Masak Pun Boleh Buat Duit? Ini Cara-Caranya!

Teknologi & Kreatif

“What’s up guys, hari ni aku nak masak…”

Mesti anda pernah dengar intro video ini kan? Intro yang dah sebati dengan telinga dan mata rakyat Malaysia. Itulah dia tagline daripada selebriti masakan tempatan, Khairul Aming.

Memasak adalah antara skil penting yang hampir semua orang tahu, dengan berbagai jenis dan tahap kesukaran. Ini bermakna setiap individu akan memerlukan keperluan memasak yang berbeza. Anda minat masak sesuatu yang ringkas untuk menu harian ataupun ada resepi turun temurun yang nak dikongsi? Tahu tak perkongsian anda itu sebenarnya mampu menjana pendapatan? 

Jadi macamana cara nak jana duit melalui konten masakan? Jom kami kongsikan cara-cara asas sebagai seorang beginner.

CARI NICHE ANDA

Anda kena tahu siapa audiens yang anda nak tujukan konten memasak. Contohnya orang yang sibuk bekerja atau orang yang pentingkan pemakanan sihat. Nak mudah, kongsikan sesuatu yang anda memang suka macam resepi masakan ringkas dan bajet. Biasanya resepi macam itulah yang akan dapat banyak ‘save’ di Instagram dan ‘download’ di Tik Tok. 

NAK BUAT MARKETING KAT MANA? 

#1 Media Sosial

Inilah permulaan paling senang dan cepat untuk dapatkan perhatian orang ramai. Anda boleh mula dengan akaun personal atau buat akaun khas di Tiktok atau Instagram. Ciptakan nama akaun yang mudah diingati dan berkaitan dengan niche masing-masing sekiranya anda memilih untuk tak menggunakan nama sendiri.

Ilustrasi menunjukkan pelbagai jenis ikon media sosial

#2 Iklan Berbayar (Ads)

Lepas anda bina trafik atau followers, cuba optimumkan penggunaan iklan berbayar. Misalnya boleh guna Facebook Ads untuk pengiklanan di media sosial dan Google Adsense dalam pengiklanan di Blog, YouTube dan Google Search Page (muka carian Google).

Ilustrasi menunjukkan iklan berbayar

#3 Kolaborasi Sesama Influencer

Selain itu, cuba buat cross collaboration dengan influencer lain. Dapatlah anda kembangkan pendedahan tentang konten anda pada pengikut influencer tersebut. Boleh sama-sama dapat pendedahan pada followers masing-masing. Contohnya ketika Isaac Osman (influencer mukbang Malaysia) menjemput Khairul Amin berkolaborasi dalam video Youtube nya sempena bulan Ramadhan pada tahun 2022.

Tangkap layar video Youtube kolaborasi Isaac Osman & Khairul Amin

#4 Cadang Konten Pada Jenama Lain

Ilustrasi menunjukkan seorang wanita memberikan idea kepada seorang individu lain

Sebenarnya banyak jenama tempatan yang perlukan kreativiti content creator. Sebab biasanya pendekatan content creator lebih dekat dengan pengguna media sosial. Selagi menguntungkan kedua belah pihak, mesti ada jenama yang berminat. Contohnya seperti kolaborasi @fazleyjalal dan jenama Maggi dalam mempromosikan produk terbaru mereka. Begitu juga kolaborasi @nahlarsl dan jenama aiskrim tempatan, Inside Scoop, dalam mempromosi produk bermusim mereka.

DAPAT DUIT DARIPADA MANA?

#1 Youtube Partner Program

Program ini akan bagi komisen melalui iklan yang diklik penonton semasa menonton konten anda. Cuma dapatkan minima 1000 pelanggan(subscriber) kat Youtube dan ikut syarat lain, anda dah boleh mula jana pendapatan.

Tangkap layar daripada Youtube mengenai Youtube Partner Program

#2 Kolaborasi Dengan Jenama

Ini pun menguntungkan sebab biasanya kontrak untuk jadi duta lebih lama. Misalnya minimum 6 bulan. Bila anda dah dilantik jadi duta untuk promosi produk, anda akan dibayar mengikut perjanjian dan biasanya bayaran akan jadi lebih tinggi. 

Ilustrasi menunjukkan dua individu berjabat tangan untuk berkolaborasi

#3 Blog

Kalau dah banyak menulis konten di blog, apa kata guna sistem affiliate dan ads seperti Google AdSense pula di dalam blog anda. Anda kongsikan konten berguna yang diselitkan link affiliate, lepas itu orang klik. Haa da boleh dapat pendapatan pasif setiap kali link tersebut diklik!

Ilustrasi menunjukkan penulisan di blog

#4 Review Produk

Mesti anda pernah tengok influencer yang meletakkan product placement di dalam konten mereka. Ataupun mereka mempromosikan produk makanan tersebut secara langsung dalam konten. Contohnya kalau anda ditaja, anda perlu masukkan review produk dalam konten masakan. Buat review pun boleh dapat barang percuma atau bayaran servis review. Itu yang seronok tu!

Ilustrasi menunjukkan penulisan di blog

KISAH KEJAYAAN 

Contoh paling dekat, Khairul Aming yang konsisten berkongsi resepi masakan selama 4 tahun. Sampailah beliau memulakan perniagaan Sambal Nyet. Ataupun blogger nombor 1 Malaysia dan paling lama dalam dunia masakan; Azie Kitchen. Sekarang Azie Kitchen dah pun terbitkan buku resepinya sendiri.

MULAKAN DI RUMAH JE!

Nah, banyak betul sumber pendapatan yang boleh dijana daripada perkongsian konten masakan di Internet. Nak mulakan pun boleh bermula di rumah dengan sesuatu yang anda dah tahu saja. Cuma anda hanya perlu ada konsistensi, kreativiti dan Internet stabil di rumah.

Selamat memasak!

Pilihan Menarik Untuk Anda