Bisnes Francais Ni Okay Ke? 3 Pro Dan Kontra!

Keusahawanan

Anda mungkin selalu tengok merata cawangan McDonald dan Family Mart kat Malaysia. Kalau perusahaan tempatan macam Genius Aulad, Daily Fresh dan Putu Bambu World sekitar kawasan RnR pun banyak. Perusahaan sebegini mungkin ada sesetengah daripada anda belum tahu yang ianya adalah perniagaan berbentuk francais.

Ilustrasi menunjukkan bilangan francais yang banyak

TAPI, APA ITU FRANCAIS SEBENARNYA? 

Menurut SMEinfo, francais adalah kaedah pemasaran dan pengedaran berdasarkan hubungan dua pihak; iaitu francaisor (pemilik dan pemberi hak) dan pemegang francais (penerima hak). Ini adalah beberapa terma yang sering digunakan dalam perniagaan francais: 

Francaisi – Orang atau syarikat yang mendapat hak daripada pemberi francais unuk menjalankan perniagaan di bawah tanda niaga atau nama dagang francaisor.

Franchising – Satu kaedah pengembangan perniagaan yang dicirikan oleh lesen tanda niaga, bayaran yuran, dan bantuan penting dan/atau kawalan.

Royalti – Pembayaran tetap dibuat oleh Francaisi kepada Francaisor, kebiasaannya berdasarkan kepada peratus jualan kasar Francaisi.

Francais – Lesen yang menjelaskan hubungan antara francaisor dan francaisi termasuk penggunaan tanda dagangan, yuran, sokongan dan juga kawalan.

Kalau di Malaysia, PERNAS adalah badan agensi yang bertanggungjawab untuk memperkasa industri  francais ini. Lebih lagi kepada belia dan wanita melalui program seperti SWEET dan YOUNITY. Bagi anda yang terfikir untuk menceburi bidang francais, ini antara perkara yang boleh anda pertimbangkan.

APA YANG BEST BISNES FRANCAIS NI?

#1 Nama Jenama Ternama 

Gambar menunjukkan logo bagi beberapa jenama francais di Malaysia.

Sebagai pemegang francais, tugas menarik perhatian pelanggan sasaran anda tentang produk dan perkhidmatan tak menjadi kebimbangan besar. Melabur dalam perniagaan francais bermakna anda juga membayar untuk reputasi dan imej jenama yang mantap. Pelan perniagaan juga hanya perlu guna daripada pemegang francais induk.

#2 Mudah Dapat Bantuan Kewangan

Gambar menunjukkan permohonan bank

Jika anda baru, dengan sedikit atau tanpa pengalaman dalam pemilikan perniagaan, anda mungkin sukar untuk meyakinkan institusi kewangan meluluskan permohonan pinjaman. Dengan memilih perniagaan francais, kemungkinan pembiayaan pinjaman untuk perniagaan anda adalah lebih tinggi. Kerana secara tradisinya, bank lebih cenderung untuk membiayai perniagaan yang telah terbukti berjaya.

Di PERNAS melalui program YOUNITY & SWEET, peserta akan berpeluang mendapatkan bantuan pembiayaan hingga ke 90% untuk perniagaan francais mereka.

Gambar menunjukkan poster bagi program SWEET oleh PERNAS.

#3 Lebih Mudah Dapatkan Nasihat atau Rujukan

Gambar menunjukkan perbincangan bisnes antara dua individu

Anda boleh merujuk orang lain yang telah melakukan perkara sama atau membuat kajian tentang pengalaman mereka dalam talian. Tapi lebih mudah dengan program SWEET & YOUNITY daripada PERNAS. Anda akan mendapatkan bimbingan komprehensif tentang mengusahakan perniagaan secara francais. Satu akses bimbingan khas bernilai untuk perniagaan francais.

KEKURANGAN BILA BUKA BISNES FRANCAIS

#1 Kos Permulaan Yang Tinggi

Gif menunjukkan seorang lelaki menabur duit. Kredit, Giphy.

Memulakan francais mungkin melibatkan kos permulaan yang lebih tinggi dibanding memulakan perniagaan kecil secara mandiri. Jika anda ingin memulakan perniagaan kecil tanpa membuat pinjaman yang besar atau meletakkan banyak modal sendiri, menjadi pemegang francais mungkin bukan pilihan terbaik. 

Yuran dan invois untuk pembayaran royalti adalah sesuatu yang anda akan hadapi secara berterusan. Cuma yang bagusnya, jenis perniagaan seperti ini dah ada SOP tersedia dan mudah diikuti. Tak perlu pening kepala fikirkan modul bisnes.

#2 Kurang Fleksibiliti

Gambar menunjukkan sebuah restoran makanan segera dengan menunya

Sebagai pemegang francais, anda perlu mematuhi peraturan francaisor dan mematuhi syarat perjanjian perlesenan. Anda tak boleh menukar perkara seperti produk yang dibawa, rupa kedai dan pakaian seragam yang dipakai oleh kakitangan. 

Contohnya Putu Bambu World, jika anda terasa nak letakkan menu tambahan pisang goreng keju ke kan. Tak boleh itu. Ia dah langgar perjanjian kedua pihak yang patut berfokus pada putu bambu. Dengan francais, anda mempunyai kurang kebebasan untuk inovasi dan personalised perniagaan anda.  Selalunya untuk satu-satu produk untuk diperkenalkan, akan ada R&D dan market research yang dilakukan pihak francaisor sebelum ia lulus untuk dipasarkan. Kurang fleksibel tetapi produk dah dikaji.

#3 Perkongsian Reputasi Perniagaan 

Gambar menunjukkan komen yang tak menyenangkan di alam maya

Jika jenama induk menghadapi masalah public relation (PR), anda sebagai franchisee pasti akan terjejas juga. Francais anda bergantung kepada keadaan semasa syarikat yang lebih besar, berbanding menguruskan reputasi perniagaan mandiri (independent business).

Tapi kebiasaannya, francais yang besar ada team PR masing-masing. Jadi sekiranya ada isu yang terjadi, mereka akan pantas mengendali dan memberitahu francais-francais tentang apa yang perlu mereka lakukan untuk mengatasinya. 

MANA NAK RUJUK?

Kalau anda nak tahu lebih lanjut tentang perniagaan francais di Malaysia, dapatkan khidmat nasihat daripada PERNAS.

Program yang dijalankan mereka mengangkat belia melalui 2 program. Pertama, Young Entrepreneurship Engagement Talent Program (YOUNITY) untuk yang berumur 21-40. Dan yang kedua, Successful Woman Entrepreneurship Engagement Talent Program(SWEET) bagi wanita berumur 21 tahun-60 tahun.

Jadinya, selamat maju jaya untuk anda yang ingin mencuba!

Pilihan Menarik Untuk Anda