Dunia Tanpa Teknologi dan Internet? OMG!

Teknologi & Kreatif

“Zaman-zaman sekarang ni, tak boleh nak bayang kalau takde Internet”. 

Dunia tanpa teknologi yang berterusan dan Internet. Berita hanya ada di surat khabar yang masih perlu dibeli di kedai runcit, penghantaran dokumen sangat bergantung dengan khidmat surat menyurat, bila nak cari maklumat kena pergi perpustakaan dan nak berhubung masih guna telegram. 

Ilustrasi menunjukkan beberapa individu membaca surat khabar

Cuba bayangkan macam mana hidup kita teknologi berinovasi dengan perlahan. Iyalah sekarang dah biasa pakai Smartphone. Apa-apa cuma tinggal tap tap dan dah dapat solusi. Boleh anda fikir kalau baru tahun ni kita boleh nikmati servis SMS untuk bermesej dan nak hantar gambar guna MMS. Apatah lagi dengan kewujudan media sosial dan servis penstriman. 

Ini juga bermaksud susah nak berhubung, belajar dan menjual secara efisien. Ini baru sikit tau. Bila kita flashback teknologi lama dan bayangkan perkembangan teknologi yang perlahan atau tak ada langsung, baru kita sedar Internet menjadi pemangkin yang memperkayakan hidup kita. Senang kata dengan teknologi maju dan Internet pantas semua impian boleh direalisasikan.

Ilustrasi menunjukkan seorang lelaki sedang menikmati Internet pantas di rumah

Kita dah flashback, jom kita flash forward pula. Ini pula imbasan-imbasan masa depan yang dah pun dibangunkan yang berkemungkinan besar akan jadi sesuatu yang biasa dilihat di mana-mana rumah di Malaysia. Dan tanpa Internet, inovasi ni anda tak akan dengar pun hari ini. Menarik kan?

APA YANG INTERNET DAH BUAT UNTUK MANUSIA?

Sebelum kita menjengah imbasan-imbasan masa depan, jom kita fahami, apa yang Internet pantas dah berjasa kepada manusia secara umumnya. 

KEHIDUPAN HARIAN

Maklumat & servis di hujung jari – Memang tak terkira kelebihannya. Dari shopping online, track pakej, bayar bil, transaksi bank, cari maklumat, belajar & buat assignment, research untuk apa saja, planning untuk travel, belajar online, streaming platform hiburan, gaming dan banyak lagi.

BISNES

Jimat masa dan lebih mudah untuk urusniaga – Kalau dulu cuma berniaga fizikal, sekarang e-dagang, khidmat pelanggan lebih pantas dengan aplikasi messaging, elemen tambah nilai untuk pelanggan yang datang kedai, senang urus pekerja & perniagaan dengan management & productivity software dan juga teleconference dapat membantu.

TAK SABAR NAK EMBRACE TEKNOLOGI MASA DEPAN INI!

Berikut merupakan kompilasi teknologi dari 4 kategori. Ada yang sudah dipasarkan di sesetengah pasaran dunia dan belum ada di Malaysia dan ada juga yang anda dah boleh beli dalam talian. Teknologi-teknologi baru ini diambil dari sebuah acara teknologi tahunan terulung di dunia iaitu Consumer Electronics Show (CES) 2022 & 2023. 

Apa lagi, jom kita tengok!

PERANTI MUDAH ALIH/SMART TV

Gambar menunjukkan tablet Asus Foldable. Kredit imeh daripada Asus

Tablet Boleh Lipat, what??? – Asus Zenbook 17 Fold OLED

Laptop dah sememangnya foldable, telefon pintar pun dah membuat comeback dengan telefon lipatnya. Sekarang giliran tablet pula! Anda boleh selaraskan pemakaian ikut kesukaan anda. Nak bengkokkan macam buku, nak guna dual display macam ada second monitor, nak pakai keyboard atas skrin pun boleh. Sama ada nak bawa melancong, nak bekerja atau nak relaks dengan hiburan OTT, memang versatile peranti ini. Harganya bukan harga marhaen tapi jika anda ingin memilikinya, layari je ke laman web Asus Malaysia untuk buat pembelian dalam talian. 

Gambar menunjukkan TV LG Signature OLED M. Kredit imej daripada LG.

TV Wireless Pertama di Dunia!LG Signature OLED M

Benda yang paling menyakitkan mata bila kita tonton TV adalah wayar yang berselirat di bawah TV. Kalau tak pandai sorak dengan dekorasi rumah memang rasa merimaskan. Tapi LG dengan inovasi TV terbarunya dapat menyelesaikan masalah ini! Sama ada nak tampal ke dinding atau letak atas stand macam lukisan kanvas, LG memastikan wayar tak menjadi masalah anda. 

Dengan TV sebesar 97 inci, memang syok habis nak tonton atau main game dengan resolusi 4, 120Hz. Setakat artikel ini ditulis, TV ini masih belum berada di pasaran Malaysia. Jadi nantikan kemunculannya!

PERALATAN RUMAH

Gambar menunjukkan penggunaan GE Profile Smart Mixer. Kredit imej daripada GE Appliances.

