“Dah download belum parti tu?”
“Parti apa pulak nak kena download ni, aku kan jauh kat Sabah, kau kat KL Mat, parti apaa??”
“Laa, kan kau nak tengok movie sekali, download la app tu, boleh tengok online, aduh kau ni!”
Eh aplikasi apa yang boleh tengok movie sama-sama ini? Dah la mereka ni jauh, seorang di Sabah, seorang di Kuala Lumpur.
Okay jom kita imbau kenangan sekejap waktu pandemik dulu, macam-macam aktiviti yang dapat dijalankan walaupun jarak berpisah beribu batu. Haa, termasuklah dengan aktiviti menonton movie sama-sama. Sekarang dah boleh pakai aplikasi dan apa yang anda perlukan, hanyalah Internet.
TONTONAN BERSAMA INI BANYAK MANFAAT, ANTARANYA IALAH…
#1 Jimat Duit!
Tak perlu bayar duit tiket dan tak perlu nak bergerak ke satu-satu tempat. Misalnya nak ke lokasi rumah sahabat ataupun panggung wayang. Sekarang ini, aplikasi memudahkan semua orang dengan membolehkan kita tonton bersama tanpa mengira jarak. Pergerakan kurang, lebih selamat, tak perlu keluarkan kos petrol, parking dan tol.
Lagi-lagi kalau dah jarak jauh. Berkilo-kilometer pula itu. Kalau sekali sekala tak apa, kalau jenis movie afficionado itu, cuba bayangkan kalau setiap minggu berkali-kali nak tengok filem sama-sama. Lagi parah, bila anda ingin menonton filem dengan rakan anda yang berada di luar negara.
#2 Solusi Untuk LDR (Long-Distance Relationship)
Buat mereka yang berhubung jarak jauh seperti kekasih, pasangan suami-isteri dan juga sahabat, pasti akan rasa sulit bila datangnya bab ‘hangout’. Kalau makan-makan pun susah untuk berjumpa, apatah lagi nak beraktiviti macam menonton movie. Tapi itulah, bersyukur ada Internet sebab semakin banyak platform yang menawarkan ciri yang membolehkan aktiviti dibuat bersama-sama.
Bukan sahaja boleh karaoke sama-sama je sekarang ni, main game dari jauh dan sekarang ni tengok wayang pun boleh bersama-sama. Disebabkan dah ada banyak platform percuma, lebih keraplah anda boleh meluangkan masa bersam-sama dengan yang tersayang.
#3 Fleksibel!
Tak perlu nak kumpul semua orang di tempat yang sama dan waktu yang sama. Boleh pause dan gelak atau borak dulu. Kan fleksibel tu! Kalau tengok dekat panggung wayang, mana boleh stop-stop. Kena ikut durasi. Kalau tengok wayang kan, kena ikut waktu-waktu tayangan yang dah ditetapkan. Bila dah sibuk memang tak dapat nak kejar waktu tayangan dan tonton bersama.
DAH TAHU MANFAAT TONTONAN BERSAMA, CUMANYA SEKARANG INI NAK GUNA PLATFORM APA YA?
Hampir semua platform di bawah boleh disambungkan kepada OTT seperti HBO, Hulu, Disney Hotstar dan Netflix mengikut terma dan syarat.
Anda boleh akses platform Metastream di browser desktop. Hanya masukkan nama samaran, pilih bahasa, tekan butang Chrome Extension untuk enable extension ‘Metastream Remote’ dan boleh pilih dari pelbagai platform video, OTT atau apa-apa link yang ingin anda kongsi/tonton bersama.
Platform ini juga membenarkan anda untuk membuat playlist dan queue filem yang ingin dimainkan. Anda juga boleh berbual ketika movie sedang dimainkan melalui fungsi chatting. Ia turut mempunyai time stamp marker, jadi senang nak mainkan bila-bila. Rasa macam nak cerita pasal movie ini dengan lagi ramai orang, anda boleh search komuniti Metastream di Discord untuk berinteraksi mengenai filem yang ditonton.
Platform ini juga lebih kurang sama dengan Metastream tetapi anda tak perlu enable Chrome Extension. Dengan satu klik anda dah boleh ‘create room’ dan ajak sesiapa melalui link yang dicipta secara automatik, untuk masuk ke ‘ruang tayangan’ dan tonton movie bersama. Anda boleh pilih dari mana-mana platform OTT untuk ditonton. Nak tahu lebih lanjut mengenai OTT, klik SINI.
Antara ciri yang lain adalah platform ini mempunyai ciri history dan playlist, jadi bolehlah tengok apa yang dah ditonton sebelum ini. Anda juga boleh search di Youtube terus daripada platform ini.
Alternatif yang lain pula adalah Kosmi. Mempunyai ciri-ciri asas sama seperti 2 platform yang disebutkan sebelum ini. Tapi yang seronoknya, Kosmi membolehkan anda bermain video game bersama dan juga mendengar muzik. ‘Bilik’ juga anda boleh personalise mengikut citarasa masing-masing. Baru la ada vibe! Kosmi juga menawarkan perkongsian daripada pelbagai portal lain daripada yang lain seperti ubi, PS3 emulator, Pluto TV, Youtube Live & sebagainya.
Untuk Teleparty pula, anda boleh strim dan kongsi dengan rakan-rakan daripada platform penstriman itu sendiri. Tak perlu pergi ke platform yang lain untuk enjoy dan tonton bersama! Teleparty juga menawarkan tonton dalam versi HD. Jika Kosmi boleh personalise bilik, Teleparty benarkan anda untuk customise ikon untuk setiap penonton untuk pengalaman yang lebih menarik.
Chatting tak cukup seronok untuk anda, pasangan dan kawan-kawan? Watchparty ada ciri untuk anda buat video call sambil tengok movie. Dah la tak perlu muat turun atau daftar. Selamat la data peribadi anda. Watchparty juga mempunyai mod teater dan jika anda ada movie lama yang tak ada di platform OTT, anda boleh upload fail sendiri untuk ditonton bersama-sama.
TAKDELAH SUSAH HATI LEPAS NI, KALAU JAUH PUN MASIH BOLEH BERHUBUNG SIAP BOLEH TONTON CERITA SAMA-SAMA LAGI!
Dengan ketersambungan jalur lebar, hampir semua aktiviti boleh dilakukan secara maya. Termasuk tonton filem atau cerita bersama. Bukan untuk pasangan bercinta je, dengan rakan-rakan & keluarga yang jarang bersua muka atau tinggal berjauhan pun boleh juga.
Kalau kena dengan gaya hidup anda, apa salahnya guna, betul tak?