Keselamatan Internet dan Cara Kekal Selamat Di Alam Maya

Senarai Hajat Kongsi
Kongsi Kursus
Page Link
Share On Social Media

Mengenai Kursus

Di ruang ini, kita akan berbincang tentang bagaimana melindungi diri dalam dunia digital yang penuh dengan peluang, tapi juga cabaran. Keselamatan internet bukan hanya tentang melindungi peranti, tetapi juga melindungi maklumat peribadi dan privasi kita, setiap kali kita melayari, membeli-belah, atau berkomunikasi dalam talian.

Apa Yang Anda Akan Pelajari?

  • Memberikan pemahaman awal tentang keselamatan internet.
  • Memperkenalkan pentingnya keselamatan dalam talian kepada semua pengguna.
  • Menyediakan asas pengetahuan tentang ancaman siber dan bagaimana ia boleh memberi kesan kepada kehidupan seharian.

Kandungan Kursus

Bahagian 1: Pengenalan dan Gambaran Keseluruhan
Pada akhir bahagian ini, peserta diharapkan memahami bahawa keselamatan dalam talian adalah tanggungjawab semua pengguna internet. Dengan mengetahui risiko yang ada dan mengambil langkah berjaga-jaga, kita dapat melindungi diri kita, keluarga, dan juga organisasi daripada ancaman siber.

  • Apa itu Keselamatan Internet?
    01:38
  • Mengapa Keselamatan Dalam Talian Penting?

Bahagian 2: Apa Risiko-risiko Mengakses Internet?
Memahami risiko utama yang timbul ketika mengakses internet dan menyedari betapa pentingnya langkah-langkah pencegahan bagi melindungi maklumat peribadi dan keselamatan mereka dalam talian.

Bahagian 3: Contoh Dunia Nyata Ancaman Siber
Memahami realiti ancaman dalam talian dengan melihat contoh serangan siber sebenar yang pernah berlaku dan kesannya kepada mangsa. Ini dapat meningkatkan kesedaran peserta tentang bahaya siber dan menggalakkan mereka mengambil langkah perlindungan.

Bahagian 4: Model Keselamatan Internet yang Mudah untuk Semua Pengguna
Mengenalkan dan menjelaskan model keselamatan asas yang boleh diamalkan oleh semua pengguna internet bagi melindungi diri dan maklumat peribadi mereka daripada ancaman siber. Setiap langkah keselamatan ini mudah diikuti dan sangat berkesan untuk memperkukuhkan keselamatan dalam talian.

Bahagian 5 : Menjaga Keselamatan Gajet dan Rangkaian Anda
Menyediakan petua dan langkah-langkah keselamatan asas yang boleh diambil oleh pengguna untuk melindungi gajet peribadi mereka serta rangkaian yang digunakan. Ini termasuk kaedah melindungi rangkaian Wi-Fi, peranti elektronik, aplikasi, data penting, serta faktor kesilapan manusia yang sering kali menjadi penyebab kebocoran keselamatan.

Rangkuman Keseluruhan Modul
Melalui modul ini, peserta mempelajari langkah-langkah asas dan amalan keselamatan yang penting untuk meminimakan risiko siber dalam dunia digital yang semakin berkembang pesat.