Kenali Platform dan 5 Cara Menjual Lukisan Digital!

Teknologi & Kreatif

“Eh kau tengok IG Story Yaya ni Meena, ada orang beli lukisan digital dia. Dia jual kat mana eh?”

Wah, lukisan digital pun ada orang beli ke? Mestilah, seni dah berevolusi dari bentuk tradisional ke digital. Dan audien penggemar seni pun turut berkembang. Dengan bantuan teknologi juga, pemasaran dah pun berlaku dalam talian. Jadi para seniman dan pelukis akan berasa lebih mudah dalam mempromosikan lukisan mereka, tak kira fizikal atau digital. Tapi kita akan fokus mengenai seni digital dalam artikel ini. Jom kita ketahui apa itu seni digital dan kat mana nak jual!

APA ITU SENI DIGITAL?

Definisi seni digital adalah sebarang seni yang dibuat atau dialihkan ke medium digital. Istilahnya agak luas dan ia merangkumi kategori seperti fotografi digital, seni media campuran, grafik visual dan lukisan digital. 

DAH SEDIA NAK TAHU PLATFORM? JOM KITA TENGOK!

Jadi, ini platform-platform yang anda harus tahu kalau nak lariskan lukisan digital anda. 

Ilustrasi menunjukkan contoh media sosial yang sering digunakan

Promosi di media sosial peribadi

Rajin mempromosikan karya dan berkongsi maklumat menarik dalam bentuk Instagram Story, Reels ataupun Tik Tok video adalah salah satu punca lukisan boleh jadi laris tau. Jika anda baru nak mula, apa kata kalau anda muat naik sahaja gambar lukisan sama ada kanvas, cetakan lukisan atau lukisan digital besertakan harga di platform media sosial.

Kalau dah ada sambutan, bolehlah gunakan feature Instagram Shop, Facebook Marketplace dan Tik Tok Shop. Kebanyakan produk yang berjaya terjual adalah disebabkan mereka memaksimumkan penggunaan media sosial. Pertama untuk bina brand awareness seterusnya dapatkan kepercayaan di kalangan pelanggan. Tapi, tak semestinya seni digital saja, kalau lukisan fizikal pun boleh, cuma anda perlu uruskan kos penghantaran juga.

Ilustrasi menunjukkan seorang lelaki membeli-belah di online marketplace

Sertai dunia Online Marketplace 

Jangan hadkan radius pelanggan anda hanya di Malaysia. Luaskan pengaruh anda di persada antarabangsa dengan online marketplace di seluruh dunia. Misalnya di Malaysia anda boleh gunakan platform seperti Lazada dan Shopee. Potensi pasaran anda lebih luas dengan lukisan digital di platform global seperti Etsy dan eBay.

Tangkap layar menunjukkan laman web Freepik Contributor

Jadi contributor di laman web image bank!

Pernah tak anda muat turun vector, ilustrasi atau gambar di laman web image bank seperti Freepik, Pexels dan Envato? Tapi, pernahkah anda juga terfikir, dari mana datangnya semua aset-aset tersebut? Ini berita baik untuk anda yang berminat nak jual karya seni digital. Laman web tersebut akan beli daripada andalah! Cuma pergi ke laman web mereka untuk mula. Setiap kali ada orang muat turun, selagi itulah anda akan buat duit!

Cuma untuk Pexel dan Pixabay, kedua platform ini sedikit terhad kerana anda perlu bergantung kepada sumbangan (donation) para pemuat turun. Berminat, boleh layari laman web di bawah:

OKAY, PLATFORM DAH TAHU. MACAM MANA PULA DENGAN STEPS NAK JUAL? 

1. Tentukan jenis lukisan & platform : 

Lihat jenis seni digital yang anda ingin jual. Platform seperti Shopee, Lazada, Etsy, Tik Tok Shop dan Instagram Shop biasanya sesuai untuk lukisan digital. Manakala platform seperti Freepik, Envato, Creative Market pula sesuai untuk ilustrasi dan vector.

2. Bina nama :

Kongsi karya anda secara konsisten dan buat kolaborasi dengan jenama lain untuk naikkan nama anda di kalangan penggemar karya seni digital. Contohnya kolaborasi Milliot & Co bersama artis digital Miriam Omar di mana hasil lukisan digunakan dalam koleksi kasut & beg. Satu tips untuk mudahkan pembeli mudah cari di media sosial adalah dengan menggunakan social media handle yang berkaitan. Contohnya @ikadigitalart @mellyillustration. 

3. Tetapkan details lukisan:

Ini adalah satu cara untuk membawa pelanggan ke dunia anda dalam memahami dan menghargai karya anda. Letakkan kapsyen di mana saja platform yang anda ingin gunakan. Berikan penerangan mudah tentang karya anda supaya mereka faham tentang seni anda. Ini juga boleh bantu dari segi SEO jadi lebih mudah pelanggan menemui karya anda. Jangan lupa juga untuk letak harga dan paling penting, letakkan watermark untuk karya digital anda. 

4. Bentuk bayaran & invois:

Bukan pembeli je takut scam, peniaga pun sama! Kena ada bukti. Maka, anda jangan lupa untuk berikan resit pembayaran dan invois kepada mereka. Itu jika anda berurusan secara terus seperti melalui platform media sosial, tapi jika anda pilih untuk guna online marketplace, semua tracking mudah disemak dan diurus kerana ekosistem dah pun tersedia dalam platform tersebut. 

5. Kuasai ilmu pemasaran:

Sentiasa up-to-date dengan ilmu pemasaran. Tak susah nak timba ilmu marketing ini. Boleh dapatkan online je melalui Universiti Google dengan macam-macam sumber yang tersedia untuk dipelajari.

DENGAN CARA YANG SESUAI, ARTIS DIGITAL PUN BOLEH CARI MAKAN

Ilustrasi menunjukkan seorang wanita sedang membuat rekaan visual di sebuah tablet

Dah jadi bukti yang teknologi boleh jadi gerbang rezeki buat penggiat seni di luar sana. Hanya perlu gunakan platform dan teknik yang betul, dah boleh dah jana duit! Nak-nak pula, hubungan Internet yang stabil memudahkan anda berkarya dan menguruskan jual beli dalam talian. 

Anda juga boleh sertai inisiatif Kerajaan dalam memberikan panduan pemasaran percuma khususnya untuk para usahawan tak kira dari bidang mana. Nak tahu lebih lanjut, boleh baca segmen keusahawanan portal ini di sini.

Selamat berkarya dan selamat maju jaya!

Pilihan Menarik Untuk Anda