Menyesal ‘No More’, Ikuti Tips Pembelian Online

Gaya Hidup & Kesihatan

Setiap bulan pasti semua tertunggu-tunggu tarikh keramat 1/1, 2/2, 3/3, sehinggalah 12/12. Tarikh dimana semua barangan dalam talian ada diskaun!  Masa inilah semua orang tekan butang “check out” dalam troli aplikasi e-dagang masing-masing. 

Gambar menunjukkan seorang wanita sedang membelah belah dalam talian

Aktiviti ini dah jadi seperti satu ketagihan tapi jangan risau, anda tak keseorangan. Iyalah, membeli belah dalam talian adalah alternatif cepat dan mudah untuk dapatkan barang yang telah lama anda inginkan. Hanya di hujung jari. Keluar rumah pun untuk ambil parcel depan pintu. Dengan ketersambungan jalur lebar yang dimungkinkan oleh infrastruktur yang telah disediakan Kerajaan dan pelaksanaan 5G yang semakin baik, aktiviti online shopping ini perlahan-lahan menjadi satu tradisi dan budaya. 

Tapi membeli belah dalam talian ini ada risikonya. Risiko kena tipu oleh scammers, barang tak sampai, dah sampai tapi rosak, yang sampai tapi barang lain pun ada dan banyak lagi kes. Jangan risau, ini adalah tips untuk anda menjadi pembeli yang bijak. Dapat barang dengan harga murah dan barang pun sampai dengan selamat di depan pintu.

TIPS MENJADI PEMBELI BIJAK

Bandingkan Harga

Gambar menunjukkan seorang pelanggan membandingkan harga dalam talian

Part ini anda kena ada effort sikit. Dengan pelbagai pilihan aplikasi e-dagang zaman ini, harga juga berubah-berubah. Pastikan anda menyelidik dan membuat perbandingan harga antara aplikasi-aplikasi e-dagang ini. Periksa juga kos penghantaran, sebab kadang-kadang ia akan menyebabkan jumlah kos keseluruhan lebih mahal.

Sentiasa periksa review barangan

Gambar menunjukkan reviu daripada pelanggan

Dengan kemudahan meninggalkan review, ia menjadikan testimoni barangan lebih dipercayai. Periksa juga “bintang” yang diberikan pengguna terhadap kedai dan barangan tersebut. Ini penting supaya anda tak tertipu. Periksa juga kekerapan pemilik kedai menjawab pertanyaan daripada pelanggan. Ini menunjukkan keramahan pemilik kedai yang bertanggungjawab terhadap pelangggannya. Jadi sebagai pengguna, anda kena manfaatkan kelebihan meninggalkan reviu ini. Tapi review betul-betul, jangan review ala kadar atau letak gambar kucing pula.

Buat pembelian pada masa yang tepat

Gambar menunjukkan pelbagai promosi dalam talian. Kredit, Bath, Body & Works, Rozel & Uniqlo

Sekarang ini hampir setiap bulan pemilik kedai akan membuat promosi. Periksa promosi bermusim seperti Hari Raya, Tahun Baru Cina, Hari Deepavali, Krismas dan sebagainya. Kelebihan menjadi rakyat Malaysia adalah kita ada pelbagai festival. Jadi gunakan kelebihan ini dengan membuat pembelian pada waktu-waktu tersebut.

Gunakan kemudahan “Add-to-Cart” dengan bijak

Gambar menunjukkan barang yang diletakkan di dalam cart

Jangan beli atau check out dahulu. Masukkan dalam tab “Add-to-Cart” supaya anda senang membandingkan harga dan kualiti produk. Tip terbaik untuk tak terburu-buru membuat pembelian adalah dengan menunggu selama 24 jam. Dalam masa ini lah anda tahu sama ada produk berkenaan adalah kehendak atau keperluan. Kadang-kadang juga ada pemilik kedai akan menghantar pesanan ke Whatsapp anda tentang promosi kerana anda masih belum membuat pembelian dan membiarkan produk dalam tab “cart” atau Troli.

Tebus Baucar dan Kupon yang tak digunakan

Gambar menunjukkan contoh kupon

Masa inilah kupon atau baucar yang anda kumpul selama ini dapat digunakan. Kebanyakan platform e-dagang membenarkan anda menggunakan pelbagai baucar dan kupon untuk satu pembelian. Cuma perlu semak bila kupon atau baucar itu akan tamat tempoh. Nanti bila nak pakai dah terlambat rupanya.

Gunakan Fungsi Chat

Gambar menunjukkan fungsi chatbot

Dan yang paling akhir, sentiasa bertanyakan pemilik atau penjual tentang produk anda jika ada apa-apa pertanyaan. Kemudahan ‘chat’ yang ada gunakan sebaik mungkin. Disini jugalah anda boleh memeriksa kekerapan penjual memberi respon kepada pertanyaan anda.

BIJAK MEMBELI, ANDA PUAS HATI

Pembelian atas talian sudah menjadi kebiasaan dan kadang kala menjadi terapi ketika bosan di rumah. Dengan kebiasaan ini, risiko yang biasanya dihadapi ketika membeli di kedai fizikal turut berpindah ke dunia maya. Perkara ini sememangnya menyeronokkan sekiranya anda mengetahui sejumlah perkara ketika membeli pada platform ini.  Ia memerlukan penelitian dan kaji selidik bagi mengelakkan anda tertipu dengan barangan yang ditawarkan.

Jadilah pengguna yang bijak dan sentiasa berhati-hati ketika melakukan urusan jual-beli secara dalam talian. Laporkan segera di balai-balai berhampiran atau hubungi 997 jika anda menjadi mangsa penipuan.

Pilihan Menarik Untuk Anda