Tingkat Gaya Hidup dengan 8 Kategori Aplikasi Ini!

Gaya Hidup & Kesihatan

“Aku nak diet Intermittent Fasting lah. Tapi camne nak track weh. Nanti aku lupa dah berapa jam aku puasa” Kata Jenny sambil pegang perutnya.

“Pakai app jelah. Ha download yang ni”. Jawab Betty sambil tunjukkan skrin telefonnya.

Kalau anda terfikir atau perlukan suatu fungsi, mesti dah ada aplikasi untuknya. Contohnya macam di atas ini lah. Nak cari kerja pun ada aplikasi, apatah lagi untuk hiburan macam Spotify dan Netflix. Macam-macam lagi aplikasi gaya hidup yang boleh kita gunakan untuk mencapai matlamat kita dalam kehidupan seharian.

Jom tengok kompilasi aplikasi-aplikasi yang anda boleh muat turun daripada 8 kategori gaya hidup!

Gambar menunjukkan papan pemuka aplikasi-aplikasi gaya hidup

KESIHATAN, MINDSET, HOBI…

#1 Kesihatan

Makin sibuk jadual harian, makin penting untuk anda jaga kesihatan secara menyeluruh. Jadi, kenalah seimbangkan aktiviti fizikal dan masa rehat. Anda kena pilih aplikasi yang boleh bantu anda bersenam, tidur, jaga nutrisi, dan pantau pengambilan ubat atau suplemen. Ini antaranya:

MySejahtera – Siapa je tak muat turun aplikasi ini kan, sekarang siap ada ciri tambahan macam kad derma darah!

Myfitnesspal – Aplikasi mesra diet, nak baca lanjut boleh pergi ke artikel ini.

Zero – Untuk yang nak cuba buat intermittent fasting (IF), wajib guna!

Strava – Yang suka berlari dan kayuh basikal, boleh lah rekod prestasi guna Strava.

MyUbat – Aplikasi mudahkan temujanji untuk ambil ubat susulan di kaunter farmasi KKM.

Gambar menunjukkan logo bagi aplikasi MySejahtera, Zero, MyUbat dan Strava.

#2 Mindset/Personal Growth

Kalau nak ubah mindset atau nak tingkat motivasi tak perlu dah pergi ke kelas fizikal. Cuma perlu muat turun aplikasi untuk dengar podcast atau tonton rancangan yang penuh dengan inspirasi. Nak tingkat skil bahasa pun boleh. Ini lah antaranya:

Syok – Aplikasi ini bukan setakat nak dengar lagu dan radio, boleh cari podcast bisnes dan self improvement

Youtube – Ini tempat pertama carian video, segala tutorial boleh cari kat sini.

TED Talk – Platform talk (ceramah pendek) antarabangsa yang bersifat ilmiah dengan slogan ‘ideas worth spreading.’

Duolingo – Belajar pelbagai bahasa macam Mandarin dan German dari peringkat awal, percuma saja.

Quora – Tanya apa saja dengan komuniti dalam platform ini dan anda akan dapat perkongsian pendapat atau ilmu daripada mereka.

Gambar menunjukkan logo bagi aplikasi YouTube, Ted Talk, Duolingo dan Quora.

#3 Makanan/Masakan

Kalau malas nak keluar pesan je, senang betul hidup sekarang ini. Kalau rajin sikit nak masak, buka je aplikasi dan pilih resepi dari yang paling senang ke resepi yang paling kompleks. Tutorial video pun banyak! Ini antaranya:

Foodpanda – Teringin nak makan kek? Boleh order dengan panda pink ini untuk penghantaran makanan.

Grab Food Order makan berjemaah dengan rakan sekerja, boleh guna Grab Food!

Youtube – Cari, lepas itu cuba tutorial dan resepi makanan, terus rasa macam chef!

Tiktok – Boleh save lokasi kafe estetik dan kedai makanan yang tular untuk rujukan.

Magic Fridge – Khas untuk anda yang nak masak guna bahan sedia ada dalam peti ais.

Gambar menunjukkan logo bagi aplikasi TikTok, Magic Fridge, Grab Food dan Food Panda.

#4 Hobi

Dengar lagu kat Spotify, cari tutorial kat Youtube sampai lah melukis dengan Procreate. Hobi anda tak ada had. Semua hobi ni boleh dibuat dengan adanya hubungan Internet je!

Spotify – Dengar lagu untuk fokus atau dengar podcast ilmiah, berguna sangat nak isi masa lapang.

