“Babe, kalau nak beli deko rumah kat website mana yang best barang dia? Pastu yang harga tak mahal sangat?” Tanya Syikin kepada rakan kerjanya.
Kadang kala tak semua platform e-dagang menawarkan pilihan yang banyak di dalam satu-satu kategori. Kesahihan peniaga juga perlu dikaji sebelum anda klik “check out”. Contohnya, Shopee mungkin tidak menawarkan barangan runcit basah seperti Grab Mart. Jadi ini adalah antara platform yang anda boleh kunjungi untuk kategori yang lebih spesifik dan mempunyai pilihan yang pelbagai.
BARANGAN DEKORASI RUMAH
Ada orang yang citarasanya macam ala-ala Inggeris, ada juga yang suka Minimalis, tak kurang juga yang suka akan stail Bohemian. Itu yang sibuk mecari bakul rotan lah pasu seramik lah. Mana nak cari semua ini? Jadi ini antara platform di mana anda boleh mencari barangan dekorasi rumah dan perkakasan :
BARANGAN RUNCIT KERING DAN BASAH
Bagaimana pula dengan barangan runcit basah? Kalau kering Shopee & Lazada pun ada. Tapi kalau barang runcit basah boleh cari di senarai platform dalam talian di bawah. Nak cari ayam dan ikan mentah? Tinggal pilih je mana satu yang dikehendaki. Tak perlu beratur dan bersesak. Pilihan ini juga lebih selamat untuk keluarga. Pilih saja waktu penghantaran dan barangan runcit kering dan basah akan sampai di rumah. Ini antara platform yang menawarkannya :
BARANGAN SUKAN & PERKHEMAHAN
Siapa kata kalau nak beli barang sukan di kedai fizikal saja? Banyak lagi tawaran menarik yang ada kalau beli dalam talian. Sama juga dengan barang-barang perkhemahan. Lihat saja review di Youtube dan boleh buat keputusan untuk beli. Dengan diskaun bulanan yang hebat, pilih saja masa yang sesuai untuk beli. Nak tahu apa lagi kelebihan beli barangan sukan dalam talian? Boleh klik sini. Jimat dan mudah. Ini antara kedai dalam talian yang boleh dikunjungi :
BARANGAN KECANTIKAN WAJAH & KOSMETIK
Siapa tak mahu kulit bersih dan mulus. Dengan pilihan produk yang sangat banyak di pasaran, memang rambang mata nak memilih. Kalau pergi ke kedai fizikal mahu juling mata nak tengok satu-satu. Jadi ambil masa lihat review di Youtube dan Tik Tok untuk tahu mana yang paling berkenan di hati. Takpun pergi je ke media sosial platform-platform di bawah untuk lihat apa product highlight semasa! Ini antara kedai dalam talian yang boleh anda layari:
BARANGAN KEPERLUAN HAIWAN PELIHARAAN
Haiwan peliharaan kan dah macam keluarga. Keperluan mereka pun mesti tip top! Jadi tak perlu lagi mengangkut kibbles dan pasir yang berat, cari saja di atas talian dan settle! Anda juga boeh set reminder setiap bulan untuk buat belian untuk anak bulu masing-masing. Tak adalah kelam kabut bila makanan ‘majikan’ dah habis! Antara kedai yang anda boleh layari :
HOBI & PERKEBUNAN
Berkebun atau menjaga pokok dalam rumah adalah satu terapi yang bukan saja menyegarkan minda tapi turut memberikan kita hasil makanan. Untuk bermula, ada beberapa peralatan yang diperlukan seperti pasu, sudip, penggembur, tanah, baja dan macam-macam lagi. Kalau dulu memang wajib untuk kita pergi ke nurseri tapi sekarang atas talian pun jadi! Ini antara kedai yang boleh anda layari :
JADI PENGGUNA LEBIH BIJAK!
Satu perkara yang perlu anda ambil tahu juga, sekiranya anda menjejaki harga yang kurang relevan terhadap sesebuah barangan, bolehlah semak dengan memuat turun aplikasi Price Catcher oleh KPDNHEP di iOS & Android. Bandingkan harga di aplikasi tersebut dengan laman e-dagang pilihan anda. Contohnya seperti harga ayam, bawang, telur dan sebagainya. Ini boleh bantu anda untuk menjadi pengguna yang lebih bijak!
LEPAS NI, SHOPPING 24 JAM PUN TAK ADA HAL!
Dengan bantuan teknologi ini, pembelian boleh dilakukan tanpa perlu ke kedai fizikal pun, siap boleh bantu anda untuk berjimat cermat. Kalau di luar, anda kena ke bahagian dan seksyen tertentu untuk dapatkan barang spesifik, kadang-kadang sampai tak jumpa. Tapi kalau dalam talian, anda hanya perlu gerakkan mouse dan paling penting, Internet yang stabil! Barulah proses check out akan berjalan dengan lancar.
Selamat membeli belah!