“Semalam aku tengok kasut ni dekat mall RM300 lebih, tapi hari ni dekat apps siap dapat diskaun 40% weh! Ada saiz pulak tu! Apa lagi, terus checkout la!”
Kadang-kadang semangat nak bersukan tu datang tak tentu masa. Tapi bila mood dah sampai, outfit dengan kelengkapan sukan itu pula yang dah tak boleh dipakai. ‘Potong mood’ betul bila nak kena beli semua kelengkapan yang baru.
HABISLAH LEPAS NI, MAKIN PENUH BARANG DALAM CART!
Tapi, jangan risau! Semua benda kan dah boleh dibeli secara online. Ada duit, ada Internet, semua boleh dapat! Jom jadi pembeli yang bijak dan ambil tahu kenapa anda patut beli barang sukan secara online! Ini 6 SEBAB yang menguntungkan anda!
Pelbagai pilihan: Apa je yang tak ada dalam talian, semua ada. Bukan satu, bukan dua jenama tapi beratus-ratus pilihan ada untuk anda pilih. Range harga pun boleh disetkan di platform e-dagang ketika anda melayarinya, mengikut bajet yang anda tetapkan. Barangan sukan antarabangsa pun boleh dibeli di hujung jari walaupun ia tak dipasarkan di Malaysia. Cuma mungkin kadar penghantaran anda perlu bertabahlah ya. Jadi, dengan pembelian online ni, barang ‘rare’ atau ‘limited edition’ pun anda boleh ‘usha’ dan beli.
Diskaun & baucar: Kalau anda perasan, setiap kali nak buka laman web official store, selalunya akan ada pop-up notification. Contohnya “Kalau Anda Langgan Newsletter Kami, 15% Potongan Akan Diberikan Untuk Pembelian Pertama!”. Jadi, gunakan kelebihan seperti ini untuk lebih banyak penjimatan. Lagi-lagi promosi bermusim atau bulanan. Bolehlah guna diskaun-diskaun yang ditawarkan, tapi kena rajin-rajin la semak ya.
Banding harga dan review: Platform e-dagang sukan memang banyak dalam talian. Pilihan tinggal di tangan anda je untuk putuskan nak beli daripada platform yang mana. Sebagai pengguna yang bijak, anda boleh membuat perbandingan harga dan promosi dari beberapa laman e-dagang. Apa yang anda perlu buat adalah taip semula jenama atau produk yang anda inginkan pada beberapa platform jual beli seperti Shopee, Lazada, Decathlon atau yang berkaitan, dan bandingkan harga. Jangan lupa untuk tengok review tau! Pastikan jangan tertipu dengan harga yang terlampau murah! Takut beli lain dapat lain nanti.
Jimat masa & kurang stress: Beli je bila-bila ada masa kelapangan. Baru bangun tidur ke, lepas masak ke boleh terus shopping dalam talian. Tak perlu lagi fikir nak pakai baju apa hari ini, nak hadap jalan raya yang sesak ataupun perbelanjaan tol dan parking di pusat beli belah itu. Add to cart dan check out! Tahu-tahu abang delivery sampai je. Kan senang tu?
Jimat kos & boleh tukar : Bayangkan kalau anda duduk di kawasan yang susah betul nak ada kedai yang menjual peralatan sukan. Takkan la anda nak bersiap dan memandu semata-mata nak pergi ke shopping mall. Buat pula kalau pusat beli belah berdekatan tiada kedai peralatan khas sukan. Beli online je sebab boleh lebih berjimat. Walaupun ada kos penghantaran, tapi tak semahal kos pergerakan anda ke sana. Anda juga biasanya boleh memulangkan semula jika tidak suka ataupun nak tukar saiz (tertakluk kepada polisi platform masing-masing).
KAT MANA JE NAK PERGI KALAU NAK SHOPPING BARANG SUKAN INI?
Macam-macam platform yang anda boleh layari. Laman e-dagang popular macam Shopee & Lazada, Decathlon, Sports Direct dan sebagainya seperti di atas. Buat perbandingan dan pilih yang terbaik. Sekiranya ada kesangsian dalam transaksi, segera laporkan kepada pihak pengurusan platform dan laporkan kepada bank anda untuk tindakan lanjut.Anda juga boleh memilih barangan sukan terpakai di online markeplace seperti Carousel dan Facebook MarketPlace. Untuk laman seperti ini, biasanya anda akan berurusan secara terus dengan penjual. Jadi semak dahulu bank akaun penjual di https://semakmule.rmp.gov.my/ untuk memastikan akaun itu tak pernah terlibat dengan aktiviti penipuan sebelum ini.
SENANG LA LEPAS NI, PARCEL SAMPAI TERUS BOLEH BERSUKAN
Jadi tiada lagi alasan nak bersukan tak ada kelengkapan sesuai sebab kedai jauh atau malas nak bersiap. Dah tak perlu pergi gedung beli belah pun sekarang ini. Nak tukar saiz atau variasi lain pun, cuma kirim balik je barang yang diterima. Penghantaran pun biasanya tak lama, dalam 2-3 hari dah pun sampai.
Teknologi memang memudahkan urusan. Dengan kemudahan Internet yang lebih pantas dengan infrastruktur yang disediakan Kerajaan, beli barangan sukan pun tak ada hal lah!