Mesti anda dah biasa lihat pelbagai jenis kupon dalam aplikasi Shopee dan Lazada. Pernah tak anda nampak kupon ‘DE Dagang’? Haa itu adalah satu kupon yang menguntungkan pihak pelanggan. Tapi bagaimana pula dengan pihak usahawan?
KHAS BUAT USAHAWAN E-DAGANG!
Untuk kali ni, topik ini bakal dikupas buat para usahawan. Anda ada perniagaan dalam talian khususnya dalam sektor Pelancongan & Kraf, Halal & Pertanian dan Eksport? Andalah usahawan yang mereka cari. Memperkenalkan DE Dagang inisiatif bersama kerajaan dan rakan platform digital. Pernah dengar tak? Kalau belum masih tak terlambat buat anda untuk mengenali tentang perkara ini dan dapatkannya sekarang. Bukan je satu tetapi ini adalah 3 kelebihan utama sekiranya anda sertai DE Dagang :
1. BAUCAR KUPON PERCUMA
Rupanya ada subsidi berbentuk baucar kupon! Macam tak percaya yang DE Dagang bakal berikan kepada para usahawan berdaftar, baucar kupon yang boleh diberikan kepada pelanggan mereka secara percuma.
Bukan sahaja akan menguntungkan para usahawan dalam mendapatkan ramai pelanggan malah, mereka juga tak perlu untuk berkorban modal demi pengeluaran baucar. Baucar DE Dagang ini pula, tawarannya bukan biasa-biasa. Harga barangan jualan anda akan dijual murah kepada pelanggan manakala anda bebas daripada rugi, walaupun sedikit.
2. FREE SHIPPING
Eh sekejap, bukan baucar percuma sahaja yang DE Dagang tawarkan. Satu lagi ganjaran yang paling digemari oleh para pembeli di luar sana adalah penghantaran percuma.
Lazimnya, para usahawan terpaksa menaikkan harga barangan yang dijual kerana kos penghantaran dikenakan juga. Namun begitu, dengan DE Dagang ini, anda jual barangan anda seperti biasa dan DE Dagang akan menanggung kos dan cas penghantaran tersebut.
Dalam masa yang sama, anda boleh kurangkan harga barangan.
3. LUASKAN JANGKAUAN PASARAN DOMESTIK & GLOBAL
Lagi satu manfaat buat para usahawan yang berdaftar bagi program DE Dagang ni sudah tentunya dapat meluaskan jangkauan pasaran anda di pasaran domestik dan global. Agak-agaknya, bagaimanakah ini boleh berfungsi?
Apabila anda berdaftar secara sah dengan program DE Dagang, laman jualan anda bakal ditempatkan di bahagian istimewa yang selalunya para pelanggan tahu terdapat diskaun dan promosi yang amat berbaloi.
Dalam tak sedar, ini akan membantu pelanggan untuk klik di profil jualan anda terlebih dahulu berbanding dengan penjual yang lain.
USAHAWAN – REBUT PELUANG INI!
Jadi kesimpulannya, kalau anda tak daftar sekarang, seolah-olah anda melepaskan peluang keemasan. Tak kira pun anda berada di mana, anda boleh sertai inisiatif ini terutamanya buat para peniaga kecil yang beroperasi di rumah.
Tunggu apa lagi, kenali kempen DE Dagang di laman sesawang https://mdec.my/ms/dedagang/ dan daftar melalui rakan platform yang dilantik .Bukan sahaja menguntungkan perniagaan anda, malah anda juga mampu untuk mencipta jenama anda di persada dunia. DE Dagang, bak durian runtuh buat para pelanggan dan usahawan!