Pernah tak rasa busy sangat, tau tau je dah berjam-jam tak minum air. Itu pun sebab bibir rasa kering, pening kepala ataupun yang paling obvious sekali, tekak dah rasa kering kontang. Itulah, kesian orang busy ini, tak ada siapa nak remind minum air.
Kat sinilah kita boleh nampak indahnya teknologi, sekarang dah ada beberapa entiti comel yang dah boleh ingatkan anda untuk minum air! Baca sampai habis untuk tahu apa dan macam mana mereka boleh bantu (hint dah ada kat atas tu).
Sebelum tu kita kupas sikit mengenai bahayanya kurang minum air sebab ramai rupanya yang tak tahu. Ini adalah beberapa simptom yang boleh jadi jika badan kekurangan air. Antaranya ialah sembelit, kekejangan otot, demam dan cirit-birit. Oh tak lupa lagi satu. Kulit boleh kering dan berkedut! Haaaa kan dah cepat nampak tua berbanding umur kalau macam itu.
BAHAYA DEHIDRASI. TAPI APA MAKSUDNYA TU?
Seperti yang ramai tahu, komposisi utama badan ialah air iaitu sebanyak 75%. Setiap sel dalam badan anda memerlukan air untuk berfungsi dengan baik. Dehidrasi berlaku apabila kandungan cecair dalam badan lebih banyak hilang berbanding pengambilannya.
KALAU KURANG APA YANG AKAN BERLAKU?
#1 Kanak-Kanak Dan Bayi
Anda mesti sedar bahawa dehidrasi yang teruk boleh membawa maut. Bagaimana ia boleh berlaku? Ini disebabkan oleh kekurangan air dan elektrolit yang banyak secara tiba-tiba daripada tubuh anak anda. Nak pula tubuh anak-anak yang kecil, jadi badan mereka sangat sensitif terhadap sebarang kehilangan air dan elektrolit secara mendadak.
Macam mana nak tahu kalau anak-anak atau bayi anda dehidrasi? Kebiasaanya mereka akan muntah dan cirit birit. Kalau daripada fizikal pula adalah sebegini:
#2 Dewasa
Buat golongan dewasa juga amat memerlukan air dalam kehidupan seharian. Lebih-lebih lagi apabila orang dewasa tersebut memiliki penyakit seperti diabetes. Apatah lagi atlet dan mereka yang terdedah dengan haba apabila bekerja. Semakin senang untuk mereka ini kehilangan air menerusi kencing dan peluh.
Kenapa ini membahayakan? Apabila banyak air hilang, organ dalam badan sukar untuk berfungsi seperti biasa. Kalau tak elak dan betulkan, boleh berikan kejutan yang mengakibatkan pengaliran oksigen yang kurang dan menyebabkan strok, koma dan kondisi-kondisi membahayakan yang lain.
#3 Warga Emas
Kalau untuk golongan yang warga tua, dehidrasi boleh membawa keadaan yang agak berlainan. Ini disebabkan faktor penuaan terutama pada warga emas yang menghidap penyakit Alzheimer, kegagalan buah pinggang dan strok.
Dan disebabkan penyakit-penyakit yang disebutkan, mereka sukar untuk menjalankan kehidupan seperti biasa dan kekurangan air dalam badan akan memburukkan lagi keadaan. Contohnya mereka akan sukar untuk menelan makan, tahap dimensia yang lebih teruk dan Diabetes yang tak terkawal.
Nampaknya semua golongan memerlukan jumlah air yang mencukupi untuk hidup sihat. Jadi apa yang perlu dibuat ini untuk kita tak lupa minum air??
TAK SABAR NAK TAHU APLIKASI APA YANG FUNCTION!
Ini adalah 3 aplikasi yang boleh bantu anda kekal terhidrat. Ada 3 entiti comel yang buat anda rasa teruja nak update setiap kali anda minum air!
