“Tak banyak konten lokal yang sesuai untuk anak-anak. Ada yang terlalu fast-paced lah, tak sesuai dengan budaya kita lah, itulah inilah”
“Ada je platform lokal, Tak habis research la tu. Lagipun kau kan pandai buat konten, apa kata kau buat konten khas untuk budak-budak?”
Baik juga idea itu. Kalau ada usaha dan minat apa kata jadi content creator khas untuk topik yang memanfaatkan kanak-kanak. Memang banyak dah konten untuk kanak-kanak dekat Youtube dan platform media sosial lain, tapi tak banyak yang ada dalam bahasa Melayu dan juga sesuai dengan nilai-nilai murni, budaya dan gaya hidup yang diterapkan dalam masyarakat kita. Kalau kita lihat je jumlah subscriber dan view dalam kategori konten kanak-kanak, memang cecah berjuta-juta view tau. Contohnya seperti di bawah:
Youtube Channel: ChuchuTV Police & Surprise Egg
Genre: Pembelajaran kanak-kanak
Jumlah Subscription: 7.78 Juta
View Tertinggi Untuk Satu Video: 784 juta video
Youtube Channel: Blippi Wonders – Educational Cartoons for Kids
Genre: Pembelajaran kanak-kanak
Jumlah Subscription: 4.38 juta
View Tertinggi Untuk Satu Video: 746 juta video
Mungkin ini petanda yang anda pun boleh mula buat konten. Skil mengedit video pun dah boleh belajar online je dengan ketersambungan jalur lebar. Kat mana-mana pun boleh. Kalau biasanya orang target audience yang besar apa kata kali ni anda target kanak-kanak sebagai penonton anda. Merekalah antara pengguna Internet yang terbesar sebenarnya. Bukan saja boleh beri manfaat dan pengetahuan untuk generasi akan datang, malah anda juga boleh monetise dan jadikan ia kerjaya tetap ataupun side hustle. Tapi tak ada idealah, macam mana nak mula?
Jangan risau, kami lampirkan beberapa idea untuk anda pertimbangkan dalam pengembangan idea dalam pembuatan konten nanti!
IDEA-IDEA KONTEN DAN PLATFORM YANG BOLEH ANDA GUNA!
#1 Video Tutorial Sukan
Anak-anak kecil kadangkala terperuk di rumah bermain gadget. Bila disebut tentang satu-satu aktiviti sukan, memang tak tahu cara main atau tak pernah dengar pun. Jadi untuk menggalakkan mereka menjadi aktif, kenalah pergi where they often are! ONLINE.
Buat tutorial apa-apa jenis sukan dan gunakan cara yang menarik untuk memberikan tutorial yang menambat hati mereka. Mulakan dengan tutorial sukan yang popular dimainkan di Malaysia seperti bola sepak, badminton, hoki, bola jaring dan sebagainya. Mana tahu lepas mereka lihat tutorial dan panduan anda di Youtube, terus mereka ajak ibu bapa pergi bermain di luar!
Platform: Youtube dan media sosial
#2 Podcast drama anak kecil
Jarang kan dengar anak-anak suka mendengar podcast? Ini kerana tak banyak podcast yang mampu menarik minat mereka. Pilih cerita yang menyeronokkan dan juga selitkan elemen lullaby untuk menjadikannya ia mudah didengar & difahami. Contohnya, Maked Up Stories dan Stories Podcast for Kids. Ini juga salah satu income streams yang boleh jana duit tepi setiap kali episod dimainkan.
Platform: Youtube, Apple Podcast dan Spotify
#3 Tutorial Masak-Masak
Siapa kata si cilik tak boleh masak? Cukup terkenal beberapa kanak-kanak yang berada di luar negara pandai dalam membantu ibu mereka masak dan membuat air di Tik Tok. Lihat saja program seperti MasterChef Junior & Junior Bake Off. Program tersebut meembuktikan minat mereka boleh dipupuk seawal usia dan usia bukan penghalang untuk belajar perkara yang biasanya orang dewasa saja yang cuba.
Jadi mereka belajar dari mana? Sama ada dari ibu bapa atau platform seperti Youtube lah. Daripada resepi semudah buat air soda buah-buahan sehinggalah sekompleks memasak rendang. Mana tahu, tanpa sedar anda dapat lahirkan generasi muda yang mahir memasak!
Platform: Youtube dan media sosial
#4 Aplikasi Game Yang Menerokai Kreativiti
Bagi content creator yang lebih adventurous, anda boleh terokai bidang pembanggunan aplikasi. Boleh belajar coding untuk memulakannya ataupun, mulakan je, tak perlu coding pun tak mengapa. Antara platform yang membantu app development tanpa coding adalah seperti kissflow, Jira Software, App Master, & Neoito.
Jadi boleh mulakan dengan apa-apa idea pembelajaran yang membantu kanak-kanak. Contohnya teori mewarna. Bila ditanya warna biru dicampur oren, kadang-kadang orang dewasa pun tak tahu jawapannya. Gunakan idea mudah ini dan kembangkannya untuk merangsang minda anak-anak untuk sentiasa berfikir dan menjadi kreatif!
Platform: App store
#5 Kartun Yang Mengetengahkan Nilai-Nilai Murni & Akhlak
Kartun yang ada di platform perkongsian video dah banyak mengetahkan nilai-nilai moral yang baik tetapi kebanyakannya tak menyentuh nilai-nilai murni yang khusus dengan budaya di Malaysia. Jadi ini adalah peluang anda untuk fill-the-gap dengan mencipta jalan cerita yang menarik yang dapat diselitkan dengan nilai-nilai murni yang tak asing di Malaysia secara khususnya seperti berbuat baik dengan jiran, mengambil berat dengan ahli keluarga, menghormati adat resam, dan sebagainya. Tapi cakap memang senang, bukan semua orang pandai buat kartun. Teknologi kan memudahkan, asal anda ada jalan cerita boleh dah but animasi sebab perisian seperti Create Studio, Toon Boon & Biteable boleh tolong anda, tak perlu reka karakter from scratch pun!
Platform: Youtube dan media sosial
#6 Muzik Video Untuk Abjad Dan Kosa Kata Pelbagai Bahasa
Apa kata buat konsep seperti Didi & Friends, Omar dan Hana, tapi memang khas untuk nyanyian ejaan. Keluarkan grafik dan warna menarik serta avatar yang comel. Yang ini pun boleh gunakan perisian seperti dinyatakan di #5.
Platform: Youtube dan media sosial
RASA MULA DENGAN YOUTUBE AGAK SUSAH?
Permulaan apa pun memang susah, yang penting anda mulakan dan dapat maklum balas orang ramai. Tapi jika anda mahukan pulangan yang lebih terjamin, mulakan sebagai Durioo + Creator. Pilih saja dari pelbagai kategori video yang ada dan ikut panduan yang disediakan. Mengikut kata Sinan Ismail (pengasas Durioo +), setiap video yang terpilih akan dibayar USD25. Menarik betul! Boleh layari laman web Durio + Creator untuk maklumat lanjut.
SEMUA IDEA DI ATAS PERCUMA! TINGGAL ANDA UNTUK REALISASIKANNYA SAHAJA
Ayuh! Sama ada anda bakat atau tak, yang pentin minat dan usaha untuk belajar untuk menjadi content creator! Teknologi dah memudahkan dan ketersambungan jalur lebar memungkinkan segala idea direalisasikan. Jadi zahirkan idea anda dan bukan saja dapat menjana pendapatan malah dapat mendidik generasi muda yang bijak dan bersahsiah!
Jom jadi content creator untuk si cilik!