Bencana alam memang tak dapat diduga. Jadi persiapan yang mencukupi untuk menghadapinya sangat penting untuk seisi rumah. Persiapan bencana alam juga kritikal bagi negeri-negeri yang acap kali menempuh banjir bermusim setiap tahun.
Persediaan bencana alam terdiri daripada satu set langkah yang diambil lebih awal oleh Kerajaan, organisasi, komuniti, keluarga ataupun individu untuk bertindak balas dengan lebih baik. Objektif utamanya adalah untuk mengurangkan risiko kehilangan nyawa.
Ini satu langkah yang penting kerana Malaysia juga merupakan negara yang kerap berlakunya bencana alam lebih-lebih lagi seperti banjir, tanah runtuh dan ribut. Sekarang ini pun kita sudah dapat merasa gegaran (tremor) gempa bumi yang terjadi di negara jiran. Jadi, anda perlu membuat persiapan yang secukupnya untuk memudahkan urusan sekiranya ia terjadi.
Ini 5 PERKARA yang boleh dilakukan.
1. KENAL PASTI BAHAYA
Pertama sekali, kenal pasti jenis bencana yang mungkin terjadi di kawasan anda dan pelajari tentang cara untuk membuat persediaan untuk setiap bencana tersebut. Ketahui tentang sistem amaran dan isyarat komuniti anda (siren, mesej teks, dan sebagainya). Aplikasi myCuaca daripada MET (Jabatan Meteorologi Malaysia) juga boleh dimuat turun untuk anda tahu tentang maklumat bencana. Baca tentang aplikasi cuaca lain yang anda juga boleh muat turun di sini.
2. MENYEDIAKAN BEG KECEMASAN
Jom sama-sama sediakan beg kecemasan! Anda boleh simpan beg kecemasan di satu tempat yang mudah diakses di rumah yang juga berhampiran dengan pintu atau garaj. Menurut MET Malaysia, di bawah merupakan 11 kategori barang yang perlu ada di dalam beg kecemasan. Anda disyorkan untuk menyediakan beg kecemasan ini yang boleh membuatkan anda bertahan selama 3 hari, ataupun anda boleh tonton video di atas.
3. BUAT PELAN TINDAK BALAS KECEMASAN DI RUMAH
Siapa tak risau jika kita tak tahu status keluarga kita berada di mana, lagi-lagi sewaktu bencana melanda. Jika di pejabat mungkin pelan sudah ada di dalam handbook pekerja, tapi di rumah macam mana pula ? Di bawah adalah antara pelan yang boleh dibuat oleh anda sekeluarga.
4. BUAT PELAN TINDAK BALAS KECEMASAN DI PEJABAT
Untuk pejabat pula, sekiranya tiada pelan bencana alam atau handbook disediakan, anda perlu bangkitkan perkara ini ke jabatan sumber manusia (Human Resource Department) syarikat. Ini supaya mereka dapat buat rancangan untuk memastikan pekerja dan peralatan selamat dan meminimumkan risiko kerosakan yang mungkin terjadi pada premis atau pejabat perniagaan.
Ini antara pelan yang boleh dilakukan :
5. BELI INSURANS
Semak insurans sedia ada untuk melihat jika polisi melindungi diri, keluarga dan rumah jika terjadinya bencana alam. Jika tiada, buat kajian untuk membeli polisi insurans yang melindungi anda dari sebarang kecederaan dan kerugian. Anda juga digalakkan untuk membaca polisi sebaiknya jadi anda tahu apa dan bagaimana untuk menebus kerugian jika diperlukan.
SENTIASA BERJAGA-JAGA TAK KIRA MASA & KETIKA
Jangan pandang remeh hal ini. Anda tak akan dapat jangka bila bencana alam akan menghampiri. Harta benda mungkin boleh diganti tapi nyawa tiada galang gantinya. Maka, buatlah persiapan yang mencukupi, sediakan payung sebelum hujan.
Manfaatkan ketersambungan jalur lebar sebaik mungkin kerana ia mampu membantu anda bersiap-siaga dan mendapatkan maklumat tentang bencana alam.