Kenapa Penting untuk Jejak Tidur Anda? 

Gaya Hidup & Kesihatan

llustrasi menunjukkan seorang lelaki yang tak cukup tidur

“Dah 8 jam tidur ni, tapi kenapa bangun-bangun masih penat?!” 

Pasti ramai yang sering mengalami masalah yang sama bukan? Kenapa masih penat walaupun sudah berehat dan mendapatkan tidur yang cukup selama 8 jam? 

Tahukah anda, bukan jumlah tidur sahaja yang memainkan peranan penting untuk fungsi tubuh sihat sepanjang hari tetapi juga jenis dan kualiti tidur yang anda ambil. Ada juga kajian menunjukkan tak cukup tidur boleh membawa maut. Jadi jangan ambil mudah dengan tabiat dan rutin tidur anda. 

Tetapi bagaimana nak pantau atau tahu jenis tidur? Baca selanjutnya untuk memahami bagaimana anda boleh mendapatkan tidur yang berkualiti setiap malam. 

TIDUR YANG BERKUALITI

Tidur dan mood berkait rapat antara satu sama lain. Tidur yang tak berkualiti atau kurang tidur boleh menyebabkan perubahan mood yang teruk seperti kebimbangan, kemurungan, dan daya fokus yang berkurangan. Dan perubahan mood boleh menganggu keselesaaan untuk tidur juga. 

Laman web Hello Doktor juga ada menceritakan 5 kesan buruk kurang tidur iaitu mudah lupa, kadar stress meningkat, cepat marah, menjejaskan kehidupan sosial dan memburukkan masalah yang dialami.

SLEEP TRACKER BANTU DAPATKAN TIDUR YANG CUKUP

Gambar menunjukkan bagaimana sleep tracker membantu anda tidur

Dengan perkembangan teknologi, anda juga dapat mengetahui rutin tidur anda. Adakah anda berdengkur? Berapa kali anda berpusing-pusing di atas katil dan pada jam berapa anda sedang menikmati ‘deep sleep’? Sudah ramai yang menggunakan teknologi ‘sleep tracker’ untuk memahami rutin dan tabiat tidur masing-masing sekaligus mendapatkan tidur yang berkualiti. 

Memilih peranti jejak tidur yang sesuai kebanyakkannya harus mengikut keperluan dan gaya hidup. Ada yang direka seperti jam tangan seperti Fitbit dan Apple Watch. Namun ada juga yang hanya memerlukan aplikasi di telefon pintar anda. 

BAGAIMANA ‘SLEEP TRACKER’ INI MEMANTAU TIDUR ANDA? 

Terdapat pelbagai jenis peranti yang menawarkan ciri-ciri yang berbeza bergantung kepada jenama . Tetapi ini antara 4 ciri atau feature yang biasa ada dalam peranti atau aplikasi ‘sleep tracker’. 

  • Tempoh tidur: Dengan menjejaki masa anda tak aktif, peranti boleh merakam apabila anda tertidur pada waktu malam dan apabila anda bangun pada waktu pagi.
  • Kualiti tidur: ‘Sleep Tracker’ boleh mengesan tidur yang terganggu, memberitahu anda apabila anda berpusing atau terjaga pada waktu malam.
  • Fasa tidur: Sesetengah sistem ‘sleep tracker’ memantau fasa tidur anda dan tetapkan masa penggera anda berbunyi semasa anda berada dalam fasa tidur yang mudah terjaga. Jadi ia tak menggangu ketika anda sedang berada dalam fasa tidur nyenyak.
  • Faktor gaya hidup: Ada juga ciri ‘sleep tracker’ yang menggesa anda untuk memasukkan maklumat tentang aktiviti yang boleh menjejaskan tidur, seperti jumlah kafein yang anda minum, bila anda makan atau sama ada anda mengalami tahap tekanan yang tinggi. 

Mendapatkan peranti hanya untuk membantu anda tidur kadangkala tak berbaloi kerana kebanyakkan peranti dipasaran terlalu mahal dan tak semuanya mampu milik. Jangan risau kerana anda juga boleh muat turun aplikasi ke dalam telefon pintar anda. Antaranya ialah Sleep Cycle, Pillow, Sleep++ dan banyak lagi.

Gambar menunjukkan aplikasi yang boleh di muat turun ke telefon pintar

PANTAU TIDUR UNTUK DAPATKAN TIDUR YANG BERKUALITI

Menggunakan penjejak tidur untuk buat pantauan waktu rehat pada malam hari adalah permulaan yang baik untuk meningkatkan kualiti tidur. Analisa yang dibuat berdasarkan data seperti tempoh tidur, kualiti tidur, fasa tidur dan faktor gaya hidup boleh memberi petunjuk apa yang perlu anda tambah baik. 

Dengan capaian Internet di rumah yang stabil, lebih mudah untuk anda melihat data dan statistik sejurus bangun tidur. Jadi, peranti atau aplikasi penjejak tidur disarankan untuk diguna jika anda sering mempunyai masalah tidur dan acapkali bangun pagi tak bermaya.

Fahamilah rutin tidur anda dan selamat menjejak tidur!

Pilihan Menarik Untuk Anda