Buang Elektronik Lama? Guna MyEwaste je!

Teknologi & Kreatif

“TV, phone, mesin basuh, semua rosak tak boleh repair. Aduh nak buang mana ni. Takkan nak letak depan rumah rumah nanti lori sampah tak angkut pula.”

Tahukah anda bahawa bahan-bahan elektrik elektronik seperti TV, mesin basuh, bateri handphone, dan wayar pengecas perlu dilupuskan dengan cara khas? Proses ini dinamakan sebagai pengurusan e-waste.

Ilustrasi menunjukkan beberapa contoh e-waste

Nak tahu macam mana dan kat mana nak buang semua barangan elektronik berlambak kat rumah anda tu? Teruskan membaca.

TENTANG E-WASTE

Bahan buangan elektronik (e-waste) ini terbahagi kepada 2 kategori iaitu sisa industri dan sisa buangan domestik

Bagi pengguna domestik macam anda, barang yang digunakan adalah termasuk semua perkakas elektrik dan elektronik yang rosak, tak berfungsi, lama atau usang. Contohnya seperti televisyen, komputer, penghawa dingin, mesin basuh, peti sejuk, telefon bimbit, dan lain-lain.

Ilustrasi menunjukkan mesin basuh

Dan melalui aplikasi MyEwaste dari Jabatan Alam Sekitar Malaysia di bawah Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (KASA), ada 6 kategori e-waste yang diselia setakat kini. Antaranya adalah pendingin hawa, komputer, telefon bimbit, peti ais, televisyen dan mesin basuh.

Tangkap layar bagi aplikasi MyEwaste 

KENAPA PERLU DIURUS?

Ilustrasi menunjukkan pencemaran air

Jika e-waste dibuang ke dalam sungai, tapak pelupusan sampah, atau pembakaran, e-waste boleh membahayakan nyawa, menjejaskan kesihatan manusia dan menyebabkan kemerosotan kualiti alam sekitar.

Ini kerana kebanyakan sisa elektronik mengandungi material berbahaya seperti merkuri, kadmium, arsenik, bromin dan berilium yang boleh terserap ke tanah dan mencemarkan sumber air.

Lagi pula, mengikut kajian Remondis tahun 2016 yang mengatakan sumber bekalan zink, kuprum dan emas akan habis seawal 2030. Merisaukan betul! Tapi dengan hasil kitar semula ia boleh jadi sumber sekunder untuk elemen tersebut. Itu untungnya kitar semula!

CARA MEMBUANG

#1 Guna Aplikasi

Muat turun aplikasi MyEwaste. Boleh tahu lokasi pengumpulan berhampiran di aplikasi. Biasanya ada hari pengumpulan setiap sabtu terakhir setiap bulan.

Tangkap layar daripada laman web doe.gov.my

#2 Pusat Pengumpulan

Ada 2 cara: hantar sendiri ke tempat pengumpulan atau hubungi mereka untuk minta pusat pengumpulan ambil. Masuk saja aplikasi untuk pilih barangan lokasi dan lokasi. Kemudian dapatkan kepastian daripada mereka. Mudah sangat!

APA JADI PADA E-WASTE YANG DIKITAR SEMULA?

E-waste yang dihantar akan melalui beberapa proses penting sebelum menjadi logam berharga yang akan digunakan semula untuk menghasilkan produk elektrik dan elektronik yang baru

Infografik menunjukkan proses kitar semula e-waste

JOM KITAR SEMULA E-WASTE!

Jadi dengan bahan buangan elektrik elektronik yang banyak tu daripada dibuang tanpa diurus, ada baiknya jual atau hantar di tempat pengurusan e-waste.

Paling menarik, Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (KASA) ada keluarkan aplikasi MyEwaste untuk mudahkan anda cari lokasi pusat pengumpulan dan kitar semula. Dengan Internet Connectivity, nak mengitar semula semua hanya di hujung jari.

Jadi jom manfaatkan bersama dan jadi warga yang lebih peka dengan kesihatan alam sekitar!

Pilihan Menarik Untuk Anda