Aplikasi Masak Untuk Orang Single

Gaya Hidup & Kesihatan

“Rugi jugak tak pandai masak, dah la single, duduk sorang-sorang. Boleh je nak order, tapi boring dah dengan option yang ada. Nak diet pun susah bila tak pandai meal prep ni, adoi.”

Ilustrasi menunjukkan seorang wanita yang sedang memasak

Haa, selama ni tak rasa nak belajar masak sampailah lah dah bosan buat pesanan, nak jimat duit atau dalam proses nak diet. Satu je penyelesaiannya, kenalah masak sendiri.

Jadi apa kata anda guna je aplikasi, confirm seminggu dua dah yakin nak masak sendiri. Boleh lah masak hari-hari!

JOM TENGOK APLIKASI YANG ADA

Bagi anda yang baru-baru nak belajar, mesti tak nak resepi yang rumit dan banyak sangat bahan. Kalau boleh nak beli kat kedai Aceh, tak pun bahan yang memang ada kat peti ais je. Kalau macam tu, guna 5 aplikasi popular ini untuk mulakan perjalanan masak-masak anda!

#1 Tasty

Gambar menunjukkan tangkap layar aplikasi Tasty

Ini paling popular! Mungkin anda dah pernah tengok short video Tasty kat Facebook. Mudah sangat bila aplikasi ni terangkan cara langkah demi langkah nak masak daripada resepi yang disediakan. Menariknya aplikasi ni sebab boleh filter, pilih tempoh resepi yang sesuai dengan masa anda. Contohnya nak masak kurang 5 bahan dan bawah 30 minit pun ada resipinya tau!

Muat turun di Google Play & App Store

#2 Supercook Recipe 

Gambar menunjukkan tangkap layar aplikasi Supercook Recipe

Kadang-kadang kita tak tahu nak masak menu apa apabila tengok bahan dalam peti ais. Aplikasi Supercook Recipe bagus untuk selesaikan masalah ni. Letak je nama bahan seperti ikan, sayur dan sebagainya, ia akan cadangkan resepi yang bersesuaian. Boleh filter jenis makanan seperti sarapan, makanan tengahari dan makan malam. 

Muat turun di Google Play & App Store

#3 Cookpad

Gambar menunjukkan tangkap layar aplikasi Cookpad

Diwujudkan khas untuk semua berkongsi idea resipi dan petua memasak. Ada komuniti yang suka masak & boleh kongsi resepi tempatan seperti masakan melayu. Setiap keluarga kan ada resipi yang berbeza-beza, kat sini anda boleh dapat resepi yang sama tapi pelbagai cara! 

Muat turun di Google Play & App Store

#4 Kitchen Stories

Gambar menunjukkan tangkap layar aplikasi Kitchen Story

Aplikasi ini pula banyak digunakan oleh influencers luar negara. Sesuai untuk content creator yang pilih niche masakan sebab boleh tahu cara ambil gambar resipi sendiri dan kongsi pada berjuta-juta pengguna. Anda juga boleh pilih resipi masakan daripada chef selebriti seperti Jamie Oliver dan Cynthia Barcomi.

Muat turun di Google Play & App Store

#5 Yummly

Gambar menunjukkan tangkap layar aplikasi Yummly. Kredit, Google Play.

Satu lagi revolusi AI dalam bidang masakan!  Teknologi AI membolehkan anda personalise diet anda mengikut jenis alahan, keperluan nutrisi, pilihan makanan kesukaan dan juga tahap skil masakan anda. Itulah hasil kecerdasan buatan (AI), menarik kan?

Muat turun di Google Play & App Store

BUKAN UNTUK ORANG SINGLE JE

Haa mudah je kan nak belajar memasak. Nampak mana-mana makanan yang berkenan, tinggal ‘tap tap tap’ je masuk aplikasi. Paling mudah pun cari dalam YouTube. Nak masak western style, nak masak ayam saja atau ikan saja pun boleh guna filter dalam aplikasi.

Ilustrasi menunjukkan seorang ibu sedang menyediakan makan dengan anaknya

Tapi, bukan bermakna orang single je boleh pakai, sesiapa pun boleh! Para ibu bekerjaya yang nak sediakan makanan untuk keluarga pun boleh. Yelah, bila sibuk mestilah nak guna resepi yang pantas dan ringkas.

Dan yang pastinya paling seronok bila Internet Connectivity kat Malaysia makin bagus. Bila-bila masa, kat mana saja kalau nak guna aplikasi memang tak ada isu lah. 

Jadi untuk anda yang nak mencuba, semoga bermanfaat!

Pilihan Menarik Untuk Anda