“Timah, aku risau Mak aku kat kampung tu. Entah makan entah tidak. Dia pun dah start lupa-lupa tu. Risau jugak aku kalau dia tak kunci pintu.”
Kalau ibu bapa dah lanjut usia, lagi-lagi tinggal di kampung. Memang susah hati memikirkannya. Ada ke teknologi yang boleh bantu mereka ya. Biasanya teknologi lebih fokus kepada orang muda je kan?
Eh siapa kata? Ada je bidang teknologi yang fokus kepada kesejahteraan warga emas. Teknologi kan tak mendiskriminasi, termasuklah pembanggunan teknologi khas untuk membantu ibu bapa atau atuk & nenek kita yang dah berusia. Mungkin salah satunya dapat membantu ibu bapa anda? Jom kita lihat apa teknologi yang ada berserta aplikasi yang ditawarkan khusus untuk mereka.
5 TEKNOLOGI BANTUAN UNTUK IBU BAPA TERSAYANG
#1 Bantuan memori – “Mak lupa letak cermin mata kat mana…”
- Biasanya, warga emas ada yang menghidapi penyakit Alzheimer di mana penyakit itu menjejaskan memori.
- Barang penting seperti telefon, dompet, cermin mata dan remote adalah antara barang-barang yang selalu hilang dari pandangan mereka.
- Salah satu teknologi yang boleh bantu masalah ini adalah dengan menggunakan tracker. Ia boleh bantu mereka cari di mana lokasi barangan yang tak dijumpai.
- Antara yang berada di pasaran adalah Tile Sticker Bluetooth Tracker dan juga Airtags. Fungsinya untuk menjejaki barang penting anda. Tile sticker berfungsi untuk kedua-dua peranti Apple & Android manakala Airtag hanya berfungsi untuk peranti Apple.
- Untuk peranti yang lebih mesra bajet, anda boleh buat carian ‘Wireless Smart Tracker’ atau ‘Whistle Locator’ di laman e-dagang seperti Lazada & Shopee.
#2 Bantuan Keselamatan – “Punya kuek ketuk pintu, sapo la tu….Takut pulak den….”
- Yang ini pula berkait rapat dengan dialog di permulaan artikel. Iyalah, warga emas kan golongan vulnerable, takut ada pelawat yang tak dikenali datang dan boleh jadi mereka ini penipu atau penjenayah.
- Jadi ini cara yang sesuai buat mereka yang belum lagi memasang kamera litar tertutup (CCTV), anda boleh cuba loceng pintu pintar ini iaitu Google Nest Doorbell.
- Peranti pintar tanpa wayar ini dipasang di hadapan pintu macam loceng pintu. Ia berupaya memantau siapa yang ada di hadapan pintu sama ada orang, pakej atau haiwan. Ibu bapa atau anda juga boleh bercakap menerusi loceng pintu pintar tersebut melalui aplikasi.
- Jadi tak risau lagi, boleh je pantau mereka walaupun dari pejabat atau di mana saja anda berada.
- Alternatif lain yang ada adalah pemasangan CCTV dalam rumah dan antara jenama popular yang menjadi pilihan ramai adalah Xiaomi Camera 360 & TP-Link Tapo.
#3 Bantuan Pengurusan – “Aku ni dah la tua, duduk sorang-sorang, kalau apa-apa jadi macam mana?”
- Yang paling kita takut sebagai anak-anak adalah jika ibu bapa kita cedera atau dalam kesusahan dan tak dapat hubungi sesiapa.
- Jadi peranti seperti Echo Dot & Google Nest Hub sedia membantu mereka.
- Apa yang peranti ini boleh buat? Peranti yang disebutkan merupakan satu pembantu virtual AI (AI Virtual Assistant) yang boleh memberikan pelbagai manfaat kepada warga emas.
- Peranti ini mempunyai ciri voice command di mana ia boleh menerima arahan suara seperti memanggil pertolongan, membacakan berita hari ini, mengawal peranti lain dalam rumah, setkan reminder, buatkan checklist dan pelbagai lagi.
- Malah kalau nak bersembang pun boleh, nak tanya “hari ini cuaca okay tak Alexa” haa macam tu.
#4 Bantuan pantau kesihatan dan kecemasan- “Jantung Ibu lajuu ni saya check, Ibu kena rehattt”
- Tak sah kalau teknologi tak membantu kesihatan. Banyak dah kemudahan yang telah tercipta seperti Smartwatch. Salah satunya Fitbit Versa 3.
- Jam yang sudah semestinya terkenal dengan kecanggihan dalam memantau denyutan nadi, sleep tracker dan juga GPS.
- Amaran akan dihantar jika denyutan jantung tinggi dan juga boleh pantau kualiti tidur. Kalau anak-anak nak tahu lokasi semasa ibu bapa pun boleh.
- Seterusnya, Smart Pill Box. Buat warga emas yang selalu lupa untuk makan ubat pada waktu yang ditetapkan. Produk ini akan berfungsi sebagai alarm juga yang boleh mengingatkan warga emas.
- Alarm akan dibunyikan bila tiba masanya makan ubat. Jadi tersusunlah jadual pemakanan ubat, tak perlu dah risau kalau Mak atau Abah lupa nak ambil.
#5 Bantuan Hiburan, Bantuan visual dan Pembaca Skrin – “Atuk tak boleh baca lah nak, tolong bacakan ni..”
- Haa ini best! Siapa kata orang tua tak nak dengar muzik! Ada tau nenek dan atuk yang suka dengar lagu. Anda nak jadi cucu terbaik tak? Bolehlah hadiahkan Cowin Active Noice Cancelling Bluetooth Headphone.
- Apa beza headphone ni dengan yang lain? Protin earpad tu yang istimewa. Boleh memadam frekuensi rendah dan terlalu tinggi yang boleh rosakkan pendengaran mereka. Lebih enjoy dan lebih terjaga.
- Tak lupa lagi 1 tablet khusus seperti GrandPad. Sangat selamat sebab tablet ni dah diset bebas daripada scammer. Boleh akses untuk hubungi sesiapa sahaja. Paparan pemuka yang friendly membuatkan mereka mudah nak guna.
- Peranti ini masih belum berada di pasaran Malaysia termasuklah laman e-dagang tempatan (setakat artikel ini ditulis). Namun anda boleh membuat belian di Amazon.
LEGA DAPAT TAHU ADA TEKNOLOGI YANG BOLEH BANTU MEREKA
Rasa nak beli tak peranti-peranti di atas? Memang membantu kan. Jadi ,teknologi dah pun wujud untuk kita mudahkan pemantauan, pastikan hidup warga emas lebih terurus dan sekali gus mengeratkan hubungan dengan menunjukkan yang kita kisah dan sayang kepada mereka.
Jadi di atas adalah di antara peranti yang boleh membantu. Tetapi ada banyak lagi pilihan dan juga pelbagai harga mengikut bajet anda. Teknologi yang membantu tak semestinya mahal, jadi buat kajian dan pilihan yang terbaik mengikut keperluan. Ini juga dimungkinkan dengan ketersambungan jalur lebar, jadi hubungan tak akan terputus di antara anda dan tersayang walaupun dalam talian.
Jadi apa lagi, mulakan tugas anda dengan browse Internet dan buat pilihan yang sesuai untuk yang tersayang!