Ekosistem Peranti – Perangkap Atau Gaya Hidup?

Teknologi & Kreatif

“Aku suka pakai produk Apple ini sebab ekosistem dia je”, kata salah seorang kawan anda sambil meletakkan iPhone 14 Pro Max, iPad dan MacBook Air beliau ke atas meja. 

Percaya atau tidak, syarikat-syarikat gergasi seperti Apple, Samsung, Google, Huawei, Xiaomi dan lain-lain sebenarnya menjual ekosistem peranti mereka kepada anda sebagai tambah nilai untuk memiliki sesuatu produk mereka.

Gambar menunjukkan ekosistem peranti daripada Apple

Ekosistem elektronik ini juga bukan sahaja tertakluk kepada peranti gaya hidup tetapi juga dalam peranti-peranti rumah seperti pembersih vakum, pembersih udara dan sebagainya.

Tangkap layar menunjukkan ekosistem peranti rumah pintar daripada Xiaomi. Kredit imej daripada Xiaomi Malaysia.

Tetapi adakah ekosistem ini memerangkap anda untuk hanya menggunakan satu jenis jenama sahaja dalam kehidupan atau membantu memudahkan kehidupan?

Baca selanjutnya untuk sama-sama membuat kesimpulan. 

EKOSISTEM PERANTI

Apakah yang dimaksudkan dengan ekosistem peranti?

Beberapa peranti yang tersambung antara satu sama lain boleh berkongsi maklumat dan fungsi yang mencukupi antara satu sama lain untuk pengguna memulakan tugas dalam satu peranti dan menyelesaikannya dalam peranti lain. Contohnya daripada telefon pintar ke tablet dan ke komputer riba atau peribadi. 

Gambar menunjukkan bagaimana ekosistem peranti membantu dalam kehidupan seharian. Kredit imej daripada Forbes

Bagaimana peranti ini tersambung? 

Ekosistem biasanya dicirikan oleh sistem pengendalian yang digunakan oleh peranti – yang paling terkenal dan digunakan secara meluas adalah ekosistem Android/Google dan Apple. Dalam ekosistem ini, anda boleh memilih telefon pintar, tablet, atau jam tangan yang lebih efektif jika di sambungkan dengan jenama masing-masing.

SETIA DALAM SATU EKOSISTEM ATAU TUKAR? 

Maksud di sini setia pada satu jenama atau tukar kepada jenama lain? Apabila bercakap tentang ekosistem peranti anda digalakkan untuk setia kepada satu ekosistem.

Kenapa perlu setia? Ini sebabnya – 

  • Kemudahan penggunaan – sesebuah ekosistem dibina untuk digunakan dalam sesebuah jenama itu sendiri. Iphone dengan iOS, Samsung dengan Android OS. Sebagai contoh, telefon pintar Iphone akan lebih mudah diguna bersama Apple Watch. 

Gambar menunjukkan beberapa produk yang membentuk ekosistem Apple. Kredit imej daripada Apple.

  • Familiariti (kebiasaan) – Sama ada anda seorang yang berpengalaman atau baru mula menerokai peranti pintar anda, tiada siapa boleh menafikan nilai kebiasaan (sudah biasa) pada sistem tertentu. Sebenarnya, anda menggunakan memori otot (muscle memory) setiap kali anda mengunakan peranti yang sudah menjadi kebiasaan. Apatah lagi kedua ekosistem Apple dan Android menggunakan Sistem Operasi (OS) yang berbeza. 

Gambar menunjukkan ekosistem peranti daripada Google. Kredit imej daripada Google.

  • Memindahkan data dengan perisian ekosistem – iCloud Photos untuk iPhone, Google Photos untuk Android, AirDrop untuk produk Apple, Huawei Share untuk produk Huawei dan sebagainya. Pemindahan data antara peranti lebih senang jika anda berada dalam ekosistem yang sama.

Gambar menunjukan permindahan data secara nir wayar melalui 2 peranti iaitu telefon pintar dan komputer riba. Kredit imej daripada idownloadblog.

EKOSISTEM KETERSAMBUNGAN PERANTI – SATU GAYA HIDUP

Kita menghabiskan masa dengan peranti setiap hari – berinteraksi dengan telefon pintar, bekerja pada komputer riba dan tablet, menonton rancangan di televisyen dengan Smart TV, bermain dengan konsol permainan video dan track langkah pada smart watch

Statistik menunjukkan bahawa bilangan peranti yang disambungkan semakin meningkat setiap hari. Walaupun setiap peranti memainkan peranan penting dalam kebanyakan aktiviti harian kita, kuasa sebenar peranti itu wujud dalam cara ia digunakan bersama-sama peranti lain. Penggunaan berbilang peranti ini menetapkan asas ekosistem produk. 

Ketersambungan peranti ini dimungkinkan dengan ketersambungan jalur lebar yang meluas dan juga peningkatan jaringan 5G di negara kita. Jadi manfaatkan ketersambungan jalur labur dan ketersambungan antara peranti ini untuk kehidupan yang lebih produktif!

Pilihan Menarik Untuk Anda