“Kenapa kau tak bagitau kitorang kau allergic biji sawi??? Ni mana nak cari klinik tengah-tengah alam ini. Kau tak ingat kita kat mana??”
Tak pasal-pasal kena marah dengan member. Haa ini antara situasi yang mungkin berlaku bila kita pergi trip dengan rakan-rakan. Itu baru cerita pasal alergi, belum lagi bila sorang nak pergi makan-makan, sorang nak pergi lawat muzium, dah bergaduh jadinya. Jadi ini tips-tips yang boleh anda pertimbangkan bila nak pergi trip dengan member nanti!
SEDIAKAN PLAN B UNTUK KURANG SAKIT KEPALA
Ni bukan nama restoran tu ya. Plan B ni perlu sebenarnya untuk anda tahu apa tentatif yang boleh jadi ataupun tak jadi. Kita kan hanya mampu merancang. Jadi, tentatif ni perlu supaya anda dan yang lain-lain tak berpecah belah sekiranya pelan asal anda tak jadi.
Contohnya, buat pelan di Google Sheet. Plan A dan Plan B. Sekiranya restoran ataupun muzium yang anda ingin pergi, tutup. Maka, plan B ni diperlukan sebagai pengganti aktiviti. Nak tahu macam mana nak rancang perjalanan lebih baik? Anda boleh layari artikel ini – Google Sheet Teman Pelancongan Anda.
GUNA APPS UNTUK TRIP YANG LEBIH WORRY-FREE!
Lepas itu, gunakan kemudahan apps untuk jadikan anda dan rakan-rakan lebih bersedia dengan kemungkinan yang bakal terjadi. Barulah trip lagi lebih syiok! Ada 3 kategori untuk anda lebih sedia:
#1 Makanan – Elak Alergi!
Alamak, terlupa pula kedai kejap lagi ni banyak bahan kacang. Member anda seorang tu ada alergi kacang. Jadi macam mana? Masa untuk muat turun aplikasi Fig: Food Scanner & Discovery. Anda boleh tahu siap-siap makanan ataupun produk yang mengandungi bahan-bahan tertentu. Boleh semak dengan pelayan bila buat pesanan. Cuma tak semua produk/makanan tersenarai dalam aplikasi ini.
Jadi sebelum apa-apa pun, tanya je semua orang yang ikut trip tersebut jika mereka ada alergi apa-apa dan ingatkan untuk bawa ubatan yang berkenaan sekiranya termakan makanan yang membawa alahan.
#2 Kewangan – Trip kasi adil
Pernah tak anda rasa susah bila nak keluar je, nanti kena bahagikan secara manual untuk setiap orang. Contohnya, bil makan, yuran tiket kemasukan ke mana-mana tempat mahupun harga petrol. Selalunya, tulis segala butiran secara manual di WhatsApp dan bahagikan dengan jumlah orang yang ada. Kalau anda dah penat nak buat macam ni, terutamanya bila anda sorang yang kena target untuk buat kira-kira ni. Macam accountant dah!
Lepas ni, boleh dah muat turun aplikasi seperti Splitwise. Tak ada hutang, tak ada pergaduhan.
#3 Manage Expectation – Tanya semua orang
Tanya pendapat semua orang kat mana nak pergi? Nak buat aktiviti macam mana? So boleh manage expectation dan senang nak plan untuk plan B macam point paling atas tadi. Cari inspirasi kat website macam Conde Nast Traveler, Lonely Planet, Atlas Obscura dan macam-macam lagi. Untuk bandingkan harga, boleh semak di Trivago dan Klook.
Muat turun/layari:
Conde Nast Traveller – Website | Android | iOS
Lonely Planet – Website
Atlas Obscura – Website | Android | iOS
Trivago – Website | Android | iOS
Klook – Website | Android | iOS
ADA SEMUA NI, TAK PERLU NAK BERGADUH LAGI
Senang sebenarnya nak buat trip dengan member. Syukur teknologi banyak membantu memudahkan perancangan yang lebih baik untuk dibuat! Daripada awal pergi sampailah dah sampai rumah.
Lepas ini nak pergi trip, boleh try okay semua apps dan tips yang diberikan kat atas. Semoga perjalanan anda fuss-free!