Tak Payah Upah Orang Lain, Buat QR Code Sendiri!

Teknologi & Kreatif

“Kak, boleh order?” tanya Amal. 

“Okay, Cik boleh scan kod QR ni untuk tengok menu. Nanti dah decide, add-to-cart dan tekan confirm ya. Kitchen kami akan terima order.” Kata pelayan itu sambil menghulurkan kertas putih kecil yang dicetak dengan kod QR. 

Ilustrasi menunjukkan seorang lelaki sedang scan kod QR

Sekarang ini Kod QR ada saja di mana-mana. Bukan sahaja untuk pindahkan wang dengan cepat seperti di kedai-kedai makan atau mall, tapi juga untuk apa-apa dokumen sekali pun.  Pernah terjumpa ada orang datang temuduga tak bawa lagi resume dan fail berlambak. Datang hanya dengan kad nama yang padanya terdapat Kod QR untuk buka resume beliau. Menarik bukan? 

Ini perkara lagi best, anda boleh buat atau bina sendiri Kod QR anda. Tak percaya? Simple je. Kena ada sambungan dan capaian Internet berkelajuan tinggi je. 

APA ITU KOD QR? 

Kod QR bermaksud kod Quick Response adalah generasi kedua kepada bar code atau kod bar yang terdapat pada produk-produk di pasaraya. Kod QR mempunyai kebolehan untuk menyimpan lebih banyak data dan maklumat berbanding kod bar. Jom tengok cara-cara membuat kod QR secara mudah dan cepat untuk pelbagai tujuan di bawah!

TUTORIAL BINA KOD QR BAGI FAIL-FAIL YANG SUDAH ADA DENGAN GOOGLE DRIVE

  1. Log masuk ke akaun Google Drive anda

Gambar menunjukan logo ikon Google Drive
  1. Tekan butang NEW/BARU dan pilih fail yang anda mahu jadikan Kod QR. 

Gif menunjukkan antara muka Google Drive

  1. Muat naik fail tersebut dan tunggu sehingga habis muat naik.
  1. Klik kanan dan tekan Share. Pilih “Get Shareable Link” atau “Copy Link”. Link ini yang akan digunakan nanti. Pastikan anda set akses kepada “anyone with the link” Jadi anda harus copy link tersebut. 

Gif & tangkap layar menunjukkan link yang telah di copy
  1. Buka tab baru dan taip QR Code Generator – Laman web bina QR yang percuma. 
  1. Tampal/Paste link tersebut pada lawan web dan laman web akan keluarkan Kod QR bagi link yang anda masukkan tadi. 

Gambar menunjukkan laman web QR Code Generator
  1. Muat turun, namakan Kod QR anda dan simpan. Siap! Anda sudah berjaya membina Kod QR. 

BINA KOD QR DAN SCAN UNTUK PAMERKAN

Terdapat banyak fail atau perkara lain yang anda boleh manfaatkan Kod QR ini. Jadi senanglah lepas ini, hanya scan sahaja. Antara fail yang anda boleh ubah menjadi Kod QR sendiri adalah : 

  • Resume
  • Password dan sambungan wifi di kedai
  • Menu
  • Akses mudah informasi lanjut (pautan website/poster/survey dan lain-lain)
  • Kad bisnes
  • Jemputan acara
  • Kod diskaun

Gambar menunjukkan contoh fail lain yang boleh dijadikan Kod QR 

APA-APA SCAN JE! 

Sangat mudah bukan? Anda sudah boleh menggunakan Kod QR tadi untuk dikongsikan kepada sesiapa yang berkenaan. Jadi kreatif dan bina Kod QR untuk memudahkan urusan harian anda. Memetik pepatah Bahasa Inggeris – The sky is your limit – untuk anda bina apa-apa link daripada Google Drive tadi menjadi Kod QR. 

Dengan ketersambungan dunia digital yang dikuasakan oleh infrastruktur yang disediakan Kerajaan, dunia digital kini boleh diakses lebih ramai pengguna. 

Selamat menggunakan kod QR!

Pilihan Menarik Untuk Anda