Guna Internet Di Rumah, DIY Pun Jadi Mudah!

Gaya Hidup & Kesihatan

“Lawanya design cermin muka ni! Beli kat mana Fara? Mesti mahal ni.”

“Eh buat sendiri Dian, tak susah pun. Aku tengok tutorial dia kat Pinterest ke Tiktok haritu, beli barang lepas tu DIY je. Tak mahal mana pun. Jimat lagi adalah!”

Gambar menunjukkan sebuah cermin hiasan.

Haa mesti dah biasa dengar 2 platform tadi jadi rujukan untuk buat hiasan dalaman. Sekarang ni siapa saja dah boleh buat projek DIY,  guna Internet je di rumah, DIY jadi mudah! Teruskan membaca kalau nak tahu macam mana nak mula dengan projek DIY ini. 

APA TU PROJEK DIY?

Projek DIY atau nama penuhnya Do It Yourself adalah projek yang dibuat sendiri tanpa mengupah para profesional. Menariknya projek-projek DIY ini bila anda dapat mengembangkan kreativiti diri.

Hasil tangan juga sedikit sebanyak akan melambangkan personaliti dan stail yang disukai pembuatnya. Ambil contoh pasu bunga yang dihiasi dengan cat dan lukisan yang menarik.

Gambar menunjukkan pasu yang dihias dengan lukisan menarik. 

MACAM MANA NAK MULA?

Jadi, macam mana nak mulakan projek DIY anda ni? Mudah saja, ikut cara di bawah :

#1 Pusing lah satu rumah dan dapatkan ilham projek DIY yang anda boleh lakukan. Misalnya tengok kawasan laman rumah, bilik tidur, ruang tamu dan sebagainya. Apa yang anda boleh upgrade atau upcyling.

Gambar menunjukkan ruang bilik tidur

#2 Cari tutorial dan inspirasi untuk beginner di laman web dan sosial media seperti Pinterest, Youtube dan Tik Tok.

#3 Senaraikan bahan dan peralatan asas yang diperlukan. Mulakan dengan bahan-bahan terpakai yang boleh diguna semula.

Gambar menunjukkan beberapa alatan pertukangan dan DIY

CONTOH PROJEK DIY – TONG SAMPAH TERSOROK

Boleh jadi mata anda sakit tengok tong sampah yang terbuka di dapur. Daripada beli di kedai, boleh je anda cuba untuk buat sendiri. Jom kita tengok apa langkahnya:

Tangkap layar menunjukkan tong sampah sorok oleh Berani Buat.

Langkah 1 – Cari tutorial yang mudah faham dan diikuti. Contohnya dari channel Youtube Berani Buat.

Langkah 2 – Cari material dan peralatan asas untuk mula. Ini antara 8 alatan asas yang boleh dibeli atau disewa.

Langkah 3 – Ikuti tutorial video Berani Buat, langkah demi langkah.  

RASA MACAM SUSAH? INI ANTARA PROJEK YANG LEBIH MESRA PEMULA.

#1 Pasang Wallpaper

Gambar menunjukkan seorang lelaki memasang wallpaper rumah.

#2 Pasang Lantai Vinyl

Gambar menunjukkan seorang lelaki memasang lantai Vinyl di rumah.

#3 Cat Kabinet Dapur Yang Dah Pudar Warnanya

Gambar menunjukkan sebuah kabinet putih

#4 Hiasan Rumah Berasaskan Simen Atau Konkrit

Gambar menunjukkan bekas yang diperbuat dari simen.

#5 Macrame Untuk Menggantung Pokok 

Gambar menunjukkan wanita memegang macrame pokok. 

NAK LAGI IDEA? BOLEH CONTOHI ANTARA INFLUENCER TEMPATAN YANG SUKA BUAT DIY:

Tangkap layar daripada akaun-akaun Tik Tok di bawah

#1 Berani Buat – Wan Shafiq tunjukkan video tutorial pertukangan kayu.

#2 Ken Cheng – Tips DIY guna semula (upcycling) langsir lama jadi beg bahu. 

#3 Wan Faizun – Puan Wan Faizun kongsi tips buat renovasi rumah!

#4 Cik Siti – Cik Siti bagi tips buat perkakas rumah estetik secara bajet.

HASIL YANG CANTIK DAPAT, ASAH SKIL PUN DAPAT

Dengan ketersambungan Internet kelajuan tinggi di rumah, memang senang nak buat projek DIY. Tak perlu susah nak sewa bengkel pun. Mulakan saja dari asas sekecil-kecil kraf. Rujuk Pinterest, Youtube dan Tiktok dah boleh mula.

Dah mahir nanti boleh lah tambah projek yang lebih rumit dan mencabar. Semua ni bukan saja menjimatkan duit, malah boleh asah skil dan minda untuk jadi lebih kreatif. Rumah cantik dapat, asah skil pun dapat. Selamat ber-DIY okay!

Pilihan Menarik Untuk Anda