Bagaimana “Remote Work” Membantu Ekonomi Malaysia

Gaya Hidup & Kesihatan

“Kerja dari rumah? Boleh percaya ke kerja boleh siap?”

Ini mungkin salah satu persepsi majikan yang masih asing dengan konsep remote working sebelum pandemik. Realitinya ramai yang melaporkan kadar produktif yang tinggi ketika bekerja dari rumah.

APA ITU REMOTE WORKING?

Apa definisi remote working yang perlu difahami? Remote working merupakan stail bekerja yang membolehkan golongan profesional untuk bekerja di mana saja mereka berada, tanpa memerlukan satu tempat khas bagi menyempurnakan kerja.

Perubahan mod bekerja kepada remote work ini berlaku secara besar-besaran semasa pandemik menjadi pilihan kebanyakan tenaga kerja. Namun ianya bukanlah konsep baru, malah telah wujud lebih daripada 2 dekad. Perubahan ini juga mendorong negara ke arah digitalisasi dan ini merupakan 5 perkara berkait remote work yang membantu ekonomi Malaysia untuk anda ketahui:

1. MENYOKONG BUDAYA START-UP

Peningkatan start-up yang mengamalkan bekerja secara remote, membuka ruang pekerjaan dengan menarik bakat-bakat baru yang memilih fleksibiliti dalam bekerja. Malah kewujudan syarikat multinasional (MNC) di Malaysia yang banyak mengamalkan remote working terutamanya syarikat dalam industri informasi dan teknologi (IT), menjadi penanda aras bagi peningkatan ekonomi negara.

Malah syarikat-syarikat berstatus Start-Up tempatan secara positifnya berpeluang untuk mengoptimumkan keuntungan dan mengurangkan kos pengurusan dengan mengamalkan konsep remote working.

2. PERTAMBAHAN DIGITAL NOMAD

Disebabkan lokasi Malaysia yang indah dan terkenal dengan kepelbagaian budaya termasuk kos sara hidup yang lebih rendah bagi pengunjung barat, Malaysia berpotensi menjadi hab pekerja digital atau juga dikenali sebagai digital nomad (individu yang bekerja dalam talian dan bebas bekerja di mana saja mereka berada dengan adanya sambungan Internet).

Malah Malaysia baru-baru ini telah turut serta dalam menyokong perkembangan digital nomad melalui program DE Rantau yang mengeluarkan Visa bagi digital nomad. Dengan adanya program seperti ini, secara langsung akan menggalakkan lebih ramai pekerja remote tempatan dan luar negara untuk bekerja di Malaysia dan membantu Malaysia dalam globalisasi digital.

Gambar menunjukkan tumpuan penting dalam program DE Rantau.
Gambar menunjukkan tumpuan penting dalam program DE Rantau

3. PENINGKATAN TEKNOLOGI BARU

Bekerja secara remote juga menuntut organisasi menggunakan teknologi dalam sistem kerja serta adaptasi penggunaan data dan teknologi dalam perusahaan secara menyeluruh. 

Seperti penggunaan Zoom dan Google Meet untuk komunikasi real-time dan software penstoran awan (cloud storage)  seperti Dropbox dan Google Drive. Ini mempercepatkan pecutan dalam menerapkan digitalisasi di dalam organisasi seiiring dengan digitalisasi global. 

Malah kreativiti yang muncul daripada fleksibiliti bekerja dari jauh ini mampu menggalakkan pemikiran inovatif untuk menghasilkan penyelesaian perusahaan dengan penciptaan teknologi baru. Contohnya seperti software as a service (SaaS) seperti khidmat Easytore, Yezza, dan The Lorry yang merupakan antara inisiatif syarikat tempatan.

4. CO-WORKING SPACE BERTAMBAH

Co-working space (ruang bekerja yang dikongsi) mempunyai lebih ketersambungan Internet serta Wi-Fi yang stabil. Bilik yang lebih privasi juga disediakan untuk mesyuarat virtual yang tidak diganggu bunyi dan orang yang lalu lalang berbanding di rumah atau di kafe-kafe. 

Tambahan juga, remote workers pasti mahukan suasana berbeza setelah bosan dengan suasana bekerja di rumah. Mereka ini yang akan ke ruang-ruang co-working berhampiran. 

Kebiasaannya co-working ini wujud sekitar bandar besar mahupun di bandar-bandar dalam setiap negeri. Dengan lebih banyak tempat co-working dibuka, secara langsung infrastruktur berhampiran akan dinaik taraf dan menjadi lebih baik. Hal ini akan menjadikan bandar-bandar di Malaysia sebagai destinasi perniagaan baru dari dalam dan luar negara. 

Gambar menunjukkan ruang co-working di UnionSpace oleh MDEC,
Gambar menunjukkan ruang co-working di UnionSpace oleh MDEC

5. KENAIKAN PERMINTAAN SAMBUNGAN INTERNET

Ketersambungan digital boleh memberi kesan langsung terhadap produktiviti syarikat, pekerja, dan lain-lain input dalam proses penghasilan. Sebagai contoh, teknologi berasaskan Internet yang diperlukan untuk mempercepatkan kerja dengan kualiti yang lebih baik.

Sejak pandemik, ramai pekerja yang bekerja dari rumah mengubahsuai sudut bilik menjadi home-office dan memastikan capaian Internet kelajuan tinggi ada di rumah masing-masing dengan menghubungi penyedia servis Internet seperti Unifi. Malah ada yang mengoptimumkan penggunaan Mesh Wi-Fi untuk kegunaan Internet di segenap sudut rumah bagi capaian yang stabil untuk kemudahan bekerja.

REMOTE WORKING MERANGSANG EKONOMI

Budaya remote work Malaysia yang menjadi gaya hidup semestinya tercapai dengan ketersambungan jalur lebar yang tersedia oleh Kerajaan.

Ini memberi fleksibiliti kepada pekerja yang mempunyai kekangan seperti ibu bapa yang sakit untuk terus mencari rezeki walaupun dari rumah. Masalah ulang alik untuk pekerja yang tinggal jauh juga diselesaikan dengan remote working. Ia cost-effective untuk kedua belah pihak dan merupakan cara kerja yang digemari masa kini. Yang penting, Internet connectivity tersedia melalui Internet Fibre di rumah atau di ruang-ruang co-working. 

Remote working digabungkan dengan sistem kerja yang bagus, meningkatkan produktiviti dan kreativiti. Secara langsung membantu ekonomi Malaysia secara menyeluruh!

Pilihan Menarik Untuk Anda