Procreate – Buat ilustrasi dengan Procreate? Siap boleh buat template, kemudian jual.

Gaia GPS – Dah tahu nak trekking kat mana? Boleh jejak lokasi semasa anda trekking dengan guna aplikasi ni.

Knitting Genius – Baru nak belajar mengait atau nak asah bakat sampai jadi aksesori pun boleh!

Gambar menunjukkan logo bagi aplikasi Spotify, Procreate, Gaia GPS dan Knitting Genius.

NAK MENIAGA, URUSAN KAUNTER dan lain-lain…

#5 Pekerjaan

Apa orang putih kata ‘Don’t put your eggs in one basket’. Kena cari peluang kat semua tempat selagi mampu, sama lah macam nak cari kerja. Aplikasi di bawah ini adalah antara yang popular diakses dan wajib dicuba semua pencari kerja.

MyFutureJobs Ini portal mencari kerja yang diusahakan kerajaan, boleh cuba nasib okay!

Jobstreet Portal paling popular untuk yang mencari kerja dan digunakan para majikan.

Linkedin – Media sosial yang bukan saja boleh cari kerja tapi juga boleh bina rangkaian profesional.

Indeed – Alternatif untuk pencari kerja dan majikan iklankan kerja.

Glassdoor – Boleh buat kajian untuk gaji pasaran, tengok ulasan syarikat dan sebagainya.

Gambar menunjukkan logo bagi aplikasi MyFuturejobs, Jobstreet, Glassdoor dan Indeed.

#6 Perniagaan/Pemasaran

Senang juga bila nak cari ilmu perniagaan dan pemasaran dengan telefon pintar je. Ini antara yang boleh anda gunakan:

INSKEN Ipro – Diusahakan INSKEN supaya usahawan boleh guna untuk rekod jualan!

Coursera – Nak belajar pemasaran, coding, pengurusan projek semua pun boleh.

Meta Business Suite – Untuk usahawan yang guna Instagram dan Facebook, urus iklan dan konten guna aplikasi ini.

Canva – Buat poster untuk konten media sosial guna template yang ada, mudah!


Capcut –
Nak edit video konten media sosial, gunakan Capcut yang sangat ringkas.

Gambar menunjukkan logo bagi aplikasi MyFuturejobs, Jobstreet, Glassdoor dan Indeed.

#7 Urusan Kaunter

Urusan berkenaan agensi kerajaan pun jadi lebih mudah bila guna aplikasi. Nak semak saman dan senarai  hitam, bayar zakat, check info sahih atau nak mohon bantuan. Semua pun boleh, jom muat turun aplikasi di bawah!

JPJ Info Boleh semak saman dan ambil nombor giliran kaunter JPJ terdekat.

MyZakat Setiap negeri ada aplikasi zakat masing-masing, kena tahu mana yang sesuai nak muat turun.

Sebenarnya.MyAda berita dan maklumat yang tak pasti? Semak guna aplikasi ini.

eBantuanJKM Kalau nak semak panduan dan syarat untuk mohon bantuan JKM pun boleh!

Gambar menunjukkan logo bagi aplikasi JPJ Info, MyZakat, Sebenarnya.My, dan eBantuan JKM.

#8 Bantuan Komuniti

Aplikasi-aplikasi di bawah ini juga membantu dari segi bantuan semasa banjir. Mudah nak bantu dan juga cari bantuan. Komuniti yang mengeratkan perpaduan sesama kita. Inilah antaranya:

KitaJagaAplikasi yang bermula untuk bantuan banjir, sekarang berkembang untuk buat crowdfund.

MyDIMSKetahui berita penuh mengenai banjir atau penutupan jalan raya akibat banjir.

MyDesaBoleh bantu dari segi beri sumbangan atau perniagaan sesama jiran tetangga tau!

Gambar menunjukkan logo bagi aplikasi KitaJaga, MyDIMS, dan MyDesa.

TEKNOLOGI JADI SEBAHAGIAN HIDUP 

Nah, itulah antara 8 kategori pilihan aplikasi yang boleh anda teroka. Nak tak nak, teknologi dah pun jadi sebahagian hidup kita lebih lagi semasa musim pandemik. Dengan kepelbagaian aplikasi ini, segala urusan peribadi, perniagaan, malah hubungan sesama komuniti pun boleh ditingkatkan.

Segalanya mungkin bila ada ketersambungan Internet. Selamat muat turun!

Pilihan Menarik Untuk Anda