Water Reminder – Figura Air Comel Yang Ingatkan Anda!
Rating: 5 bintang dalam Google review (percuma & berbayar)
- Apa yang best, aplikasi ini dibuat oleh pakar diet.
- Ada ciri personal reminder. Lepas ini dah tak akan lupa bila nak minum air sebab aplikasi ini boleh bantu ingatkan.
- Selain daripada sihat tubuh badan dengan pengambilan air yang konsisten, aplikasi ini juga mempunyai cir untuk menjaga diet, jaga muka, dan juga untuk penjagaan otot.
- Boleh je setkan tetapan bila muat turun nanti!
Muat turun: Android
Plant Nanny – Tamagotchi Versi Sihat!
Rating: 4.5 bintang dalam Google Review (percuma & berbayar)
- Selain daripada ada paparan yang mudah dinavigasi, plant nanny menggunakan pelbagai karakter pokok-pokok comel yang boleh memotivasikan si pengguna!
- Plant nanny ni sangat berfungsi untuk menjejaki aras pengambilan air anda dan setiap kali anda minum air, pokok akan tumbuh lebih besar. Kan dah macam bela tamagotchi zaman dulu-dulu!
- Boleh juga set custom reminder. Kalau anda nak minum 2 jam 1 liter pun boleh je setkan!
- Tapi pastikan semak keperluan air dalam badan masing-masing terlebih dahulu. Sebab setiap orang keperluannya berlainan
- Lagi banyak anda minum air lagi banyak pokok anda boleh kumpul! Macam tagline app ni, “Stay Hydrated, Grow a Forest”. Confirm tak akan mati tak macam bela pokok sebenar.
Watercat – Senang je nak buat kucing ni happy!
Rating: 4.9 bintang di Google Review (percuma & berbayar)
- Ciri-ciri yang lebih kurang sama dengan 2 aplikasi terdahulu.
- Anda juga boleh setkan goal anda tersendiri. Siap boleh cabar diri anda mengikut kemampuan anda.
- Anda boleh masukkan data kesihatan seperti berat, ketinggian, aktiviti harian dan sebagainya untuk aplikasi ini kirakan berapa banyak air yang perlu anda minum.
- Setiap kali anda berjaya minum air, kucing comel akan berikan kata-kata semangat untuk anda terus berjaya sempurnakan target anda untuk setiap hari.
- Kalau siapa yang kata alergik kucing lah, takut kucing lah, susah nak jagalah, ini adalah jenis kucing yang terbaik untuk anda bela.
- Senang sangat, tak payah beli kibbles, pasir dan sebagainya – minum je air, gembiralah dia!
BUKAN SAJA SIHAT TAPI AWET MUDA SEKALI DAPAT!
Setiap hari badan kita hilang 10-12 cawan air. Ini agak merisaukan bila kita tak ganti air yang hilang. Bukan saja minum air yang cukup dapat memastikan kelancaran setiap organ dalam badan kita tapi ia juga sangat membantu untuk kekal awet muda. Tak kiralah untuk wanita atau lelaki, kulit yang bersih dan anjal tu pastinya jadi dambaan semua orang. Kalau rasa bosan nak minum air kosong, buat lah air infuse dengan buah-buahan. Lemon ke, tembikai ke, apa-apa yang buatkan anda rajin nak minum air.
Okay jika anda rasa anda adalah antara orang yang memerlukan aplikasi seperti ini, mulakan dengan semak data kesihatan seperti berat, tinggi dan sebagainya, kemudian muat turun je mana-mana aplikasi di atas yang berkenan di hati!
Seronok rasanya bila teknologi boleh bantu untuk perkara yang kadangkala kita rasa remeh tapi penting. Mujur dengan ketersambungan jalur lebar dan keluasan Internet 5G, semua boleh jadi. Okay dah, baca pun baca jugak, tapi jangan lupa muat turun tau, selamat minum air!