Pakai App je Sewa Kereta? Senangnya nak Travel! 

Pelancongan

Perkara pertama yang sukar difikir ketika merancang untuk melancong sudah semestinya perjalanan pergi dan balik dari tempat penginapan ke tempat yang ingin dilawati. Kadang-kadang boleh buat bergaduh sesama sendiri. 

Ada yang tak boleh naik bas, ada yang tak suka naik teksi, apatah lagi bila melancong bersama keluarga dan anak-anak. Jangan risau, sebab ada cara yang anda boleh lakukan untuk mendapatkan pengalaman melancong menggembirakan, tanpa stress dan yang paling penting selamat. 

MELANCONG LEBIH PUAS DENGAN SEWA KERETA SENDIRI

Gambar menunjukkan kereta dipandu di jalan raya.
Gambar menunjukkan kereta dipandu di jalan raya

Pandu kereta sewa sendiri salah satu cara untuk anda menjadikan aktiviti melancong lebih puas. Dengan kepelbagaian pilihan aplikasi sewa kereta, anda hanya perlu memilih yang sesuai untuk pengggunaan anda. Hanya dengan 3 cara mudah :

1. Muat turun aplikasi dari Google Store/App Store/Huawei App Gallery

Banyak aplikasi yang menawarkan perkhidmatan sewa kereta. Berikut merupakan aplikasi yang anda boleh muat turun:

Gambar menunjukkan antara aplikasi sewa kereta yang ada di Malaysia.
Gambar menunjukkan antara aplikasi sewa kereta yang ada di Malaysia
  • Moovby –  Car Rental Marketplace. Perkhidmatan perkongsian kereta peer-to-peer terbesar di Malaysia, dengan akses mudah 24/7 kepada kereta kongsi berdekatan.
  • SoCar – Perkhidmatan SoCar-2-You menawarkan penghantaran dan pengambilan (pick up & drop off) kereta kepada anda.
  • GoCar – Aplikasi menarik yang menggunakan telefon pintar untuk membuka dan mengunci kereta. Hanya di hujung jari. 
  • TREVO – Tempah dan pandu. Aplikasi ini menawarkan perkhidmatan Roadcare Assistance 24/7. Pandu tanpa risau. 

2. Pilih jenis kereta yang anda perlukan

Dah muat turun, langkah kedua ialah pilih jenis kereta yang anda perlukan. Ada pelbagai jenis mengikut keperluan aktiviti melancong anda. Dari sedan, SUV, MPV dan sebagainya. Jadi bandingkan harga yang ditawarkan antara aplikasi di atas dan pilih kereta yang sesuai dengan aktiviti melancong anda. 

3. Bayar dan Pandu

Akhir sekali buat pembayaran. Selalunya pembekal perkhidmatan sewa kereta ada menawarkan beberapa jenis cara pembayaran seperti per jam, hari atau minggu. Anda juga boleh tetapkan masa dan hari untuk mengambil dan menghantar kereta ikut keselesaan anda. Semua ini dilakukan di telefon pintar atau komputer riba anda tanpa perlu ke kaunter.

BOLEH PERCAYA KE DENGAN APLIKASI SEWA KERETA? 

Kebanyakan aplikasi ini mempunyai review daripada pengguna. Sebelum menempah dan memilih, boleh dapatkan maklumat yang cukup. Maklumat penempahan juga akan ada dalam telefon anda untuk memudahkan akses. 

Melancong dengan memandu kereta sewa sendiri juga memudahkan perjalanan dan memastikan keselesaan kepada anda. Anda tentukan masa perjalanan sendiri dan tidak terikat dengan jadual-jadual daripada agensi pelancongan. 

Selain itu, ia pasti lebih selamat kerana anda sendiri yang mengawal perancangan aktiviti pelancongan anda.  

DAH BERSEDIA UNTUK MEMANDU? 

Melancong tanpa kusut dan tekanan dengan menyewa sendiri kereta. Maksimumkan pengalaman melancong dengan hanya menggunakan aplikasi di hujung jari. Muat turun, pilih, bayar dan pandu. 

Selamat melancong! 

Pilihan Menarik Untuk Anda