E-Dagang Kraftangan Terbesar di Malaysia!

Keusahawanan

“Eh, mana kau beli bookmark kayu ni? Rare weh”. Tanya si Ahmad. “Aku beli dekat MyCraftShoppe” Jawab Ahmad. “Haaa MyCraftShoppe? Platform pa tu?”

Buat yang tak pernah dengar lagi MyCraftShoppe, inilah masanya untuk anda kenali! Konsep laman e-dagang ini macam Shopee, tapi konten dan produk semua tentang kraftangan Malaysia.  Senang dah nak cari kraftangan yang susah nak jumpa. Kebiasaanya yang ada pun kebanyakannya di kedai fizikal di pusat beli belah yang harganya agak mahal. 

Ilustrasi menunjukkan suasana di sebuah bazar kraftangan

Jadi ini juga adalah satu solusi untuk pemain industri seni kraftangan tempatan untuk tak terkecuali dari menikmati arus digitalisasi dengan mengembangkan perniagaan mereka di laman maya. Sebelum itu kita perhalusi sikit, apa definisi seni kraftangan ini?

Seni kraftangan – mengikut definisinya adalah keluaran artistik yang mempunyai daya tarikan kebudayaan atau tradisional dan adalah hasil daripada kemahiran tangan penuh atau sebahagiannya. Biasanya orang akan terfikir tentang seni kraftangan bila mereka ingin beli cenderahati untuk kenalan di luar negara atau mereka ingin menonjolkan budaya dan jati diri dalam sesebuah majlis seperti kenduri kahwin dan persidangan.

Jadi permintaan produk taklah begitu konsisten dan mungkin inilah sebab kedai kraftangan fizikal tak banyak ada di Malaysia.

Di sinilah MyCraftShoppe mainkan peranan untuk boleh bantu semua usahawan seni kraftangan untuk lebih berdaya saing. Jom kita lihat apa yang MyCraftShoppe boleh tawarkan untuk peniaga dan juga pembeli!

Tangkap layar menunjukkan antara produk-produk  yang ada di MyCraftShoppe

PENIAGA KRAF – KENAPA KENA GUNA MYCRAFTSHOPPE? SHOPEE DAN LAZADA KAN ADA.

Betul, platform lain memang dah ada. Tapi ini 4 sebab yang boleh ubah minda anda untuk DAFTAR di platform MyCraftShoppe hari ini!

Dari kerusi rotan ke periuk tembikar, asalkan seni kraftangan, memang MyCraftShoppe lah tempatnya.

#1 LAMAN E-DAGANG BERFOKUS

Rekaan laman web lebih kurang saja dengan Shopee & Lazada. Maknanya memang mesra pengguna! Cuma pastinya MyCraftShoppe ini istimewa sikit. Apa yang special? Laman e-dagang ini hanya menjual barang seni kraftangan sahaja dari pelbagai kategori seperti hadiah, cenderemata ke aksesori fesyen.  Contohnya produk jarang jumpa seperti labu sayung dan instrumen-instrumen muzik seperti rebana. 

Kalau dulu nak beli kena pergi ke negeri-negeri yang terkenal dengan produk kraf tersebut. Sekarang tinggal tunggu delivery je!

Tangkap layar menunjukkan kategori yang ada di MyCraftShoppe

Kalau dalam MyCraftShoppe ni ada promotion macam dalam Shopee tak?

#2 PELBAGAI KEMPEN & PROMOSI KEPADA SELLER 

Mestilah ada! Kalau Shopee & Lazada ada Free Shipping, MyCraftShoppe pun ada juga tau. Antara promosi-promosi yang sering dijalankan adalah Free Shipping untuk produk terbaru dan produk sedia ada dengan pembelian minimum, diskaun pembelian pertama dan juga diskaun sempena kempen seperti Virtual Craft Event yang sedang berlangsung (setakat artikel ini ditulis).

Tangkap layar menunjukkan diskaun sempena acara Virtual Craft Event

“Hmm profil macam penipu je ni. Dahlah kayu jati mahal sekarang”

#3 BARANGAN TULEN 

Besar kemungkinan pelanggan takut untuk beli produk kraf yang mahal dalam talian. Mereka takut akan ditipu. Lain yang diinginkan, lain yang dapat nanti. Tapi dengan platform ini anda tak perlu risau. Pelanggan boleh tinggalkan review dan juga segala profil penjual boleh disemak terlebih dahulu. Jika ada sebarang  masalah, ada ciri “After Sales” di platform ini di mana anda boleh hubungi khidmat pelanggan penjual secara terus. 

Tangkap layar menunjukkan “After Sales” page sekiranya ada isu dengan pembelian

“Tepak sirih dah beli, tapi nak letak apa kat dalam dia?”

#4 KELAS & SESI LIVE 

MyCraftShoppe ini pun ada ciri LIVE tau sama macam platform e-dagang popular yang lain. Bila ada LIVE, anda boleh ajar pelanggan untuk menggunakan produk anda dengan betul dan juga menghebahkan segala promosi yang ada. Lebih meriah dan anda berpeluang berinteraksi lebih dekat dengan pelanggan dan bakal pelanggan. 

Bila anda tunjuk produk jualan, ia boleh menambahkan keyakinan para pembeli sekaligus tak akan menghampakan mereka.

Gambar-gambar berikut merupakan poster-poster untuk Live yang berlangsung

PEMBELI KRAF – TAKKAN PENJUAL JE NAK UNTUNG. PEMBELI PUN NAK JUGA!

Ilustrasi seorang perempuan yang gembira menerima parcel

Kalau dulu, tak wujud laman e-dagang khusus untuk pembelian produk kraftangan. Yang ada sama ada akan jumpa di enjin carian Google atau di platform media sosial. Jadi anda perlu berinteraksi dan membuat pembayaran secara terus dan ini pilihan yang kurang selamat. Kan boleh terdedah dengan penipuan itu sebab tak tahu kesahihan maklumat penjual. Jadi, kalau anda nak beli barang kraf buatan malaysia dengan selamat, boleh beli di laman web MyCraftShoppe atau muat turun aplikasi di sini.

Lebih terjamin, authentic dan unik sebab kebanyakan produk dalam platform ni terhad kuantitinya dengan tahap kualiti kraf yang tinggi. 

DAH TAK KUSUT DAH NAK CARI BARANG KRAF KAT MANA LEPAS INI!

Gambar menunjukkan logo MyCraftShoppe. Kredit imej daripada Facebook MyCraftShoppe.

Lepas ni kalau nak beli barang kraftangan, tak payah pening-pening lagi. Boleh je layari MyCraftShoppe, tinggal pilih je apa yang dikehendaki. Senang untuk pembeli dan semestinya untuk usahawan kraftangan yang bingung dengan apa cara lagi boleh dilakukan untuk kembangkan pasaran!

Dengan kestabilan Internet di rumah dan capaian 5G yang semakin meluas ini memudahkan kedua belah pihak dalam ekosistem penjualan yang lebih tersusun dan mudah. Ini sangat penting!

Untuk lebih lagi pointer macam mana usahawan boleh maksimumkan output perniagaan, jom layari artikel-artikel keusahawanan di sini.

Jadi apa tunggu lagi usahawan kraf? Jom daftar akaun sebagai peniaga di MyCraftShopee sekarang!

Pilihan Menarik Untuk Anda