“Mimah, kau patut join Telegram Channel Melor Melati Scarf ni! Aku tahu kau kan suka tudung design macam ni. Kalau launch produk baru, dorang rajin bagi diskaun dalam group untuk early bird!”
Kalau anda usahawan fesyen, mungkin ini dialog yang anda jangka berlaku dalam kalangan pelanggan anda. Biasalah, untuk pembeli tegar diskaun wajib dicari. Lagi-lagi dalam talain. Kalau ikut statistik pula, pengguna WhatsApp Malaysia ada sebanyak 98.7% dan Telegram, 40.1%.
Usahawan mungkin tak sedar dengan menggunakan ciri-ciri yang ada dalam 2 platform ni, banyak manfaatnya untuk perniagaan. Jadi jom baca lebih lanjut bagaimana usahawan boleh maksimumkan penggunaan 2 aplikasi ini.
CIRI-CIRI YANG ADA
Anda mungkin sudah biasa gunakan ciri-ciri di bawah tanpa sedar:
#1 Sebaran Informasi Bisnes
WhatsApp : Senarai siaran (broadcast list) yang membolehkan bisnes memberi mesej sekaligus pada semua senarai contact pelanggan yang disimpan. Pastikan respon individu sebagai pelanggan lebih terlindung dan terus kepada anda tanpa dalam kumpulan bualan(group chat) lebih besar.
Telegram : Dengan membuat Telegram channel seperti ‘Komuniti Tudung Manis’ untuk pengikut jenama Tudung Manis yang mahukan informasi berkaitan promosi dan event. Di sini ada FAQ nya jika anda ingin ketahui lebih lanjut.
#2 Keselamatan Peribadi (End-to-end Encryption)
WhatsApp : Memastikan hanya pengirim dan penerima boleh membacanya. Ini berguna untuk perniagaan yang perlu melindungi maklumat sensitif bisnes dan pelanggan.
Telegram : Turut mempunya fungsi yang sama, ia juga berguna untuk syarikat melindungi maklumat sensitif bisnes dan pelanggan.
#3 Perkongsian Fail
WhatsApp: Kapasiti penyimpanan terhad dengan menyimpan data melalui cloud seperti yang ada di telefon anda sendiri. Jadi kapasiti telefon anda akan cepat penuh.
Telegram: Kapasiti penyimpanan tanpa had, cuma dengan had saiz fail perkongsian sehingga 2G untuk setiap hantaran.
#4 Automasi
WhatsApp: Ada ciri seperti balasan pantas dan mesej automatik yang boleh membantu perniagaan menjimatkan masa, dengan menggunakan WhatsApp Business. Ini caranya.
Telegram: Jadualkan mesej anda untuk digunakan dalam Telegram Group bagi sebarang hebahan informasi, dengan masa yang boleh ditetapkan. Untuk menjadualkannya, anda boleh ikut tutorial di sini.
#5 Penggunaan di Web
WhatsApp: Menggunakan WhatsApp Web memudahkan kerja kakitangan yang berkaitan untuk kemaskini perbualan antara pelanggan dengan beberapa peranti. Yelah, boleh sambungkan dengan 4 peranti. Lebih praktikal untuk digunakan beberapa orang dalam bahagian perkhidmatan pelanggan. Anda boleh login WhatsApp Web di sini.
Telegram: Gunakan Telegram Web pada beberapa peranti misalnya untuk mudah urus sebarang pertanyaan selepas hebahan promosi. Kalau untuk Telegram, sambungan peranti adalah tanpa had. Hanya gunakan nombor telefon yang sama untuk log masuk. Anda boleh mula login di sini.
#6 Penggunaan Katalog
WhatsApp: Anda boleh letakkan senarai produk dengan harganya pada ruang catalog dalam akaun Business WhatsApp. Dan pelanggan boleh melakukan pembelian terus melalui WhatsApp dengan pilihan ‘add to cart’. Mudah kan?
Telegram: Gunakan Telegram Channel, sebagai ruang katalog produk. Perniagaan boleh manfaatkan saluran Telegram untuk promosikan produk, berinteraksi dengan komuniti, dan sebagainya.
WHATSAPP ATAU TELEGRAM?
Dengan sambungan internet yang semakin bertambah baik di Malaysia, penggunaan kedua platform ini juga sama berkembang sebagai medium komunikasi oleh ramai pengguna. Dan yang paling penting, ciri-ciri dalam platform ini membantu perniagaan untuk mengurus komunikasi dengan pelanggan dan memudahkan pemasaran serta menambah baik produk atau servis.
Untuk hebahan info, Whatsapp Group mungkin agak terhad dengan 1024 penyertaan ahli. Dan Telegram Group pula hingga 200,000 penyertaan. Tapi itu sudah mencukupi untuk penggunaan meluas dalam perniagaan. Jadi anda pilih yang mana? Apakata gunakan keduanya; WhatsApp untuk berkomunikasi dengan pelanggan. Telegram pula untuk hebahan informasi kepada prospek anda.
Jadinya, selamat mencuba!