Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari.
Peribahasa ini sememangnya sesuai untuk menggambarkan keadaan cuaca yang tak menentu di Malaysia.
Cuaca yang tak menentu ini memang memberi impak yang besar kepada masyarakat. Terutama kepada penunggang motosikal atau peniaga-peniaga kecil di tepi jalan. Lebih-lebih lagi apabila pada hujung tahun dan Malaysia sedang menganjak masuk ke musim tengkujuh. Jangan ambil remeh tentang aplikasi ramalan cuaca. Ini adalah 4 aplikasi ramalan cuaca yang boleh membantu anda menyediakan payung sebelum hujan.
SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN
Budayakan untuk memeriksa ramalan cuaca sebelum membuat sebarang rancangan seharian. Ini antara aplikasi yang anda boleh muat turun ke telefon pintar.
- MyCuaca
Tangkap layar aplikasi MyCuaca
Aplikasi mudah alih MyCuaca oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (Malaysia Meteorological Department, MET) yang berperanan sebagai platform penyampaian maklumat dan amaran kepada orang awam. Maklumat yang boleh diperolehi dalam aplikasi ini meliputi:
- Maklumat dan amaran cuaca
- Ramalan cuaca harian
- Imej gema radar bagi cuaca semasa
- Imej satelit terkini gempa bumi dan tsunami
Tujuan utama pembangunan aplikasi mudah alih ini adalah untuk menyebarkan maklumat kritikal meliputi ramalan cuaca harian, maklumat dan amaran cuaca, kejadian gempa bumi dan tsunami.
2. The Weather Channel
Tangkap layar aplikasi The Weather Channel
Paparan pemukanya (user interface) yang senang dan ringkas membuatkan aplikasi ini menerima ‘rate’ terbaik oleh kebanyakan pengguna. Dan sesuai digunakan oleh pelbagai peringkat umur. Anda boleh semak ramalan cuaca untuk 15 hari berikutnya.
3. Rain Alarm
Tangkap layar aplikasi Rain Alarm
Aplikasi ini hanya fokus kepada cuaca hujan sahaja. Sesuai untuk rakyat Malaysia sepanjang musim tengkujuh kerana aplikasi cuaca ini memberi amaran kepada anda apabila hujan semakin hampir. Amaran pula ialah ramalan jangka pendek yang boleh dipercayai berdasarkan data ‘real-time’, mengikut pembangun aplikasi ini. Pembangun aplikasi ini juga menyatakan ramalan mereka lebih tepat dan boleh dipercayai daripada ramalan tradisional.
SIAPA PERLU CAKNA DENGAN RAMALAN CUACA?
Walaupun terbuka kepada sesiapa sahaja untuk muat turun tetapi golongan dibawah yang perlu peka dan ambil manfaat aplikasi ini:
- Pekerja gig ekonomi servis – Rancang perjalanan dan sediakan apa-apa yang patut.
- Peniaga kecil – Minimumkan kerugian dan bersedia untuk apa-apa jenis cuaca.
- Mereka yang selalu berulang alik di kawasan kerap tanah runtuh – Untuk keselamatan dan kurangkan risiko.
- Kawasan yang selalu banjir – Amaran awal untuk persediaan menghadapi bencana.
- Penggemar aktiviti sukan (hiking, berkhemah, cycling, downhill cycling) – Bersukan dengan selamat tanpa risiko.
- Pekerja barisan hadapan – Bersedia untuk menjangkakan kemalangan dan kecelakaan.
JAGA DIRI, KEKAL BERSEDIA MENGHADAPI BENCANA
Manfaatkan penggunaan telefon pintar dengan memuat turun salah satu aplikasi ramalan cuaca ini. Sekurang-kurangnya aplikasi ini dapat membantu anda merancang perjalanan harian anda.
Anda juga secara tak langsung lebih peka dengan keadaan cuaca di lokasi yang berbeza. Penunggang motor, pekerja gig ekonomi servis penghantaran makanan dan peniaga-peniaga kecil di tepi jalan terutamanya harus memanfaatkan aplikasi ini bagi memudahkan anda bersedia.