High-Tech Kan Kedai Retail Anda

Keusahawanan

“Kedai kau ramai orang aku tengok, tapi selalu tak cukup pekerja.”

“Yee, pening kepala aku nak cari orang, kau ada idea?”

“Barang kau pun semua orang dah kenal, tak perlu nak explain apa pun. Kau belilah self-checkout counters.”

“Tak ye eh..”

Ilustrasi menunjukkan situasi dalam kedai runcit

Mungkin anda dah banyak tahu tentang kemajuan yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Daripada segi gaya hidup sehinggalah kesihatan. Tapi tak ramai juga yang perasan yang teknologi buat perniagaan runcit turut mengalami penambahbaikan dalam teknologi.

Tapi jangan ingat perniagaan runcit ini kedai-kedai yang jual barangan kering dan basah untuk keperluan rumah je. Perniagaan runcit turut meliputi kedai pakaian, kedai DIY, kedai eletronik, kedai kek, kedai-kedai di gedung beli belah dan sebagainya.

ANTARA TEKNOLOGI RETAIL YANG BOLEH ANDA TERAPKAN

#1 TEKNOLOGI HYBRID SHOPPING – Cover semua!

Ilustrasi menunjukkan pembelian dalam talian dan kedai fizikal

  • Buat online dan offline. 
  • Berganda customers sebab ada yang datang ke kedai, ada juga yang hanya nak pesan dalam talian. 
  • Beri anda insight di mana jualan anda lebih rancak dengan analisa kelakuan pelanggan (customer behaviour). Jadi di situlah anda perlu fokuskan pemasaran dan ubah strategi mengikut kesesuaian. 
  • Anda juga boleh tawarkan servis beli dalam talian dan ambil (pick-up) di kedai fizikal berdekatan.
  • Contohnya seperti pasaraya myAEON2go dan Lotus’s dan juga kebanyakan kedai pakaian wanita.

#2  PERSONALISE ATAU CUSTOMIZE BARANG – Ini aku punya!

Gambar menunjukkan kaunter custom kasut Nike

  • Kalau barangan yang anda jual ada ciri istimewa ni, lagi ramai orang nak cuba. Nak beli sebab rasa sense of belonging. Rasa sayang dan lebih dihargai kerana ada nama kita atau kita ada kebebasan untuk tentukan apa yang kita nak.
  • Biasanya nama boleh diukir, disulam atau dilukis di atas produk mengikut kehendak pelanggan.
  • Antara jenama tempatan yang menawarkan servis ini adalah Sometime by Asian Designer dan Duck.
  • Kalau yang lebih advanced, pergi saja ke website untuk buat pilihan warna, jenis material, bentuk dan pelbagai lagi. Macam yang dilakukan oleh Nike melalui program Nike by You di mana kasut boleh direka mengikut kesukaan masing-masing. 

#3  GUNAKAN TEKNOLOGI AR – Okay, macam ni ke letak kat rumah!

Tangkap layar menunjukkan kabinet dapur yang boleh disesuaikan mengikut citarasa di laman web Ikea Malaysia

  • Tambah baik pengalaman pelanggan dengan menawarkan servis AR (Augmented Reality) dalam product testing anda.
  • Contohnya seperti aplikasi Sephora yang membolehkan pelanggan mencuba gincu seperti filter di media sosial. Kalau suka, boleh add-to-cart! Macam dalam artikel ini.
  • Kalau di laman web atau aplikasi IKEA, anda boleh buka ciri AR di mana anda pilih perabot yang anda mahukan dan buka video kamera (melalui aplikasi atau laman web)  untuk posisikan perabot tersebut di ruang yang kita mahukan. Bestnya!
  • Nak customise dapur dan tahu apa yang perlu dibeli beserta harga pun boleh. Seperti tangkap layar di atas.

#4  RFID 

Ilustrasi menunjukkan teknologi RFID. Kredit imej daripada Linkedin.
  • Bukan RFID kat tol. Sebab fungsi RFID ni sebenarnya pelbagai. Jadi RFID yang macam mana tu?
  • RFID ini boleh juga diletakkan di setiap tag barangan yang ada, ia boleh simpan data yang diingini seperti data inventori.
  • Contohnya macam ZARA, dengan menggunakan signal radio, kegunaan RFID di tag dapat simpan memori dan boleh membunyikan security alarm. Jadi senanglah pekerja nak semak nombor siri dan juga uruskan keselamatan kedai. 
  • Kalau syarikat Nike, bag salah satu produk mereka iaitu Nike’s Air Jordan 1 Retro High OG ‘‘Court Purple’’ pun ada RFID. Bila nak guna?  Bila mereka nak pulangkan untuk waranti dan minta ganti rugi, kedai dapat trace sama ada produk itu authentic atau fake

#5 SOLUSI PINTAR

Ilustrasi menunjukkan 5 orang membayar di kaunter layan diri

Nanti dah tak payah dah nak beratur kat pasaraya. Pengalaman membeli-belah akan berevolusi dengan pantas tak lama lagi. Ini antara inovasi yang kebanyakannya dah ada dan bakal ada di negara kita:

  • Contactless payment – Tak ramai yang bawa cash. Wajib guna untuk usahawan!
  • Bayar beransur-ansur – Juga turut menjadi jenis bayaran popular terutamanya di plaform e-dagang. Antaranya Atome, SplitPay, PayLater oleh Grab, SPayLater dan sebagainya yang boleh diintegrasikan dalam laman e-dagang.
  • Hantar ke rumah – Bukan beli online hantar ke rumah. Pilih di pasaraya fizikal tapi barang-barang dihantar ke rumah. Dah tak perlu nak angkat barang berat-berat terutamanya bila decide last minute nak berbelanja tapi berseorangan atau guna pengangkutan awam.
  • Resit Digital – Jaga persekitaran, dah tak perlu terima resit fizikal. Hantar saja ke e-mel pelanggan.
  • Self Checkout – Tak perlu kelam kabut dekat cashier. Bayar ikut masa sendiri dan tenang-tenang je. Caranya pun mudah, scan barang, masukkan dalam plastik dan bayar di terminal yang boleh dioperasi sendiri.
  • Self Ordering Kiosks – Ini pula salah satu solusi untuk urus trafik apabila orang ramai tapi kaunter pesanan/bayaran sesak dan terhad. Mudahkan proses dan ada sistem untuk kelancaran keseluruhan operasi. 

Haaa ini manfaat-manfaat kalau anda boleh aplikasi semua ni!

  • Jimat tenaga pekerja/automasikan proses
  • Mudahkan pengurusan inventori
  • Lebih ramai pelanggan
  • Tarik ramai peniaga untuk mula aplikasikan teknologi

Kembangkan potensi bisnes anda kalau inginkan perniagaan yang lebih maju dengan mengaplikasikan idea-idea di atas. Lagi mudah dengan infrastruktur untuk bisnes yang dah pun disediakan Kerajaan terutamanya ketersambungan jalur lebar. Jadi ayuh manfaatkan bersama. 

Makin maju teknologi, makin maju bisnes anda!

Pilihan Menarik Untuk Anda