Nak Meniaga Tapi Tak Tau Apa? Ini 4 Idea E-Dagang!

Keusahawanan

“Aku nak try meniaga la, kan senang sekarang nak jual servis pun online je, tapi apa benda eh nak buat?” 

Perniagaan dalam talian sangat menguntungkan jika kena cara dan produk.  Kalau anda boleh teroka dengan lebih lanjut berkaitan produk dan barang apa yang boleh dijual, serta di mana untuk pasarkan, confirm masyuk. Selain jadikan sumber pendapatan utama, anda juga boleh jadikan ini sebagai pendapatan pasif atau side hustle.

Ilustrasi menunjukkan dua orang dan online bisnes

Tapi tahukah anda, selain produk, anda juga boleh menawarkan perkhidmatan untuk dijadikan bisnes? Tapi servis apa nak jual? 

JOM TENGOK APA YANG BOLEH ANDA JUAL!

Ini ada beberapa idea untuk jualan anda dan cadangan platform yang sesuai:

Ilustrasi menunjukkan seorang lelaki sedang mengajar melalui sebuah video yang telah direkod

#1 KURSUS DALAM TALIAN

Pakar dalam satu-satu topik seperti automotif, jahitan, mengait dan sebagainya? Zahirkan kepakaran anda dalam bentuk video dan anda dah boleh jual kursus dalam talian! Walaupun sudah ada video ini di Youtube, tetapi biasanya tak komprehensif dan jarang ada dalam bahasa Melayu. 

Di mana nak jual: Cipta laman e-dagang sendiri menggunakan Shopify, Squarespace, Wix atau platform e-dagang khusus seperti Etsy.

Gambar menunjukkan salah satu contoh aksesori wanita yang dicetak menggunakan pencetak 3D

#2 BARANGAN CETAKAN 3D

Atau dikenali sebagai  3D printer. Anda boleh memilih untuk mencetak aksesori unik wanita, perhiasan rumah seperti pasu bunga dan bermacam lagi solusi untuk rakyat Malaysia. Anda boleh memilih untuk memuat turun rekaan oleh orang lain atau buat rekaan sendiri. Mana tahu, hasil eksperimentasi anda boleh membantu ramai orang. Filamen juga boleh diperolehi daripada sumber plastik kitar semula. Jimat dan mesra alam. 

Di mana nak jual: Shopee,  Lazada, laman e-dagang sendiri, Etsy & Amazon.

Ilustrasi menunjukkan dropshipper sedang mempromosikan barangan

#3 JADI DROPSHIPPER/AFFILIATE

Ini merupakan salah satu pekerjaan yang senang untuk anda dapatkan duit hanya dengan mempromosikannya menerusi sosial media anda.  Maksudnya jual kepakaran anda menjual produk. Tak ramai yang ada skill marketing ni tau? Banyak dah bisnes yang menggunakan teknik ini. Daripada pengusaha – untuk mengembangkan empayar bisnes, sehinggalah dropshipper/affiliate – untuk membuat duit tepi.. Anda hanya perlu jualkan barangan dan setiap daripada hasil jualan, anda akan peroleh komisen. Kan mudah tu. Antara platform yang boleh anda gunakan adalah di Involve Asia

Di mana nak jual: Shopee, Lazada, media sosial seperti Instagram dan Telegram.

Tangkap layar menunjukkan laman web e-sentral

#4 E-BOOK

Siapa saja yang pandai menulis dan mengambil hati audien pasti boleh menulis e-Book. Anda boleh menulis fiksyen, non-fiksyen, tutorial dan sebagainya. Jika kursus online memerlukan anda bercakap dan anda tidak selesa, mungkin tutorial e-Book lebih sesuai untuk anda! Jangan tak tahu, market eBook Malaysia bakal mencecah USD50 Million  pada tahun ini sahaja!

Di mana nak jual: e-book seller terbesar di Malaysia, e-sentral.

OH RUPANYA ADA BISNES YANG DAH BOLEH START TANPA PERLUKAN MODAL!

Ilustrasi menunjukkan wanita yang bekerja menggunakan laptop dan mendapat keuntungan

Peluang berada di mana-mana terutamanya di zaman literasi digital yang meningkat tinggi ini.  Inilah pentingnya untuk kita sentiasa menambah ilmu digital untuk kita merebut peluang dan kini tak perlu pun kerap keluar rumah, segalanya sudah ada di hujung jari. Apatah lagi dengan liputan meluas ketersambungan Internet di rumah. 

Selagi ruang pasaran masih ada, gunakan sebaiknya untuk memulakan perniagaan. Jadi yang pertama untuk mendominasi dan kembangkan sayap untuk pergi lebih jauh bermula dari rumah sendiri!

Pilihan Menarik Untuk Anda