Selalu Lupa Ambil Ubat? 5 Aplikasi Ini Boleh Bantu!

Gaya Hidup & Kesihatan

“Aku dah ambil ke belum pil perancang semalam? Aduh, masalah ni. Kan best kalau ada aplikasi untuk ingatkan.” kata Alin sambil merenung bungkusan ubat.

Gambar menunjukkan beberapa biji ubat dalam tangan seorang wanita. Kredit imej daripada Pexels.

Untuk anda yang ada keperluan mengambil ubat dengan konsisten dan mengikut masa, bila terlupa tu boleh jadi perkara yang bahaya. Lagi pula nak tahu keberkesanan dan tindak balas ubat dengan badan. Contohnya penyakit macam tiroid akan jadi hipotiroid atau jadi penyakit lain seperti sakit jantung. Itu kesannya kalau tak dipantau konsistensi pengambilan ubat.

Okaylah kalau bukan untuk diri sendiri, mungkin anda adalah penjaga pesakit. Macam penjaga kanak-kanak dan warga emas. Malah penyakit mental ringan akan menjadi parah jika pengambilan ubatan tidak dipantau. Jadi apa kata anda lihat 5 aplikasi pengambilan ubat ini untuk bantu anda dan orang di bawah jagaan anda. Lebih senang sebab semuanya di hujung jari dengan ketersambungan jalur lebar.

NAK GUNA APLIKASI APA TU?

#1 Lady Pill Reminder – khusus untuk para wanita.

Tangkap layar menunjukkan papan pemuka bagi aplikasi Lady Pill Reminder dari platform Google Play.
  • Istimewa untuk para wanita yang mengambil pil pencegah kehamilan. 
  • Papan pemukanya ringkas, ada ciri ‘jenis pil pencegah kehamilan’ untuk mudah anda masukkan input. 
  • Siap boleh laraskan dengan masa peringatan! Kalau takut lupa nak tambah stok pil yang dah nak habis, ‘papan pemuka pek pil’ dalam aplikasi ini akan mudahkan anda tahu kitaran semasa dan bila nak tambah ubat. 
  • Kalau nak rekod apa-apa tanda tak normal dalam kitaran tempoh tersebut, boleh tulis nota dalam tu tau. Mudah nak beritahu doktor nanti. 

Muat turun di iOS & Android

#2 DoseCast – Bukan saja diri sendiri, boleh remind ahli keluarga juga!

Tangkap layar menunjukkan papan pemuka bagi aplikasi DoseCast dari platform Google Play.
  • Okay, aplikasi ini untuk anda yang kena ambil banyak jenis ubat dalam masa yang berlainan setiap hari
  • Yelah macam pagi kena makan ubat A, tengahari ubat A & B, malam ubat C pula. Ada versi percuma tapi kalau nak yang advanced kenalah bayar.
  • Peringatan pengambilan ubat juga boleh dihantar tanpa Internet.
  • Antara ciri yang boleh diketengahkan berbanding aplikasi lain adalah anda boleh memuatkan peringatan bukan saja untuk anda, malah ahli keluarga yang lain seperti ibu dan anak. Jadi anda boleh keep track jadual pengambilan ubatan mereka juga! 

Muat turun di iOS & Android

#3 MediSafependekatan pengambilan ubat lebih holistik

Gambar menunjukkan papan pemuka bagi aplikasi MediSafe dari platform Google Play.
  • Ciri-ciri aplikasi ini lebih kurang je dengan aplikasi lain di mana ia ada ciri peringatan ubat, interaksi ubat, penglibatan penjaga pesakit dan lain-lain lagi.
  • Yang uniknya, aplikasi ini menggunakan pendekatan holistik di mana ia menggunakan data yang diproses melalui input pesakit seperti jenis sakit, ubat yang diambil dan tabiat makan ubat.
  • Jadi notifikasi beri galakan akan lebih kerap diberi kepada pesakit yang kurang patuh seperti pesakit epilepsi yang hanya patuh 74% daripada masa. Jadi pendekatan ini lebih holistik dan efisien. 

Muat turun di iOS & Android

#4 MyDiabetesKhas untuk pesakit kencing manis

Gambar menunjukkan papan pemuka bagi aplikasi MyDiabetes
  • Ini aplikasi khusus untuk pesakit Diabetes. Di dalamnya ada info berkaitan penyakit, ciri-ciri untuk self care (penjagaan kendiri) dan tips untuk menjaga kesihatan pada waktu tertentu seperti pada bulan Ramadhan.
  • Aplikasi ni buatan Malaysia tau, dibangunkan dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Malaysia dan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Muat turun di Android

#5 MyUbat Tak perlu nak pergi hospital ambil ubat lagi

Ilustrasi menunjukkan papan pemuka ciri Permohonan Sistem Temu Janji bagi aplikasi MyDiabetes.

  • Aplikasi ini bantu jamin bekalan ubat anda sentiasa ada. Jimatkan masa menunggu kat farmasi dengan lebih sistematik pun iya juga. 
  • Biasanya disarankan untuk diguna oleh semua pesakit yang ada rawatan dan preskripsi ubat (jangka panjang) daripada fasiliti kesihatan KKM. 
  • Contoh ciri untuk 2 fungsi ini, Sistem Temu Janji Farmasi dan Ubat Melalui Pos (UMP).

Muat turun di Android & iOS

PILIH IKUT KESESUAIAN

Ilustrasi menunjukkan pengambilan ubat dengan notifikasi daripada aplikasi

Haa, itulah antara 5 contoh aplikasi peringatan ubat yang anda boleh cuba. Sebenarnya banyak lagi yang ada kat pasaran, pilih saja ikut keperluan dan kemudahan anda. Lebih senang bila pakai aplikasi macam ini untuk uruskan penjagaan dan pantauan kesihatan kat mana-mana saja dan bukan saja untuk anda, tapi untuk yang tersayang juga.

Asalkan ada talian Internet dan telefon pintar, dah memadai. Dengan berkembangnya teknologi sambungan 5G, lagilah mudah nak guna apa-apa aplikasi kesihatan di mana-mana saja di Malaysia!

Selamat mencuba!

Pilihan Menarik Untuk Anda