Kat Mana Nak Tengok Sukan LIVE? Di Sini.

Gaya Hidup & Kesihatan

Gambar menunjukkan logo RTMKlik

“Kau ada rumah tak malam ni? Aku nak datang tengok match bola.”

“Alah kan sekarang dah boleh tengok dalam phone, download RTMKlik je!”

Dulu kalau nak tengok bola LIVE mesti kena recce member mana yang langgan saluran berbayar. Bolehlah jadi tetamu tak dijemput. Tapi sekarang dah tak perlu dah dengan kewujudan RTMKlik. Boleh tonton LIVE sukan dalam telefon je. Nak muat turun RTMKlik dalam Smart TV atau nak tonton dalam browser di laptop pun tak ada masalah. 

Kalau anda nak tahu, antara sukan-sukan yang pernah disiarkan secara langsung pada tahun 2022 adalah Piala Dunia FIFA di Qatar, Sukan Olimpik Musim Sejuk di Beijing dan Piala Thomas & Uber di Thailand. Untuk tahun 2023 pula pastinya Piala AFF Mitsubishi Electric! Lepas ini tak adalah terlepas mana-mana siaran langsung sukan dah (Psst.. kalau nak tonton siaran ulangan pun ada). 

Gambar menunjukkan upacara pembukaan Piala Dunia FIFA di Qatar yang ditonton melalui RTMKlik

Jadi, ciri LIVE Streaming sukan adalah ciri yang paling disukai oleh para pengguna. Tapi bukan itu saja ciri-ciri RTMKlik ini tau. Ada banyak lagi ciri-ciri yang menarik seperti di bawah.

CIRI-CIRI LAIN YANG TAK KURANG MENARIKNYA

Tangkap layar menunjukkan aplikasi RTMKlik

RTMKlik boleh dilayari melalui laman web dan juga dimuat turun secara percuma melalui Google Play, App Store dan juga Huawei AppGallery. Antara ciri-ciri platform ini adalah:

  1. Tonton Rancangan Yang Sedang Disiarkan – Anda boleh tonton 6 saluran TV (TV1, TV2, TV Okey, Berita RTM, Sukan RTM, dan TV6), siaran langsung parlimen Dewan Rakyat & Negara dan juga 34 stesen radio. 
  2. Tonton Drama Melayu & Telefilem Yang Lepas – Jangan risau kalau terlepas siaran drama atau telefilem kegemaran. Boleh je tengok balik, macam anda tontonk di Netflix. Termasuklah juga rancangan hiburan dan konsert yang lepas-lepas pun ada tau!
  3. Siaran Berita Ulangan – Nak tau perkembangan semasa tapi terlepas pula. Tak mengapa ada playback (siaran ulangan) di platform ini.
  4. Siaran Langsung Perlawanan Sukan – Bukan setakat yang disebut di permulaan artikel, ia meliputi siaran langsung sukan-sukan popular di dunia.
  5. Podcast – Wah podcast pun ada juga tau. Anda boleh pilih stesen radio kegemaran untuk lihat tajuk-tajuk podcast yang pelbagai!

OKAY, JOM KITA LIHAT 3 KELEBIHAN PLATFORM INI PULA:

1. PERCUMA

  • RTMKlik percuma? Betul, bukan sahaja percuma daripada segi pendaftaran, malah untuk segala bentuk tontonan. Tak payah nak langgan apa-apa. Kan boleh jimat tu. Anda boleh je muat turun di Smart TV dan aplikasi di telefon pintar. Nak tonton di laman web RTMKlik pun boleh!

2. ONE-STOP CENTRE

  • Kenapa RTMKlik ni disifatkan sebagai one-stop centre? Stesen TV ada, radio ada, podcast ada, siaran langsung ada, drama ada, semua pun ada. Kalau platform lain anda kena download aplikasi berasingan. Dengan RTMKlik satu platform anda dah boleh akses kesemuanya. 

Gambar menunjukkan senarai radio dan saluran tv untuk RTMKlik

3. TAK ADA IKLAN & FLEKSIBEL

  • RTMKlik tak ada iklan! Tak perlu dah lepas ni “aish, aku tengah feel tengok drama ni, iklan pulak”
  • Tak perlu gaduh atau sedih-sedih lagi selepas ni sebab tak ada gangguan apabila nak tonton TV. Psst, nak marathon pun boleh.
  • Seterusnya, tak perlu ada TV. Peranti seperti telefon pintar dah cukup. Asal ada Internet connectivity, kat mana pun boleh!

Gambar menunjukkan rancangan yang bebas iklan

DENGAN KETERSAMBUNGAN JALUR LEBAR, HIBURAN JUGA MUDAH DIAKSES

Gambar menunjukkan 2 orang individu menonton rancangan melalui telefon pintar

Menarik kan ciri-ciri yang ada dalam aplikasi RTMKlik ini? Untung untuk peminat sukan, untung juga untuk peminat drama dan rancangan-rancangan lain yang boleh dimainkan semula. Dengan RTMKlik, tak kira anda berada di mana dan menggunakan peranti apa, ia boleh diakses. 

Tambah pula dengan ketersambungan jalur lebar dan peningkatan capaian 5G yang semakin meluas, dah tak ada isu mengenai kelajuan siaran. 

Jadi, jangan lupa muat turun sekarang dan enjoy ciri-ciri menarik di RTMKlik!

Pilihan Menarik Untuk Anda