Jadikan Media Sosial INI, Online Shop Anda!

Keusahawanan

Gambar menunjukkan logo bagi Tik Tok Shop. Kredit imej daripada Pandaily.

“Okay bagi siapa yang baru masuk tu, kita ada 4 colour lipstick baru! Boleh bagitau saya mana nak swatch dulu. Komen je kat bawah”

Kalau anda selalu main Tik Tok mesti ada dengar ayat seller macam ini di Tik Tok Live. Peniaga bukan saja boleh buat Tik Tok Live sekarang, malah boleh letakkan barang yang dijual semasa Live di Tik Tok Shop. Alah yang ‘beg oren’ tu? Perasan tak?

Bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang masih belum ada kedai fizikal, Tik Tok Shop sebenarnya sangat membantu untuk buat jualan tanpa memikirkan modal yang besar. 

Mana taknya, melalui video yang sedang dimainkan atau semasa LIVE ‘beg oren’ ada di diletakkan untuk pelanggan terus buat pembelian. Klik saja pada beg tersebut, ada pilihan untuk ‘add to cart’. Malah semasa Tik Tok Shop mula diperkenalkan, objektif utamanya adalah untuk membantu PKS melalui platform yang menggabungkan penjual, pembeli dan content creator untuk melariskan lagi jualan mereka.

Ilustrasi menunjukkan seorang penjual sedang menjual barang di satu sesi LIVE

Seperti ZUCCA, jenama bagi industri fesyen wanita yang berjaya meningkatkan hasil jualan dengan Gross Merchandise Value (GMV) RM200,000 pada kempen mereka yang lepas. Jadi bagi anda yang baru dengan Tik Tok shop, mari lihat kelebihannya dan ikuti cara mendaftar untuk tingkatkan jualan perniagaan.

Tangkap layar Tik Tok Zucca

MACAM MANA TIK TOK SHOP JADI EFEKTIF?

#1 Konten Video

Tangkap layar menunjukkan ‘beg oren’ di sebelah kiri pada tangkap layar video.  Kredit: Beauboss HQ, skintific & GDealMY

Tengah scroll video Tik Tok, tiba-tiba jumpa video yang ada ‘beg oren’. Bila klik, eh ada pilihan ‘add to cart’ dan ‘buy now’. Ini yang membuatkan pengguna Tik Tok boleh beli-belah tanpa keluar daripada platform tersebut. Satu ciri yang sangat mesra pengguna.

#2 Tik Tok Live

Tangkap layar menunjukkan tangkap layar Tik Tok Live dengan 3 paparan. Hos sedang bercakap, senarai barang dalam ‘beg oren’ dan paparan untuk satu-satu produk. Kredit: skintific.

Kalau yang dah biasa tonton mana-mana Iive Tik Tok, mesti dah banyak ‘teracun’ shopping pelbagai barangan. Dari kosmetik ke barangan dekorasi rumah, ada saja yang rasa macam nak beli. Iyalah, kalau nasib baik, ada baucar free shipping dan diskaun bila beli guna ‘beg oren’. Pembeli dapat barang yang mereka nak, penjimatan pun dapat jugak.

#3 Iklan Berbayar

  • Sebagai usahawan, anda juga boleh mengoptimumkan penggunaan iklan Tik Tok Shop untuk tingkatkan jualan. Antara jenis ads yang boleh anda pilih adalah seperti di bawah :

Gambar menunjukkan jenis-jenis iklan yang boleh dipaparkan di Tik Tok. Kredit imej daripada Marketing Signal Lab.

Tangkap layar daripad laman web Tik Tok For Business

  • Dan ini adalah antara objektif yang boleh anda pilih untuk membantu anda buat pilihan iklan yang tepat.
Tangkap layar daripada laman web Tik Tok Ads Manager

  • Untuk maklumat menyeluruh tentang penggunaan iklan dalam Tik Tok, anda boleh layari laman web ini.

MACAM MANA NAK DAFTAR TIK TOK SHOP?

Syaratnya perlulah berumur 18 tahun dan ke atas dan mempunyai lebih 1000 pengikut akaun. 2 cara untuk mendaftar; sama ada melalui akaun Tik Tok (dengan 1000 pengikut) atau gunakan alamat e-mel Google (tanpa 1000 pengikut).

Dokumen yang diperlukan:

  1. Penjual Korporat: Sediakan lesen perniagaan yang sah di Malaysia, nombor telefon, bank akaun dan butiran alamat di Malaysia.
  2. Penjual Individu: Sediakan MyKad atau Pasport, nombor telefon, bank akaun dan butiran alamat di Malaysia.

Langkah-langkahnya:

  1. Buka aplikasi Tik Tok atau laman Tik Tok Shop Reseller, dan gunakan nombor telefon Malaysia. Sertakan e-mel atau daftar dengan akaun Tik Tok anda.

Tangkap layar menunjukkan laman web Tik Tok Shop Reseller untuk mula mendaftar

  1. Isikan borang permohonan dan lengkapkan butiran MYkad atau Pasport atau butiran perniagaan seperti SSM.
  2. Tunggu keputusan permohonan dalam tempoh 1-2 hari.
  3. Pautkan akaun Tik Tok pada Tik Tok Shop. Pergi ke profil penjual untuk aktifkan seller account dengan log masuk ke akaun Tik Tok Shop anda. Selesai!

TIK TOK SHOP UNTUK SEMUA LAPISAN USAHAWAN

Disebabkan ciri beli-belah yang mesra pengguna, ramai Tik Tok creators dan jenama dapat manfaatkan kelebihan yang ditawarkan untuk perniagaan mereka. Jika anda baru bermula dengan perniagaan dari rumah, Tik Tok Shop ini sangatlah membantu dan tak mustahil untuk anda daftar. 

Lebih lagi jika anda mempunyai telefon pintar, dan talian Internet. Mudah untuk anda buat konten dengan pautan ‘beg oren’. 

Ayuh usahawan, jom mulakan perniagaan dalam talian!

Pilihan Menarik Untuk Anda