Fungsi Kod QR – Lebih Daripada Scan Menu

Keusahawanan

“Menarik bisnes you ni but I gotta go, ada bisnes kad tak so I can contact you later?”

“Ada, ni dia, pastu apa yang I cakap tadi semua ada dalam website. Takyah susah taip, bisnes kad I ada kod QR, scan je”

Sekarang nak buat networking, nak buat automasi dalam perniagaan, nak sebarkan maklumat dengan pantas dan mudah hanya memerlukan Kod QR dan telefon pintar. Iyalah, habit pengguna pun makin berubah mengikut era digitalisasi. 

dIlustrasi menunjukkan seorang wanita mengimbas Kod QR

Kod QR atau nama penuhnya Kod Quick Response adalah sejenis kod bersegi empat yang digunakan untuk menyimpan maklumat dan boleh diakses melalui telefon pintar. Tapi perasan tak? Kod QR ni wujud lama dah, tapi baru sekarang digunakan sepenuhnya. Apa cerita?

KEBANGKITAN KOD QR DI ERA PANDEMIK

Ilustrasi menunjukkan penggunaan Kod QR di aplikasi MySejahtera. Kredit imej daripada TheStar.

Macam ini ceritanya, sebelum tahun 2020, ada je bisnes yang menggunakan Kod QR dalam perniagaan, tapi penggunaan tak mendapat sambutan. Bila terjadinya pandemik, penggunaan medium tanpa sentuh menjadi keperluan mustahak. 

Jadi, penyelesaian tertumpu pada teknologi sedia ada daripada mencipta solusi yang baru. Tambahan lagi, pengimbas Kod QR pun memang dah sedia ada dalam telefon pintar. Bermula di situlah Kod QR kembali mendapat perhatian dan digunakan sepenuhnya dari segenap industri. Macam era nak kena check-in pakai Kod QR kat aplikasi MySejahtera lah, ingat lagi tak?

“Tapi, pandemik dah berlalu. Relevan lagi ke Kod QR ini dalam bisnes?” 

Semestinya. Penggunaan Kod QR adalah lebih bersih & selamat, jimat kos di mana mengurangkan penggunaan material yang dicetak, jimat masa pekerja dan servis boleh diberikan dengan lebih pantas. Itu di antara kelebihannya. Jom kita lihat  apa lagi impak Kod QR dalam perniagaan.

IMPAK KOD QR DALAM PERNIAGAAN DI MALAYSIA

#1 Semua Info Bisnes Dengan 1 Imbas – Kad Bisnes

Gambar menunjukkan kad bisnes yang mempunyai Kod QR

Bila dapat kad bisnes daripada orang, apa yang kita biasa nampak? Nama, alamat, no telefon dan laman web yang berjela panjangnya nak taip semula dalam browser. Nak letak maklumat yang banyak pun tak muat ruang. Leceh untuk pelanggan dan tak cukup efisien untuk peniaga. 

Jadi Kod QR lah jadi penyelamat! Anda boleh letakkan semua info yang anda mahu pelanggan ketahui dalam satu tempat dan link kan saja menggunakan Kod QR. Apa je info yang anda boleh letak? Ini dia:

  • Tajuk dan deskripsi pendek mengenai bisnes & tawaran 
  • Gambar kedai atau produk
  • Waktu operasi perniagaan
  • Lokasi bisnes yang boleh dibuka di Google Maps
  • Profail media sosial bisnes
  • Butang CTA (Call-To-Action) ke mana-mana destinasi yang diingini (laman e-dagang, laman web, brosur dan sebagainya)

Tangkap layar menunjukkan contoh informasi yang boleh diletakkan dalam Kod QR Bisnes. Kredit imej daripada QR Code Generator

Jadi anda boleh letakkan Kod QR di kad bisnes untuk kemudahan bersama. Kalau anda menggunakan servis daripada laman web QR Code Generator, anda siap boleh jejak lokasi, berapa ramai dah scan dan juga sistem operasi telefon pintar yang paling banyak scan. Antara mukanya (user interface) pun memang dah dioptimasikan untuk mobile viewing.

Antara pilihan yang lain untuk paparkan informasi bisnes adalah Linktree & HeyLink.me .

#2 Automasi Dalam Pemesanan Makanan – Menu Kod QR

Gambar menunjukkan penggunaan Kod QR di kedai makan

Kebanyakan kedai-kedai makanan di pusat beli belah dan kafe-kafe estetik dah pun menggunakan fungsi ini dalam operasi perniagaan mereka. Pada awalnya ia adalah medium yang digunakan untuk mengurangkan sentuhan di antara permukaan di kedai dan dengan pekerja servis. Tapi rupanya ada banyak lagi kelebihan, terutama dalam industri F&B seperti:

  • Atasi masalah kurang pekerja
  • Kurangkan masa menunggu pelanggan
  • Pelanggan tak rasa terburu-buru untuk pesan bila ada pelayan yang menunggu pesanan
  • Pesanan lebih tepat & banyak
  • Boleh terus bayar melalui bayaran dalam talian

Jangan ingat kedai-kedai kat shopping mall je boleh buat tau. Tak kira kat mana pun kedai, anda boleh adaptasikan fungsi ini. Kalau anda dah gunakan sistem Cloud POS, besar kemungkinan sistem ini dah pun sedia ada seperti FeedMe POS dan StoreHub. Kalau anda masih belum ada Cloud POS boleh guna QR Menu.

Ilustrasi menunjukkan sistem pemesanan Kod QR daripada FeedMe POS. Kredit imej daripada FeedMe POS

#3 Mungkin Dah Tak Perlu Bagi Duit Baki Akan Datang – Cashless Payment

Sekarang kedai-kedai kat pasar malam pun dah pakai Kod QR untuk buat bayaran. Hebat kan? Jadi mana-mana peniaga yang belum lagi guna Kod QR wajib pakai sebab sekarang orang dah tak bawa cash dah. Nanti hilang pelanggan semata-mata kerana anda tak tawarkan cara pembayaran ini. 

Antara platform yang menawarkan servis ini adalah platform seperti DuitNow, Maybank Mae, Touch’ N Go dan banyak lagi. Untuk baca lebih lajut, layarinya di sini

Gambar menunjukkan pembayaran melalui DuitNow QR. Kredit imej daripada RinggitPlus.

MASA DEPAN PERNIAGAAN BUKANLAH HANYA DIGITAL TAPI JUGA TANPA SENTUH

Ini antara 3 jenis penggunaan Kod QR yang wajib mana-mana usahawan ada terutamanya bagi yang mempunyai kedai fizikal. Boleh lihat menu dan pesan dalam talian, buat pembayaran melalui online banking dan paparkan apa-apa maklumat yang dikehendaki. Siap boleh jejak data analytic lah. 

Walaupun kita sudah berada dalam fasa endemik, penggunaan medium tanpa sentuh sudah menjadi satu kebiasaan dalam perniagaan termasuklah Kod QR. Akan datang, masa depan perniagaan di Malaysia bukan je dengan cara digital tapi juga tanpa sentuh. Lagi-lagi dengan kestabilan Internet jalur lebar yang semakin meluas. 

Selamat berniaga, selamat maju jaya! 

Pilihan Menarik Untuk Anda