah pengguna kini lebih tertarik dengan perkakasan pintar. Sedar atau tak, anda mungkin telah meggunakan produk atau servis yang melibatkan IoT.
Sebagai contoh, Apple Watch di tangan, lampu pintar Xiaomi di bilik dan juga mesin pencetak tanpa wayar di pejabat. Revolusi teknologi masa depan akan menyaksikan manusia, perkakasan elektronik, objek dan pangkalan data berhubungan dalam masa sebenar melalui Internet.
Apa itu IoT?
IoT ialah singkatan daripada Internet of Things. Dalam Bahasa Malaysia, ia dipanggil Internet Pelbagai Benda (IPB). Ia merupakan jaringan benda fizikal yang dilengkapi sensor atau penggerak, perisian dan teknologi lain yang bertujuan untuk menyambungkan dan bertukar data dengan peranti atau sistem lain melalui Internet.
Kenapa IoT penting?
IoT membolehkan data dikumpul dengan mudah dengan ketersambungan Internet yang menyenangkan urusan seharian. Biasanya peranti dikawal oleh peranti/aplikasi induk seperti peranti & aplikasi. Antaranya adalah Xiaomi Home dan Google Home. Secara tak langsung, produktiviti akan meningkat apabila masa tak digunakan untuk fokus kepada satu kerja sahaja. Penggunaan IoT secara menyeluruh juga menggalakkan pemerkasaan literasi digital merentas usia dan bangsa.
IoT dalam kehidupan seharian
Dengan IoT, pengguna dapat melihat, membuat penetapan, mengawal peranti-peranti dalam persekitaran mereka dengan mudah, malah pengguna juga dapat mengumpul data yang diingini untuk tujuan pengawasan dan sebagainya. Antara contoh penggunaan IOT adalah seperti :
- Rumah pintar – perkakasan dalam rumah yang boleh diakses menggunakan telefon seperti smart vacuum, smart lock, smart aircond dan sebagainya.
- Pengangkutan – Kereta pandu sendiri, kunci kereta menggunakan telefon.
- Kesihatan diri – wearables seperti smart watch, ECG monitor, fitness tracker dan lain-lain.
Malaysia dan IOT
Dalam era digital dan Revolusi Perindustrian 4.0, sektor pertanian di Malaysia sedang mengalami perubahan besar-besaran dengan memanfaatkan teknologi digital, terutamanya Internet Perkara (IoT), untuk mewujudkan pertanian yang lebih bijak.
Dengan penyelesaian digital TM One yang komprehensif dan sesuai daripada ketersambungan sehingga ke sistem dan aplikasi digital dan pintar untuk sektor pertanian.
Selain itu, rancangan kearah mewujudkan Bandar Pintar juga akan memanfaatkan penggunaan teknologi IoT ini. TM ONE bersedia untuk berkolaborasi dengan PBT (Pihak berkuasa tempatan) bagi merealisasikan usaha pembangunan bandar pintar melalui aset-aset tersedia syarikat. Ia termasuk rangkaian infrastruktur jalur lebar terluas, kabel dasar laut, menara telekomunikasi, perkhidmatan awan, pusat data serta keselamatan siber.
LEDAKAN IOT
Dunia digital melangkah laju dalam kehidupan manusia sehingga mencetuskan persoalan sama ada manusia itu sendiri sudah bersedia menerimanya atau tidak.
Perubahan digital kini bukan lagi setakat pertukaran model telefon pintar, perluasan rangkaian telekomunikasi atau sekadar perkembangan arus media sosial yang berlegar dalam perjalanan hidup seharian seorang manusia. Teknologi 5G juga membuka ruang lebih luas kepada perkakasan pintar terutama berasaskan Internet Pelbagai Benda (IoT) dan pengguna hari ini sudah mula mahukan persekitaran yang lebih pintar.
Bersiap sedia untuk ledakan IoT dalam kehidupan seharian kita.