“Nak propose strategi apa untuk meeting pagi ni? Nak pakai ads ke organik je? Peninglah!”
Kalau anda usahawan baru, mesti anda pernah lalui situasi di atas. Pening kan nak cari kaedah pemasaran dalam talian yang berkesan. Anda fikir, berbaloi ke nak bayar iklan macam Facebook Ads, Tik Tok Ads, atau Google Ads. Atau nak guna pemasaran organik? Kos pun lagi rendah.
Ini pendapat Irfan Khairi (usahawan dalam talian terawal di Malaysia), tentang komponen pemasaran yang sampai sekarang masih berkesan untuk beliau.
NO ONE SIZE FITS ALL
Sebenarnya nak jalankan pemasaran ni tak ada satu cara atau tools khas yang confirm menjadi. Tapi kena lah ikut kesesuaian dan buat eksperimen. Daripada situ baru anda boleh tengok macam mana pemasaran berbayar dan organik ini bagi kesan pada perniagaan anda. Ada orang akan keliru nak buat yang evergreen ke nak buat ikut tren saja.
PEMASARAN EVERGREEN
Cara evergreen (sejenis pemasaran jangka panjang yang tak ikut tren seperti flash sales atau promosi bermusim) yang Irfan Khairi gunakan adalah kumpul database pelanggan dan optimumkan Search Engine Optimisation (SEO) di website. Nak optimumkan SEO ini contohnya melalui penulisan blog. Cara ini organik dan daripada dulu sampai sekarang masih berkesan.
Nak kumpulkan database ni pula perlukan teknik yang pelbagai. Buat konten media sosial untuk bagi value pada audiens pun boleh, lepas itu minta e-mel mereka. Misalnya bagi audiens download e-book percuma tentang teknik copywriting dan minta mereka isi e-mel. Haa inilah namanya kumpul database.
PEMASARAN TREN
Antara contoh jenis pemasaran yang turun naik adalah video Instagram Reels dan Tiktok. Senang kata yang ada di media sosial. Kalau jenis pemasaran macam ni kena ikut tren semasa. Bila nak promosi produk je kena ikut trending video, trending sound, trending topic macam itu.
Daripada tren ni, ada yang akan boost jadi iklan berbayar. Jadi gunakan objektif dan ads targeting yang sesuai dengan konten trending berkualiti, supaya reach akan lebih meluas dan kos iklan akan lebih berbaloi. Kalau pemasaran ikut tren ni memang cepat nampak hasil. Followers naik, queries meningkat, brand awareness pun turut naik.
Guna cara ni dikira pemasaran jangka pendek. Nak cepat orang kenal jenama dan produk anda, memang kena guna tren. Boleh gunakan laman web seperti Google Trends dan BuzzSumo sebagai listening tools untuk tahu mana-mana topik-topik trending.
PEMASARAN DI MALAYSIA
Di Malaysia, perniagaan banyak menggunakan media sosial, influencer, SEO, email, laman sesawang (website), Whatsapp atau SMS. Kalau pernah dengar tentang SEO, mesti pernah juga dengar tentang Search Engine Marketing (SEM). SEM ni adalah cara laman sesawang dapatkan trafik berbayar dengan meletakkan website di enjin carian seperti Google di first page.
Disebabkan pemasaran melibatkan tingkah laku manusia, cara pemasaran kena lah ikut peredaran masa dan perubahan teknologi. Memang kena gabungkan kedua-dua cara evergreen dan yang ikut tren. Kesimpulannya, kena berbalik kepada asas marketing; kenali audiens anda. Kemudian sediakan produk atau perkhidmatan yang ada permintaan, dan berikan khidmat pelanggan yang terbaik.
BELAJAR ILMU PEMASARAN WALAUPUN DI LUAR BANDAR
Untuk usahawan luar bandar, mungkin ada yang tak pasti macamana nak pasarkan perniagaan guna platform digital. Tak apa, Pusat Ekonomi Digital Negara (PEDi) ada tawarkan kursus e-dagang. Anda boleh belajar mengenai platform dan teknik-teknik pemasaran digital di situ.
Layari saja laman web JENDELA untuk tahu lokasi PEDi terdekat atau boleh semak FAQ PEDi di sini. Selamat mencuba!