Mixer pun Dah Pandai! GE Profile Smart Mixer

Pengadun bahan ini mempunyai ciri-ciri standard seperti mixer yang lain. Tapi yang bezanya adalah, mixer in mempunyai penimbang built-in, jadi dah tak ragu betul ke bahan-bahan ditimbang mengikut sukatan yang betul. Mixer in juga mempunyai Auto Sense di mana ia dapat mengesan sama ada adunan terlebih atau terkurang adun. 

Tak adalah kek bantat nanti. Boleh juga diintegraskan dengan Google Home dan Alexa. Resepi juga tersedia melalui aplikasi GE yang khusus. Eh nak kawal guna voice command pun boleh. Wah senang betul. Macam ini tak payah pergi kelas masakan, belajar je buat kek dengan ciri IoT mixer ini. 

Setakat ini, peralatan ini masih belum memasuki pasaran Malaysia. Tapi mana tahu akan datang kan?

LIFESTYLE

Gambar menunjukkan penggunaan cermin mata AR. Kredi imej daripada TLC.

Hidup Dalam Dunia AR, Menarik!! – TLC Ray Neo X2 Augmented Reality Smart Glasses

Cermin mata yang boleh memaparkan ciri AR apabila diguna. Nampak macam cermin mata yang stailo tapi ada ciri khas yang mungkin tak akan dapat disedari jika tak tengok betul-betul. Cermin mata ini mempunyai ciri-ciri AI seperti all-inone assistant, smart navigation, fungsi penterjemahan, fotografu dan juga muzik. 

Peranti penterjemahan sedia ada mungkin memenuhkan tangan, atau anda perlu buka aplikasi, tapi kini dengan fungsi AR yang membolehkan anda melihat paparan skrin di cermin mata, anda boleh faham dan berbual dengan lebih natural. Mudah nak melancong dan menguruskan bisnes. Hmmm, tapi adakah ini bakal pengganti Google Glass?

Peranti ini masih belum dipasarkan di Malaysia setakat artikel ini ditulis.

KESELAMATAN

Gambar menunjukkan pepper spray yang boleh dihubungkan melalui aplikasi. Kredit imeh Steve O’Neal.

Ini yang kita mahukan! Sabre Smart Pepper Spray

Tak perlu membazir, tak perlu risau pepper spray habis lepas ni. Sebab dah ada smart pepper spray di mana anda boleh sambungkan ke aplikasi. Lepas ni, anda hanya perlu sentuh kanister sahaja untuk beri isyarat kecemasan.

Anda juga boleh berkongsi lokasi secara automatik dengan emergency contacts untuk mereka tahu di mana anda berada setiap kali anda melepaskan semburan. Sangat membantu terutamanya wanita yang kerap melakukan aktiviti seorang diri atau tinggal bersendirian. Peranti ini masih belum boleh dibeli di pasaran Malaysia setakat artikel ini ditulis.

Gambar menunjukkan peranti dipasang di dinding. Kredit imej daripada Ring

Kaca pecah boleh dikesan, bagus betul! – Ring’s Glass Break Sensor

Bagi yang mempunyai rumah yang mempunyai banyak dinding kaca atau tingkap, memang susah nak tahu jika ada kaca yang retak. Terutamanya retak yang kecil. Begitu juga dengan keluarga yang mempunyai keluasan rumah yang begitu besar. Perkara ini membahayakan dari segi keselamatan – dari segi penceroboh ataupun risau jika terpijak kaca yang pecah. Terutamanya bagi yang ada anak-anak yang masih kecil. 

Peranti ini boleh kesan kat mana keretakan itu berlaku dan hantar notifikasi ke telefon pintar. Bukan apa, lebih pantas anda bertindak, lebih terjamin keselamatan keluarga. Peranti ini masih belum berada di pasaran Malaysia setakat artikel ini ditulis.

KESIHATAN

Gambar menunjukkan seorang lelaki menggunakan produk I-Perskin punching bag

Tak Ada Coach Pun Takpe, Tumbuk Dengan AI –  I-Perskin

Lepas ini, anda boleh lupakan punching bag yang anda jumpa dekat gym. Nampak dari jauh macam punching bag biasa, tapi punching bag ini dilengkapi dengan sensor dan membuatkan sesi senaman anda lebih efektif. Sensor yang diletakkan berwarna oren akan memberikan bacaan tentang tekanan, kelajuan dan kadar reaktif setiap kali anda memberikan tumbukan padu. 

Jadi anda dapat tahu apa yang perlu anda perbaiki melalui aplikasi je. Wow, teknologi yang memudahkan. Nak pilih stail boxing pun boleh dari Muay Thai, MMA dan sebagainya. Setakat ini, punching bag ini masih belum ada dalam pasaran.

TEKNOLOGI YANG MEMUDAHKAN, DENGAN INTERNET SEBAGAI PEMANGKIN

Melihat teknologi yang semakin di hadapan memberikan inspirasi buat para pemain industri dan juga anak-anak kecil yang membesar di zaman teknologi yang semakin pesat membangun. Tanpa Internet yang pantas juga realiti hari ini tak mungkn akan terjadi. 

Jadi hidup tanpa Internet memang sukar dibayangkan. Semoga bersama kita menggunakan Internet sepenuhnya dengan ketersediaan jalur lebar yang stabil di negara ini. Jom jadi pengguna teknologi yang berhemah dan lebih berinovasi!.

Pilihan Menarik Untuk Anda