Strategi Digital Ideal Untuk Anak

Gaya Hidup & Kesihatan

“Bagus anak kau Pah, boleh fokus mewarna satu page sampai habis, kalau anak aku separuh jalan dah buat benda lain, bagilah tips!”

“Takde tips pun Senah, tengok kartun macam budak-budak lain ada lah”.

Ilustrasi menunjukkan budak lelaki dan ibunya yang sedang bermain puzzle

Kebanyakan ibu bapa ada persepsi bahawa menonton kartun adalah satu tabiat yang kurang elok untuk kanak-kanak. Mereka tak salah dan tak juga betul. Sebab ia bergantung kepada ciri-ciri kartun itu sendiri. Lagipun biasalah, apa-apa pun jika dilakukan secara berlebihan memang ada mudaratnya.

Jadi kita akan terokai, ciri-ciri kartun yang macam mana boleh membantu skil kognitif kanak-kanak dan jenis kartun yang patut dielakkan serta bagaimana ibu bapa dapat menyusun atur strategi mendidik anak-anak dalam dunia digital!

#1 KARTUN – Fast-Paced VS Slow-Paced

Kalau buka TV, tablet, telefon pintar atau mana-mana peranti berskrin pasti anak-anak akan minta kartun dimainkan. Tetapi tahukah anda sesetengah kartun yang ditonton boleh menjejaskan skil kognitif serta fokus anak-anak?

Kartun Fast-paced

Kalau anda perasan ada sesetengah kartun jalan ceritanya sangat laju, dari satu senario ke satu senario yang lain hanya mengambil masa 11 saat. Tak sempat memproses apa yang sedang ditonton, senario yang lain dah mengambil alih. Anda dapat lihat situasi ini di kartun seperti Spongebob Squarepants & Cocomelon. Kartun seperti ini dipanggil fast-paced.

Menurut satu kajian, 60 orang kanak-kanak berusia 4 tahun diletakkan di dalam 3 kumpulan – kumpulan yang mewarna, kumpulan yang menonton kartun Spongebob Squarepants dan kumpulan yang menonton kartun Caillou. Selepas mereka melakukan aktiviti yang ditugaskan oleh kumpulan masing-masing, mereka diberikan beberapa aktiviti yang menguji fokus, kepatuhan arahan dan sebagainya. Keputusannya, kanak-kanak dalam kumpulan yang menonton kartun Spongebob Squarepants mendapat skor terendah. 

Gambar-gambar menunjukkan animasi fast-paced. Kredit imej daripada iMDB.

Kartun Slow-paced

Kartun Slow paced bermaksud kartun yang memiliki pergerakan lebih natural dan perubahan senario yang lebih perlahan. Sesetengah juga mempunyai ciri interaktif yang mengasah skil berfikir. Ciri-ciri ini memberi ruang untuk anak-anak menghadam apa yang dilihat & didengar serta berfikir untuk mencari jawapan. Ini dapat meningkatkan skil kognitif, kesabaran & fokus yang lebih baik. Antara contoh kartun slow-paced adalah Dora the Explorer, Sesame Street & Care Bears.

Gambar-gambar menunjukkan animasi slow-paced. Kredit imej daripada iMDB.

Jadi kartun berkelajuan perlahan adalah lebih baik untuk anak-anak yang masih dalam fasa perkembangan dan pembelajaran terutamanya ketika usia 5 tahun ke bawah. Ini untuk mengurangkan stimulasi berlebihan yang berkemungkinan menjejaskan skil-skil penting yang menjadi asas kepada masa depan anak-anak. Antara alternatif lokal yang boleh ibu bapa terokai juga adalah platform Durioo Plus yang mengetengahkan kartun yang berbentuk slow-paced!

Tangkap layar menunjukkan antara animasi dan program TV yang ada di Durioo +. Kredit imej daripada Revon Media.

Itu mengenai kartun, apa lagi strategi digital yang boleh ibu bapa laksanakan?

#2 MAIN GAME INTERACTIVE SAMA-SAMA DENGAN ANAK!

Selain kartun, video di Youtube menjadi pilihan anak-anak untuk ditonton. Banyak genre yang diketengahkan seperti pendidikan, hiburan, nyanyian, permainan dan sebagainya. Nak main game pun boleh dekat Youtube, dan anda pun boleh ikut main bersama!

Teka Emoji/Gambar

Ini merupakan permainan teka teki yang menggunakan emoji atau gambar sebagai klu. Jadi ia boleh merangsang minda anak-anak dalam kemahiran berfikir dan mengingati perkataan. Mereka juga boleh menambah kosa kata dan menggunakannya dalam pertuturan harian! Bukan itu saja, jadikan ia satu aktiviti bonding dengan keluarga apabila and bermain bersama-sama. Berikut antara Youtube Channel & Aplikasi yang boleh anda cuba.

