Karnival Komunikasi adalah sebuah inisiatif daripada Kementerian Komunikasi yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran orang awam mengenai kepentingan jalur lebar dan teknologi komunikasi terkini.

Karnival ini dianjurkan dengan kerjasama strategik TM Technology Service Sdn. Bhd (TM) dan pelbagai agensi lain di bawah naungan Kementerian Komunikasi.
Matlamat utama karnival ini adalah untuk mempromosikan ketersambungan digital kepada masyarakat, dengan menekankan kepada kepentingan penggunaan teknologi komunikasi yang bijak dan berhemah. Melalui program ini, kami berhasrat untuk merapatkan jurang komunikasi antara kerajaan dan rakyat, serta membina masyarakat yang bermaklumat.
Tahun ini, Karnival Komunikasi berlandaskan tema "Literasi Komunikasi Masa Depan Harmoni" yang menekankan komunikasi tanpa batas bagi kesinambungan masa depan yang lebih harmoni. Dengan adanya karnival ini, kami berharap dapat memupuk kesepaduan nasional melalui komunikasi yang berkualiti.
Karnival Komunikasi 2024 akan diadakan pada 6 dan 7 September 2024 di Hutan Bandar Putra, Kulai, Johor. Acara ini merangkumi pelbagai aktiviti menarik termasuk pameran daripada kementerian dan agensi-agensi yang terlibat, forum di pentas utama, pertandingan e-sukan, dan banyak lagi. Pengunjung juga boleh mengambil bahagian dalam aktiviti KK Fun Run dan menikmati persembahan mini konsert dari artis-artis tanah air.
Di samping acara fizikal, Karnival Komunikasi juga mempunyai portal dalam talian yang kaya dengan informasi—terdiri daripada 28 artikel dan 20 video pendek yang bertujuan untuk menambah pengetahuan dan literasi digital rakyat Malaysia.
Untuk maklumat terkini mengenai Karnival Komunikasi, ikuti kami di

Dengan Kerjasama