Nak Cuba Meniaga Online? Cuba JENDELA.BIZ!

Keusahawanan

Tangkap layar daripada laman web JENDELA.BIZ

“Aku nak cuba berniaga online tapi takut sebab ekonomi sekarang tak menentu. Berapa banyak usahawan kena gulung tikar”. 

Betul, sekarang semua orang nak berniaga dalam talian. Tengok saja tren jualan pakaian bundle awal tahun ini, hampir setiap malam ada saja live yang dibuat di Instagram masing-masing. Tapi dah nak sampai hujung tahun, tren dah malap. Hanya yang kental masih buat live menjual pakaian bundle.  Tak dinafikan kegiatan meniaga ini bukanlah suatu yang senang. Nak-nak lagi sekarang ramai orang cuba berniaga dalam talian. 
Kalau anda minat nak digitalkan perniagaan anda atau mahu mula berniaga, boleh check out Jendela.biz!

Gambar menunjukkan logo Jendela.biz

KENALI JENDELA.BIZ 

Jendela.Biz merupakan satu inisiatif sokongan dan bimbingan bagi usahawan di Malaysia dalam memperkukuh aspek penguasaan teknologi digital selain kemahiran merancang strategi pemasaran dalam bisnes. 

Jendela.Biz menyediakan 2 jenis kepakaran iaitu – 

1. Menyediakan khidmat jika anda sedia berniaga atau baru untuk bermula dengan menyediakan produk digital lengkap untuk pengurusan atau promosi diri/perniagaan. Khidmat ini dilengkapi dengan sistem sokongan untuk menarik minat pembeli / peminat kepada anda. 

2. Memberikan peluang kepada anda membina kerjaya di Program Francais dengan mempromosi teknologi lengkap digitalisasi.

SUSAHLAH NAK DIGITALISASIKAN PERNIAGAAN

Ini mungkin kerana beberapa faktor yang menghalang usahawan untuk mendigitalisasikan perniagaan mereka. Pertama, Internet connection yang lemah kerana capaian internet mengikut kawasan yang anda diami atau beroperasi. Kos juga agak mahal kerana perisian digital atau yuran langganan yang perlu dibayar. Peralatan digital yang pelbagai juga boleh mengoyakkan dompet anda. Kos juga termasuk gaji bulanan untuk pekerja yang mahir. 

Tetapi apabila anda menggunakan dan beralih kepada sistem digitalisasi Jendela.biz, semua masalah anda diselesaikan dengan hanya sekali seumur hidup kos penyediaan. Jendela.Biz menawarkan 12 produk untuk anda pilih. Boleh rujuk di sini

Infografik ini menunjukkan apa yang anda boleh dapat dengan Jendela.Biz

DIGITAL UNTUK SEMUA

Gambar menunjukkan kelebihan menggunakan Jendela.biz

Selari dengan inisiatif JENDELA (Jalinan Digital Negara) yang menyediakan infrastruktur digital yang komprehensif bertujuan untuk memberi perkhidmatan Internet tetap dan mudah alih yang berkualiti kepada pengguna dengan meningkatkan akses kepada capaian Internet. Tiada lagi alasan untuk tidak menggunakan Internet sebagai batu loncatan kepada perniagaan anda. 

Ini masanya untuk anda manfaatkan kemudahan dan perkhidmatan Internet tersedia terutamanya jika anda ingin bermula di rumah. Nikmati kelebihan sistem logo untuk diri dan perniagaan anda. Jana pendapatan bersama Program Francais secara separuh masa atau sepenuh masa. 

Selamat berniaga!

Pilihan Menarik Untuk Anda