Hiking Dengan Selamat : 4 Aplikasi Untuk Cuba

Gaya Hidup & Kesihatan

“Okay geng, hujung minggu ni nak hiking kat mana? Bukit Tabur jom!”

taip Isaac dalam group WhatsApp ‘Hiking kat mana’.

Gambar menunjukkan seorang lelaki sedang membuat dakian

Hiking atau aktiviti mendaki ringan merupakan antara aktiviti luar yang digemari rakyat Malaysia. Kebiasaannya aktiviti ini dilakukan berkumpulan. Jadi, soalan ‘nak mendaki ke mana?’ dah menjadi topik hangat yang dibincangkan, contohnya dalam group WhatsApp atau Facebook. 

Aktiviti ini juga menjadi salah satu pilihan untuk detoks daripada media sosial. Dapatlah anda menikmati alam semulajadi dan udara segar. Tapi ada suatu perkara penting yang patut dipertimbangkan jika anda mahu melakukan aktiviti ini sebagai hobi, iaitu aplikasi hiking

Kenapa? Jom kita kupas.

4 KEPENTINGAN APLIKASI UNTUK HIKING

#1 Lokasi

Ilustrasi menunjukkan beberapa lokasi di atas peta di dalam telefon

Tiap kali nak hiking tempat baru, mesti anda akan buat carian Google “hiking trail near me”. Tapi bila muat turun aplikasi, mudah nak cari dan simpan laluan dakian baru. Trail Bukan saja kat Malaysia, tapi untuk seluruh dunia!

#2 Navigasi

Ilustrasi menunjukkan permulaan perjalanan di peta dalam talian

GPS di dalam aplikasi lebih spesifik dengan laluan yang sering diguna para pendaki. Tapi itulah, tak semua laluan dakian mempunyai servis telefon yang baik. Jadinya, peta yang dimuat turun dalam aplikasi boleh diakses offline dan sangat membantu sekiranya anda sesat. 

#3 Tips

Ilustrasi menunjukkan sebatang sungai

Bila guna aplikasi, anda boleh tahu tentang apa yang ada di sekitar laluan dakian. Misalnya halangan seperti pokok, sungai dan haiwan. Mudah nak rancang tindakan jika dapat tahu ada halangan secara tiba-tiba.

#4 Prestasi

Ilustrasi menunjukkan ranking

Salah satu ciri untuk para penggemar dakian yang suka menjejak prestasi masing-masing. Kalau semua orang dalam kumpulan hiking menggunakan aplikasi yang sama, boleh buat pertandingan tau! Lagi fun hiking anda nanti. 

NAK PAKAI APLIKASI APA? 

#1 AllTrails 

Ada lebih 200,000 peta laluan dakian seluruh dunia dengan gambar dan ulasan (review). Pengaktifan GPS dapat merekod laluan anda, kelajuan, jarak dan ketinggian. Data tersebut juga boleh disimpan dan dikongsi bersama rakan. Peta juga boleh dimuat turun untuk digunakan offline

Muat turun: iOS & Android (percuma dan berbayar)

#2 Gaia GPS

Aplikasi ini mudah digunakan untuk mencari laluan dakian di seluruh dunia. Nak mencari tempat berkhemah dan akses ramalan cuaca pun boleh. Paparan peta boleh dilihat secara topografi, satelit dan ilustrasi NatGeo. Peta boleh dimuat turun untuk akses offline juga.

Muat turun: iOS & Android (percuma dan berbayar)

#3 Spyglass

Beza aplikasi ini dengan yang lain adalah ciri AR (Augmented Reality) yang digunakan. Aplikasi ini juga mempunyai kompas gred tentera yang dinaiktaraf dengan GPS telefon, penderia giroskop dan accelerometer. Spyglass juga membolehkan para pendaki mengukur jarak dan menentukan kecuraman. Advanced betul ini!

Muat turun: iOS & Android (berbayar)

#4 Seek by iNaturalist 

Ini pula aplikasi yang boleh membantu anda mengenal pasti flora dan fauna di sekeliling anda. Cuma buka kamera dan halakan kepada apa yang anda ingin kenalpasti. Contohnya seperti pokok, cendawan dan haiwan dan ia boleh dikenalpasti dengan bantuan teknologi AI.

Muat turun: iOS & Android (percuma)

HIKING DENGAN SELAMAT MENGGUNAKAN TEKNOLOGI

Teknologi tak semestinya menghalang anda daripada menikmati alam semulajadi. Jika digunakan dengan baik, ia akan menambah baik pengalaman anda ketika membuat aktiviti luar terutamanya mendaki. Kebanyakan lokasi pendakian yang berada di luar dan pinggir bandar juga sebenarnya dah ada yang dapat liputan dan capaian Internet hasil penambahbaikan capaian dan penggunaan 5G yang semakin meluas. 

Perancangan dakian yang dilakukan di rumah juga memudahkan dakian selain mengelakkan diri daripada kesusahan. Mengurangkan risiko sesat, kebarangkalian bencana alam, dan fasiliti terdekat yang disediakan boleh diketahui dari awal. Untuk nikmati sepenuhnya pengalaman mendaki, jangan lupa senyapkan notifikasi (silent mode) telefon anda untuk seketika. 

Selamat mendaki!

Pilihan Menarik Untuk Anda