Side Hustle untuk Cari Duit Tepi? Ini 5 Cara Digital

Keusahawanan

Anda perasan tak yang anda sebenarnya dah miliki skil yang diperlukan ramai orang? Inilah masanya untuk buat side hustle! Dalam tak sedar kehidupan dalam dunia digital memerlukan visual, video dan penulisan sebagai medium komunikasi yang boleh datangkan hasil. 

Apakah yang dimaksudkan dengan side hustle? Side hustle adalah kerja tambahan yang dilakukan disamping kerja tetap. Jom ketahui 5 cara untuk aplikasikan skil bagi jana pendapatan yang lebih. 

BLOGGING

  • Anda suka menulis kapsyen panjang di media sosial atau rajin menulis jurnal peribadi? Ini petanda yang anda boleh mulakan penulisan di blog.
  • Senang sahaja caranya, pilih topik yang dekat di hati misalnya tentang make-up dan pelancongan.
  • Skil dah ada, platform pula? Muatkan segala penulisan anda di sebuah platform yang diakses orang ramai seperti Wix dan WordPress
  • Untuk jana income pula, masukkan Google AdSense (paparan iklan) dalam blog dan anda boleh jana dari RM0.49 untuk setiap CPC (Cost-per-Click) tau! 
  • Anda juga boleh dapat komisen setiap kali pembelian dibuat oleh pengunjung blog yang mengklik pautan affiliate (pautan ke e-dagang) di blog anda. 
Gambar menunjukkan seorang wanita sedang menggunakan laptop dan memegang kopi.
Gambar menunjukkan seorang wanita sedang menggunakan laptop dan memegang kopi

GHOSTWRITER

  • Kalau anda tak mahu menunggu viewers untuk berkunjung ke laman blog anda, apa kata anda cuba untuk menjadi ghostwriter
  • Ghostwriter ini tak ada kena mengena pun dengan hantu. Ghostwriter adalah terma di mana anda menulis pelbagai jenis penulisan seperti buku, artikel, online content dan sebagainya bagi pihak orang lain. 
  • Pihak media seperti portal berita dalam talian dan juga di marketplace seperti Fiverr & Swifty (platform di mana penjual menawarkan produk atau servis dalam talian kepada pembeli) adalah antara pihak yang perlukan servis ini. 
  • Contoh lingkungan upah yang boleh anda dapat adalah RM150.00-RM300.00 untuk satu muka surat artikel (500-600 perkataan). Upah juga akan meningkat menurut tahap kepakaran anda. 

TEMPLAT DIGITAL

  • Kalau anda kurang minat menulis, tapi lebih kepada rekaan visual, jangan risau. Perkenalkan platform Canva
  • Gunakan sahaja template yang ada untuk eksperimentasi. Anda juga boleh rujuk laman web seperti Behance dan Dribble untuk idea unik. 
  • Contoh mudah untuk anda lakukan adalah templat kalendar, nota perancang harian dan slaid pembentangan. 
  • Contoh harga yang boleh dijual di platform seperti Etsy bermula dari RM10.00 ke atas. Lebih banyak muat turun, lebih banyak untung anda. Hanya reka sekali tapi untung berkali-kali.
Tangkap layar paparan pemuka daripada Canva.
Tangkap layar paparan pemuka daripada Canva

JUAL GAMBAR ONLINE

  • Kalau anda minat fotografi pula, jual saja gambar ke platform Freepik, Envato  dan 123rf. Mana tahu suatu hari nanti syarikat besar akan gunakan gambar anda di papan iklan dan juga dipasarkan secara meluas. 
  • Gunakan saja telefon pintar sekiranya anda tiada kamera. Mudah betul nak dapatkan wang sekarang hanya dengan menjual kontrak dan lesen penggunaan gambar.
  • Selagi mana gambar anda berada di dalam platform tersebut dan dimuat turun, selagi itu anda akan terus menerima komisen!
Tangkap layar daripada platform Envato untuk menjadi Envato Author.
Tangkap layar daripada platform Envato untuk menjadi Envato Author

BUAT KONTEN DIINGINI RAMAI

  • Semua orang yang berkongsi detik-detik kehidupan di media sosial sebenarnya dah jadi content creator! Jadi asas anda dah ada dah.
  • Tips mudah untuk lebih berkembang, pilih topik dan gaya anda tersendiri. Muat konten secara konsisten untuk bina audien mengikut niche (kategori khusus).
  • Dengan cara ini, anda dapat menyertai Youtube Partner Program di mana anda boleh mengakses feature yang boleh hasilkan duit untuk setiap tontonan video. 
  • Jangan lupa platform Tik Tok. Tak perlu video profesional untuk jana income melalui sistem affiliate. Buat video dengan suntingan minimal, muat naik dan masukkan beg oren. Dapat komisen setiap kali Netizen beli di beg oren anda! 
  • Potensi income yang boleh dijana dengan cara di atas boleh mencecah ribuan dan ratusan ribu Ringgit!
Gambar menunjukkan antara Tik Tokker yang telah berjaya. Kredit imej daripada Tik Tok.
Gambar menunjukkan antara Tik Tokker yang telah berjaya. Kredit imej daripada Tik Tok.

MANFAATKAN SKIL SEDIA ADA, JANA DUIT TEPI

Kini, anda boleh buat side hustle ini di mana sahaja di Malaysia dengan kestabilan liputan jalur lebar yang tersedia. Tunggu apa lagi, cipta nama anda dan jana pendapatan dalam talian sekarang!

Pilihan Menarik Untuk Anda