Youtube Channel:

Guessr

WOWQuiz

Quiz Monster

Aplikasi:

Guess the emoji Android | iOS

4 Pic 1 WordAndroid | iOS

Ilustrasi menunjukkan antara permainan teka emoji

#3 ASAH SKIL KREATIVITI 

Mungkin ada ibu bapa yang fikir, skil kreatif ini tak berapa penting berbanding dengan pengetahuan akademik. Tapi sebenarnya sama penting kedua-duanya. Sebab itulah wujudnya program seperti International Baccalaurete yang mengutamakan kedua subjek seni dan sains dan terma STEM (Science, Technology, Engineering & Maths) juga dah makin beralih kepada STEAM (Science, Technology, Engineering, Arts & Maths). 

Ini disebabkan skil kreativiti yang dipupuk dari kecil memberi peluang untuk anak-anak mencuba idea-idea baru, cara berfikir yang baru dan juga cara menyelesaikan masalah dengan baik. Ia juga memberi ruang untuk anak-anak mengekspresikan dan berhubung dengan diri mereka sendiri. Ini antara medium digital yang boleh digunakan:

Procreate 

Hanya untuk iPad dan iPhone user sahaja. Apa yang menarik, aplikasi ini sangat mudah untuk digunakan dan interface yang mudah difahami, sehingga berjaya membuatkan ramai kanak-kanak yang mula menceburinya untuk hasilkan animasi dan lukisan digital. Banyak tutorial di Youtube yang boleh anak-anak anda ikuti!

Tangkap layar menunjukkan tutorial aplikasi Procreate untuk kanak-kanak. Kredit imej daripada Bardot Brush.

Sketchbook

Kalau untuk Android, jangan rasa sedih! Sebab aplikasi ini memiliki sama fungsi dengan Procreate. Malah diberi rating yang tinggi juga daripada ramai pengguna. Daripada tengok video semata, bolehlah galakkan anak melukis dan mewarna. Melentur buluh dari rebungnya lah orang kata.

Tangkap layar menunjukkan hasil lukisan menggunakan aplikasi Sketchbook. Kredit imej daripada laman web Sketchbook.

CapCut

Aplikasi yang senang untuk edit video. Ramai juga dewasa yang sarankannya. Ajar anak anda untuk hargai momen bersama dan semadikan dalam hasil bentuk video. Satu aplikasi yang sangat mudah dipelajari dan dapat berikan anak anda seni asas fotografi, videografi dan juga suntingan. Nak belajar tips and tricks pun senang, cari je kat Youtube. Anda boleh muat turun versi aplikasi di telefon atau perisian di desktop.

Tangkap layar menunjukkan panduan menggunakan CapCut di Youtube. Kredit imej daripada Justin Brown.

Groovepad

Anak anda sukakan muzik? Apa kata ajar anak anda untuk menjadi komposer cilik? Gunakan aplikasi ini untuk mereka mengenali jenis bunyi dan susunkan ia sehingga menjadi ritma yang menarik. Kalau nak level-up sikit, boleh gunakan aplikasi Garage Band untuk penggunaan instrumen yang lebih banyak. 

Tangkap layar menunjukkan interface aplikasi Groovepad. Kredit imej daripada Groovepad.

#4 LATIH ANAK JADI DIGITALLY ORGANISED DARI KECIL!

Lihat saja cara orang dewasa susun fail dalam komputer riba masing-masing, sesetengahnya berselerak dengan penyusunan fail yang bercampur-campur. Jadi, cara penyusunan memerlukan skil. Kadang nak cari fail tak jumpa-jumpa dan melambatkan satu-satu urusan tak kira urusan kerja atau peribadi. Mudahkan hidup anak-anak dengan latih skil penyusunan fail digital dari awal!

Infografik menunjukkan cara-cara mengurus dokumen

STRATEGI DIGITAL IDEAL UNTUK PERKEMBANGAN ANAK-ANAK!

Strategi mendidik anak tak macam dulu. Sekarang anak-anak lahir-lahir dah pun didedahkan dengan dunia digital. Jadi strategi perlu dilaraskan sesuai dengan perkembangan teknologi. 

Contohnya kita tahu kegunaan peranti perlu dihadkan, tetapi anak-anak masih perlu didedahkan dengan kadar yang sederhana dan disajikan dengan material digital yang bermanfaat untuk mereka. Seperti yang dikongsikan di atas. Sekarang pun dah mudah dengan ketersambungan jalur lebar. Jadi, ibu bapa harus bijak dalam mengatur strategi digital demi perkembangan minda anak-anak yang baik. 

All the best parents! 

Pilihan Menarik Untuk Anda