5 Teknologi Terbaru Dalam Kesihatan

Gaya Hidup & Kesihatan

Inovasi dalam bidang kesihatan makin membangun lagi-lagi dengan ketersediaan Internet mudah alih. Contohnya kalau dulu, lumpuh anggota badan dah menjadi satu beban kehidupan. Yelah, nak sembuh macam sediakala akan ambil masa. Jadinya, pendapatan pun akan berkurang disebabkan lambat nak sembuh.

Ilustrasi menunjukkan tangan robotik dalam pembedahan

DULU VS SEKARANG

Okay, jom kita imbau lagi, dulu nak buat latihan bedah kena ada kadaver dan kalau terbuat kesilapan, susah jadinya. Begitu juga kalau nak belajar anatomi manusia secara terus. Bekalan kadaver juga biasanya terhad. Seperti yang disebut di atas mengenai proses rehabilitasi, ia juga banyak bergantung kepada terapi manual. 

Tapi itu dulu, untuk teknologi sekarang, proses rehabilitasi guna robot boleh atasi masalah itu. Sekarang dah ada pilihan, pengkaji perubatan dan para doktor pun siap guna teknologi Virtual Reality (VR) untuk buat pembedahan. Agaknya, apa lagi jenis-jenis teknologi yang ada dalam industri kesihatan ini ya? Jom kita tengok.

#1 Virtual Reality

Gambar menunjukkan doktor melakukan latihan pembedahan secara realiti maya. Kredit imej daripada The Verge.

VR ni digunakan untuk latih bakal pakar bedah misalnya dalam pembedahan laparoskopi. Kalau tanpa penggunaan teknologi VR ni dulu, pakar bedah dikatakan kurang dapat berlatih membedah secara konsisten. Dan apabila pakar bedah yang menggunakan latihan VR, dapat 230% peningkatkan prestasi dibanding dengan latihan tradisional. Suasana latihan sebegini juga lebih menarik. Kalau untuk pesakit, VR boleh bantu kurangkan sakit dengan menukar perspektif semasa situasi seperti sakit nak bersalin

#2 Augmented Reality

Gambar menunjukkan anatomi jantung yang terhasil daripada teknologi AR. Kredit imeh daripada Healthy Simulation.

AR ini akan sangat membantu pelajar perubatan untuk belajar anatomi badan, berbanding cara pembelajaran tradisional yang memerlukan tubuh badan sebenar. Pastinya kalau dulu perlu mengambil masa yang lebih untuk mendapatkan mayat, sekarang lebih jimat masa dan memudahkan akses pada sumber. Contoh yang boleh dilihat, seperti  di Case Western Reserve University yang gunakan Microsoft HoloLens daripada aplikasi HoloAnatomy. 

#3 Kecerdasan Buatan (AI)

Tanpa teknologi AI, nak menghasilkan ubat baru kosnya tinggi dan mengambil masa yang lama. Tapi sekarang ada cara yang menggunakan artificial intelligence (AI) untuk keluarkan ubat baru. Contohnya yang digunakan oleh syarikat Turbine  dan Recursion Pharmaceutical (seperti video di atas). Maka, jimat lah masa untuk bangunkan ubat baru dan kemudian dipasarkan.

#4 Teknologi Nano

Gambar menunjukkan contoh PillCam. Kredit imej daripada MedTronic.

Biasa tengok Iron Man? Haa suit yang Tony Stark pakai dalam episod End Game itu pakai teknologi nano sebenarnya. Tapi jangan ingat dalam Iron Man je ada! Contoh penggunaan pil pintar PillCam untuk pemeriksaan usus. 

Juga pil elektronik macam pengkaji MIT buat, boleh dikawal tanpa wayar dan keluarkan ubat pada badan  guna kawalan telefon pintar. Misalnya dalam rawatan Malaria  dulu yang memerlukan pesakit mengambil ubat secara harian. Tapi jika menggunakan teknologi nano dalam pil pintar ini, pesakit hanya perlu mengambil ubat sekali dan ubat dalam badan akan dikeluarkan ke badan.

#5 Robotik

Gambar menunjukkan teknologi robotik yang digunakan PERKESO dalam rehabilitasi pemulihan. Kredit, PERKESO.

Ada pembedahan robotik untuk bantu doktor, ada juga yang membantu pesakit. Misalnya PERKESO ada sediakan kemudahan pemulihan robotik untuk bantu pesakit. Bila proses pemulihan lebih cepat, pasti ia menjadi harapan baru untuk pesakit termotivasi nak terus sembuh. 

BAIK BUKAN UNTUK DOKTOR SAJA

Ilustrasi menunjukkan interaksi di antara pesakit dan doktor

Haa, nampak kan macamana teknologi yang ada ini banyak membantu dalam industri perubatan? Bukan untuk pengamal perubatan macam doktor saja, andaikata anda sebagai pesakit pun dapat manfaat. Macam contoh rehabilitasi, proses bersalin dan pembedahan di atas.

Nak tak nak, kemajuan teknologi akan terus berkembang dan kehidupan kita akan beradaptasi dengan semua tu. Dengan perkembangan ketersambungan di Malaysia, industri kesihatan akan semakin maju. Tahap kesihatan pun dapat ditingkatkan dengan lebih cepat dengan  kos yang menjimatkan.

Pilihan Menarik Untuk Anda