“Build your personal branding!”
“Buat video tunjuk muka!”.
Pernah dengar iklan “social media guru” beri tips mengenai personal branding di feed media sosial anda? Confirm pernah kan.
Bila sebut sahaja personal branding atau jenamakan diri, ramai yang salah anggap bahawa ia dilakukan seseorang semata-mata untuk menjadi popular di media sosial. Tak semestinya. Ada juga yang buat untuk membina nama mereka di media sosial. Ini dinamakan personal branding. Apa sebenarnya personal branding? Personal branding adalah satu cara untuk seseorang itu membina nama untuk diri mereka, kerjaya dan juga bisnes.
Kalau dulu memerlukan masa dan usaha yang kuat untuk menjenamakan diri sendiri, kini dengan bantuan media sosial, teknologi dan akses kepada ketersambungan jalur lebar yang mantap, anda juga boleh cuba untuk membina nama anda dalam dunia digital.
5 LANGKAH MUDAH JENAMAKAN DIRI
1. Guna nama dan gambar sebenar
Ini paling penting kerana nama dan gambar adalah impresi pertama orang melihat anda. Orang nak sebut nama sebenar anda, bukan lagi Prince_92 atau LelakiSetia. Nama kan doa. Jadi letak nama sebenar anda. Gambar juga penting kerana ia visual pertama orang melihat anda. Tukar gambar pemandangan atau landskap kepada gambar sebenar anda sekarang.
2. Fokus pada satu bidang utama (niche)
Sudah tentunya anda mahu dikenali untuk satu-satu benda yang anda mahir atau apa yang anda suka buat. Tidak semestinya satu skill, boleh jadi hobi atau hanya berkongsi minat. Elak daripada melambakkan profail anda dengan pelbagai benda atau bidang.
3. Bina Tagline sendiri
“Hey What’s up Guys” oleh Khairul Aming nyata menjadi bualan daripada anak kecil sehingga orang dewasa. Cuba cipta tagline yang unik dan senang diingat oleh semua. Ia boleh diletak di awal, pertengahan atau di akhir kandungan anda. Reka tagline yang ‘catchy’ dan senang dituturkan.
4. Aktifkan rangkaian sosial media anda
Tak boleh malas guys. Balas komen atau pertanyaan daripada orang ramai. Dekatkan diri supaya orang ramai berasa anda seorang yang ramah dan approachable. Followers anda juga akan menghargai interaksi bersama anda. Periksa DM atau mesej yang di terima.
5. Keberadaan online – atau online presence.
Ini penting supaya anda konsisten. Jika anda malu berhadapan kamera, boleh cuba kandungan audio seperti podcast. Jadualkan terbitan kandungan anda supaya kandungan anda relevan. Tak perlulah setiap hari satu kandungan tetapi jangan pula setiap 3 bulan sekali. Tetapi jangan lupa untuk bahagikan masa antara dunia digital dan dunia sebenar.
ANDA ADALAH JENAMA ANDA SENDIRI
Dengan jaringan dan capaian Internet yang telah dipertingkatkan dengan inisiatif JENDELA, capaian Internet di pinggir-pinggir bandar pun sudah tersedia. Buktinya dengan kandungan stail kehidupan di kampung yang banyak di Tik Tok. Sekarang ini, boleh dikatakan semua mahu jenamakan diri sendiri di dunia digital terutamanya media sosial. Tapi ingat, personal branding adalah jenama anda sendiri. Ikuti 5 langkah mudah diatas dan kenalkan diri anda kepada dunia digital.
Jadi tak ada alasan untuk anda tidak memanfaatkan teknologi untuk membawa perubahan baru dalam hidup. Selamat mencuba!