DIMENSI teknologi ‘kecerdasan buatan’ (AI) semakin maju dari sehari ke sehari. Dulu kecerdasan buatan lebih diperuntukkan pada automasi pekerjaan manusia yang berisiko khususnya bidang teknologi. Namun kini kecerdasan buatan sudah mula berkembang ke pelbagai bidang kreatif dan seni, terutamanya muzik.
Rupert Thomson, Ketua Pemprograman Artistik di Art House Limited, berpendapat bahawa seni adalah salah satu alat terbaik untuk memahami apa yang berubah dalam masyarakat kita dan AI mempunyai peranan penting dalam perubahan kehidupan masyarakat.
AI DAN MUZIK
Teknologi AI dah pun ada dalam industri muzik tanpa kita sedar. Contohnya dalam Spotify dimana AI dapat membaca rutin muzik anda dan mencadangkan lagu-lagu baru. Tetapi pengggunaan ini lebih kepada para pendengar.
CIPTA LAGU GUNA AI
Bagaimana pula dengan pekerja industri muzik seperti produser dan komposer? Ini teknologi AI dalam industri muzik yang anda boleh cuba:
1. AudioLM daripada Google
AudioLM boleh menghasilkan lagu dengan hanya beberapa saat audio. Ia serupa dengan penjana teks AI seperti GPT-3 (Generative Pre-trained Transformative 3) yang menjana perenggan atau artikel dengan hanya satu ayat pertama. AudioLM berfungsi secara langsung dengan mencerakin audio secara bit demi bit, dan bukannya memerlukan proses transkripsi teks terlebih dahulu. Untuk menghasilkan audio yang lancar dan realistik, AudioLM tidak memerlukan anotasi nota muzik — seperti yang diperlukan oleh beberapa penghasil muzik AI yang lain.
LAMAN WEB UNTUK MEMISAHKAN SUARA VOKAL DAN INSTRUMEN LAGU DENGAN AI
1. Lalal.ai
Mengasingkan bunyi instrumen dan vokal daripada fail muzik/lagu. Lalal.ai menggunakan Pembelajaran Mesin dengan 20 TB data. Menurut Lalal.ai, matlamatnya adalah untuk membantu DJ, penerbit atau pencipta kandungan untuk mengadun semula lagu.
Menyediakan ciri untuk mengeluarkan suara penyanyi. Saiz fail maksimum adalah sehingga 80MB, anda diperuntukkan 7 lagu seminggu secara percuma.
HASIL MUZIK DAN LAGU DENGAN AI
Ini pula antara mereka yang sudah berjaya memanfaatkan teknologi AI dalam penghasilan muzik
- Holly + daripada artis pelbagai disiplin Holly Herndon. Instrumen berkuasa AI yang membolehkan orang ramai menyanyi dengan suara orang lain. Siap boleh terjemahkan suara ke pelbagai bahasa lagi. Tonton video demonstrasi dari Holly Herndon di sini.
- AIVA – Kecerdasan buatan yang telah dilatih dalam seni gubahan muzik dengan membaca lebih daripada 30,000 markah terhebat dalam sejarah oleh Pierre Barreau. Tonton video beliau di sini.
CIPTA DAN REKA LAGU ANDA SENDIRI
Bak kata pepatah Inggeris “AI is Here to Stay”. Jadi sebagai pengguna, kita perlu memanfaatkan teknologi ini untuk memudahkan urusan sesuatu kerja. Dengan capaian dan jaringan jalur lebar yang semakin bertambah baik, ini masanya untuk berkarya dengan bijak. Sesiapa yang nak berjinak-jinak untuk menghasilkan lagu, boleh cuba sebab teknologi AI ini senang untuk digunakan.
Produser muzik boleh mencuba perisian & platform AI di atas untuk berkreatif dalam menghasilkan lagu kat mana-mana pun, lagi-lagi dengan kestabilan jalur lebar Internet yang tersedia.
Serlahkan idea kreatif dengan bantuan AI dalam menghasilkan lagu. Mana tahu mungkin lagu anda berjaya mengungguli carta-carta dan anugerah?